Thursday, July 1, 2010

most of us failed practical!

persoalannya kenapa aku kata begitu..?


aku rasa benda ini terjadi pada diri aku
dan aku percaya MOST of us yang senasib jugak seperti aku kan?
aku berkata most of us sebab aku percaya ada je golongan yang betul-betul cemerlang dalam aplikasi.
cuma jumlahnya kurang dari 1%



ramai yang berjaya menamatkan ijazahnya dengan cemerlang 
dan kemudian berjaya menghabiskan praktikalnya juga dengan cemerlang dan dapat kerja yang diidamkan.
tapi, sebenarnya kita agak gagal disitu.
dengan perkara yang kita dah belajar sejak kita muda-muda dan berhingus lagi,
perkara yang sebenarnya senang tapi kita pandang enteng.

kita mampu score A solid untuk matapelajaran Pendidikan Islam semasa PMR & SPM
tapi kita sendiri tak mampu untuk aplikasikan apa yang kita belajar itu dalam kehidupan seharian kita.
dengan kata nama lain, ilmu tidak diamalkan.
please note that ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

berkata mengenai aplication, jika kita ke klinik dan 2 buah klinik yang sebelah-sebelah 
tentu kita akan pilih doktor yang tutup aurat dengan sempurna daripada yang tutup aurat main-main kan?
sebab kita lebih yakin dengan doktor yang lebih aplikasikan apa yang dibelajar dalam hidupnya
tentu dia juga aplikasi apa yang di belajar semasa sedang belajar..?
begitu juga dengan peniaga, tentu kita akan pilih yang bersih dan menutup aurat dengan sempurna
baru la kita yakin dengan barang jualannya lebih-lebih lagi penjual makanan.

point aku disini adalah untuk bercerita mengenai aurat.
seperti yang kita semua sedia maklum, dan kalau ditanya dalam peperiksaan dan tanpa ulangkaji
aku rasa ramai yang mampu score 100% jika soalan nya berbunyi

soalan :
terangkan aurat lelaki dan wanita
jawapan : 
aurat lelaki dan mahram dan jugak bukan mahram adalah dari pusat sehingga paras lutut.
aurat wanita dan bukan mahram adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan
aurat wanita dan mahram adalah dari pusat sehingga paras lutut



haa..kan semua pasti akan jawab macam tu atau lebih kurang laa..
ni mengenai teori bila kita jawab dalam kertas exam
tapi bila tiba bab aplikasikan dalam life kita, adakah kita buat sebegitu?

pakai tudung tapi pakai short sleeve dan teruk lg sleeveless
pakai tudung pastu selak nak tayang dada
kalau pakai baju lengan panjang nak selak tinggi-tinggi nak tayang lengan puteh gebu
pakai tudung tapi stoking hilang
ni baru yang pakai tudung belum masuk yang tak pakai tudung
tak pun pakai tudung lawa je dan tutup segala bila bersama dengan bukan muhrim
tapi malangnya bila bersama dengan muhrim, mampu pakai short je..
tayang segala lutut dan kalau ada rezeki tayang khazanah
( sekolah mana ajar? )

tu bagi wanita.
bagi laki plak, kalau bab mengkritik wanita yang seksi mereka mmg power.
tapi tengok kat bilik tetap dengan boxer
jawapannya "ala takpe la dengan lelaki jugak" =.=
habis tu aurat laki dan laki apa je? :O

apa pun, tak susah nak jaga ianya.
jgn bagi alasan environment yang mempengaruhi kita untuk jadi seksi
jangan biarkan persekitaran mengawal kita
tapi kita la yang harus mengawal persekitaran.
tutup lah aurat seperti mana kita ingin solat
so tidak perlu risau jika sedang bermusafir dan tiada telekung
boleh terus solat je :)

aku akui, aku sendiri pun mula memakai stoking hanyalah sejak form 2
itu pun tak istiqamah, bila rasa nak pakai aku pakai.
sebab masa itu tiada kesedaran.
malah dengan kata nama lain, 
aku tak perasan yang kaki adalah aurat walaupun dah belajar dalam pendidikan islam.
mungkin kerana orang sekeliling yang membuatkan kita berasa begitu.
tapi itu semua salah aku jugak kerana tak mempraktikkan apa yang sudah belajar
itu la penting nya untuk mendekat kan kita dengan majlis ilmu dan usrah jangan ponteng!
sedangkan aku dah mendapat hukum wajib menutup nya dah lama dari itu.
dan selepas form 4 dan seterusnya inshaAllah aku akan constant.

wah! baru aku tahu ada stoking seperti ini ^_^


apa pun, aku tahu HIDAYAH itu milik Allah
bagi sesiapa yang rasa masih belum perolehinya, 
BERUSAHALAH untuk mendapatkannya.
bukan sekadar berkata "blum dapat hidayah" dan biarkan begitu sahaja.

apa yang aku tulis diatas ini adalah pendapat peribadi aku,
maaf jika ada yang terasa.
aku tulis kerana sayang.
seperti aku kata, mungkin juga kita tak perasan yang kita buat sesuatu itu adalah salah walaupun kita dah pernah belajar,
oleh itu tegur la aku jika ada yang aku tidak perasan >,<

Related Post



31 comments:

  1. trigat kembali zaman kecil aku dimana ustazah bercerita ttg aurat... so balik umah start pakai seluar panjang... ummiku brtny knper x pakai seluar pendek, aku jawab, ustazah crite, nanti kat akhirat Allah kerat kaki... sampai adikku trikut skali... ummiku senyum... tp skang, bila aku jalan2 kat klcc, best jer usha gurls arab... semua tutup, siap pakai purdah lg... tp bila tgk suaminya, erk, nmpk pala lutut dgn bulu kaki yg sungguh lebat... remaja lelaki skang pown dah start seluar ketat, walaupown panjang, ttp nmpk shape kaki dan punngung... erk apekah?? fesyen lower pown biarlah berpada-pada jgn dlm solat nmpk lurah punggung time sujud.... inilah hakikat yg perlu diperbaiki~~~

    ReplyDelete
  2. Penulisan yg mantap!Mmg sejak dr kecil,saya tak pernah rasa praktikal itu lebih susah drpd teori.Saya akan jd sangat lancar bercakap...tp dlm bab mengaplikasi,sgt susah...astaghfirullah..

    A gentle reminder for me...not only on the aurat issue..TQ

    Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?

    ReplyDelete
  3. tulisan yang berkesan. tahniah. teruskan ingat mengingati dan tegur menegur ke arah kebaikan dan kemaslahatan ummat. terima kasih sebab bagitahu tentang stokin wuduk itu..

    ReplyDelete
  4. aku ske post nie..

    i'll try my best..huhuhu

    ReplyDelete
  5. areefah
    thanks tolong ingt kn aq..
    :'>

    ReplyDelete
  6. acap betui tuu..mgkn kah arab2 tu memakai purdah sebab mereka dah terbiasa dengan pakaian purdah~ mereka memakai kerana kebiasaan.. mgkn juga..?

    anyway baguslah kau igt apa yang ustaz pesan..ada juga dalam kalangan kau yang turut sama mendengar pesanan ustaz tu pada tempat dan waktu yang sama, tapi mereka tiada KESEDARAN dan tidak perasan benda itu adalah kesalahan sebab dah terbiasa..

    ReplyDelete
  7. iqbalsyarie
    tula kan, tapi kalau rasa susah dan kita cuba nak tepis perasaan susah tu pasti kita leh buat inshaAllah

    ReplyDelete
  8. hisyam muhibah thanks
    pasal stoking wuduk tu pun baru je jumpa bila berjejak kasih dengan incik google image..best jugak ada stoking cam tu tapi tak pernah jumpa lagi kat pasaran. btw credit to google

    ReplyDelete
  9. khai all the best to u..jadi lah architecture yang balance dunia akhirat..korang lg banyak kne praktikal kan?hee~

    ReplyDelete
  10. amyny, welcome..
    sama-sama laa igt mengingatkan ye..n please tegur if i did mistakess

    ReplyDelete
  11. nasihat yang patut dipraktikkan..
    sangat lupe kadang2 pakai stokin..
    mungkin kerana terbiasa,tapi akan cube memperbaiki diri..

    tapi kadang kala ade juga hamba allah yang tidak menyokong orang pakai stokin malah dikutuk pula..
    arap tahap kesabaran n sifat istiqamah sering memelihara diri..amin

    ReplyDelete
  12. nasihat yang patut dipraktikkan..
    sangat lupe kadang2 pakai stokin..
    mungkin kerana terbiasa,tapi akan cube memperbaiki diri..

    tapi kadang kala ade juga hamba allah yang tidak menyokong orang pakai stokin malah dikutuk pula..
    arap tahap kesabaran n sifat istiqamah sering memelihara diri..amin

    ReplyDelete
  13. siti sarah, biasa la tu.bila nak buat benda baik macam2 nak dicondemn
    tapi ble buat benda jahat maksiat apa semua tu ramai plak nak menyokong.
    tapi biar la orng nak kata apa asalkan kita ni tak buat benda salah.
    kadang-kadang orang kata "ele pakai stokin nak tunjuk alim"
    tapi ni bukan nak menunjuk tapi ni mmg syariat.habis tu takkan orang solat tu nak tunjuk alim kan?just the same..moga terus istiqamah

    ReplyDelete
  14. mira welcome
    ( tak perlu berthank you ) =.=

    ReplyDelete
  15. =.="
    tiba2,beta pun terasa kan.^^,
    tima kasih jugak.
    ^^<3

    ReplyDelete
  16. eida diri aku sendiri pun terasa =.=

    ReplyDelete
  17. betul kot..
    kalau dh pndai sndri bole pk batas2 aurat.. nih dop ak pgi cafe tgk budak laki rilek jer turun pakai boxer =.= susah sgt ke nk pakai suar tuh... nk tayang pe kt org
    klo nk wt dosa tu biar buat sndri jer jgn libatkan org len...
    hohohoh

    ReplyDelete
  18. wah turun cafe pun pakai boxer?mantop seyh :O
    boxer depa lawa kot?tu nak tayang..
    kalau perempuan pun sama, turun g cafe susah sangat nak pakai stoking~
    sometime pun aku nak cakap jugak kat yang tayang2 aurat tu kesian la kat orang lain jugak lebih2 lelaki.. perempuan mmg ske buat gangguan seksual kat laki =.=

    ReplyDelete
  19. aku mase akhir2 f2,nak keluar jalan x pakai sarung kaki..then abah aku tanye,kenape x pakai stokin?
    aku jawab:stokin basuh
    sampai kt kedai,abah aku terus beli sarung kaki..
    ya allah,malu..ya rabbi..pastu aku terus istiqamah..
    siap abah aku ckap:sekolah umno memg macam tu~~ (keluar tajuk..hehe)

    like efa.thanks,jom istiqamah~lebih thiqah sampai tua =D
    btw:aku x paham aku yang ko tulis kt shoutbox aku..hehe

    ReplyDelete
  20. hoho biasa la..macam2 ada pengalaman sendiri..sama ada kita ada kesedaran ke tak ke semua bergantung pada hidayahNya..aku pun sebab ada someone yang remind me..taktau knp orang laen cakap tak lekat tapi dia lekat lak..
    X_x tapi syukur laa at least ada kesedaran~

    ReplyDelete
  21. Thanks areefah..
    aku pon baru sedar time masuk asrama..

    masa sekolah lama dulu memang xde pendedahan langsung bab2 aurat..
    then bila masuk mrsm baru ade kesedaran..tu pun follow org jer...
    memang jahil sangat2 kalo nak ikutkan time dulu2..kat asrama semua tutup tapi bile balik rumah semuanye terbang..

    aku memang takde pendirian..tapi Alhamdulillah, mungkin ade hikmah aku masuk uia, dapat pulak sahabat yang solehah yang menyedarkan aku..dan masih belum terlambat untuk aku berubah.. Alhamdulillah..=)

    ReplyDelete
  22. mira for me la pasal pendedahan tu kita banyak je dapat cumanya kesedaran kot yang kurang~
    macam sekarang kau kata duk uia dan kawan2 yang boleh membawa ke arah kebaikan ramai, dan ada jugak dak2 lain yang sbenarnya mereka berada dalam posisi yang sama dengan kita cuma mereka tiada kesedaran. apa pun, as i meantioned before, hidayah itu milih Allah.

    ReplyDelete
  23. faiz inshaAllah aku akan membaikkan diri aku..terima kasih atas teguran tersebut =.=

    ReplyDelete
  24. haha efa,

    hang kenai stoking time form 2,
    aku kenai stoking time masuk matriks.

    ada hikmah duk satu2 tempat yg mler2 kita menyampah.

    allah kata, "barang kali kamu suka sesuatu tapi ia amat buruk bagi kamu, dan barangkali kamu benci sesuatu tapi ia amat baik buat kamu."



    ~ efa bnyak posting agama yg best2.. syok baca. dah lama tak usha blog efa neh

    ReplyDelete
  25. nur sapekha?apesal aku tak berjaya tembusi ke talian anda? =.="

    takpe bila pun,asalkan kita ada kesedaran yang mendalam dan tak nak kembali ke zaman jahil dlu XD

    ReplyDelete
  26. waaaaa...p


    kami nas,

    yg sungguh annoy itu..

    ^^.. my profile is restricted to admin.. kekekkee.. sebab adminnye skarang tersangatlah poyonye..

    hehe.. saja wat ayat aci gmpak.
    nmpak macam ada hiperbola sikit..

    ReplyDelete
  27. maaf saya tak kenal nas yang sangat annoy :p

    ReplyDelete

thanks =)