Saturday, May 12, 2018

You Are Not Alone



[Nota]

You Are not Alone by Dr @khairul_hafidz @MedTweetMYHQ #MedTweetMY 
12 April 2018 
Experimental Hall IIUM

1. Perlu tahu beza kesihatan mental dan sakit mental  supaya tak salah cari info.

2. Kesihatan mental adalah respond fizikal, emosi terhadap satu tuntutan. Stress berlaku kerana tak dapat penuhi tuntutan tersebut atau sebab tak dapat buat secara baik. Eg; esok nya nak exam tapi tak baca elok2. Tuntutannya esoknnya nak exam. Tak bersedia betul2 stress blh hadir

3. Stress ni satu benda yang buruk? Macamana cara nak atasi. Stress juga boleh meningkatkan produktiviti. Eg due date assignment pukul 12 boleh je siapkan sedangkan beberapa hari sebelum tu relax je. Dipanggil eustress. Kena ada coping system.

Coping  
(1) bersyukur dengan apa kita ada  
(2) Berfikiran positif 
(3) bercakap pada diri sendiri. (Pujuk diri sendiri) orang kita nak cakap dengan Allah. Tak semestinya nak kena bentang sejadah apa semua dulu.
(4) Bercerita pada orang yang kita percaya. Tidak membawang pasal kita.  
(5) Mendengar music.  
(6) Bersenam dan beriadah; boleh menambahkan endorphin.

4. Penyakit mental adalah gangguan dalam otak yang mengganggu cara hidup yang boleh sebabkan kehidupan tidak terurus. Antara penyebab depress disebabkan prolong of distress. Or secara genetic boleh terjadi.

5. Boleh kepada neurosis atau psikosis.   (Neurosis - murung, resah, substance abuse).  (Psikosis - dengar sesuatu, nampak sesuatu)   eg stress dan lama2 boleh buat dia jadi anxiety sebab dia takut dengan semua benda.

6. Ramai stress bukan depress. Ramai perfectionist bukan OCD.   1/3 ada masalah kesihatan mental, tak sampai tahap depress just sampai tahap stress. Boleh rujuk DSM5.   Antara yang kita takut adalah mereka ada suicide ideation.

7. Kebimbangan mengenai kefahaman depression tu yang menakutkan bila ramai rasa ada depression. Bila dapat kefahaman, rasa nak google lepas tu dia pulak rasa ada kemurungan.

8. DASS sekadar saringan, doctor akan evaluate, dont self diagnose. Ada yang mungkin sekadar perlu kaunseling sahaja. Ada yang mungkin perlu jumpa doktor beberapa kali, then mungkin perlukan ubat.

9. Masalah kemurungan bukan sahaja pesakit, tapi jugak masyarakat yakni stigma. Bukan sekadar perlu ubat tapi perlu juga sokongan masyarakat. Kita perlu bagitahu masyarakat.

10. Pesakit depression macam penyakit kronik lain. Perlukan support juga untuk pulih. Kalau tak dapat support, tak perlu layan dia macam penyakit tu akan berjangkit. Usah judgemental pada pesakit mental.

11. Cyber-bully : Semakin meningkat, dan sesuatu perkara yang perlu dipandang seruis. Dulu zaman MySpace kita tak kisah pasal orang lain. Just fikir lagu dan gambar nak letak 😂

12. Masyarakat kita masalah bila pesakit confess, mula nak cakap “eh tak mati lagi”. Kita anggap “alah dia takkan buat punya”. Masalah twitter, dia cakap dekat kawan dia je, orang lain nak bagi opinion jugak tapi berlebihan.

13. Kalau kita tahu orang tu sakit mental, lebihkan berhati-hati. Kalau orang tu kata dia depress, kita assume memang ya supaya lebih berhati2 untuk mengelakkan benda yang tak sepatutnya.

=====
[QnA]  
=====

S1: Boleh ke elakkan daripada memiliki penyakit mental  

J: Peluang tinggi genetik. Satu lagi environmental factor (eg: keluarga, kewangan, kerjaya, peers). Diri, pengetahuan, pengalaman (kejadian) - dalam hidup confirm ada stress tapi penting cara kita prevent.

.

S2: Stigma mental illness ni masih tak free dari stigma tu. Pandangan mengenai penggunaan perkataan murung tu.  

J2: instead of using depress, guna stress. Ada certain orang, mereka akan trigger. Ketahui trigger factor kita, avoid root of problem.

.

S3: Tips untuk pesakit open up pada parent sebab orang tua ada stigma tinggi.  

J3: Dapatkan rawatan dulu, dan dapatkan masa yang sesuai untuk inform parent. Juga boleh mintak bantuan orang ketiga yang dia hormati. Cerita sikit2 konsep depression tu bila dorang faham boleh mengaku.

.

S4 : Gangguan makhluk halus.  

J4: Apabila lihat sesuatu, kami tahu ada penawar mengikut pengetahuan dan pengalaman. Bila evaluate, akan bagi ubatan dan tengok progress. Tengok ada penambahbaikan. Apa yang penting, dapatkan rawatan doktor dulu. Rawatan lain tu kalau nak buat kemudiannya tak salah asalkan tak memudaratkan. Doktor tak deny, tapi taknak memudaratkan pesakit sampai bunuh diri. Ramai yang masa dah teruk baru nak jumpa doktor then teruk balik baru nak jumpa doktor pastu makin teruk salahkan doktor lagi. Sedangkan masa mild tu masih harapan tinggi untuk dibantu.

.

S5: Stigma lemah iman  

J5: ketenangan minda membantu mengekalkan kesihatan mental. Penting menjadi orang yang beragama. Proven kalau baca Quran akan tenang. Yang jadi problem bila kita cakap orang tu lemah iman sebab tu jadi macam tu. Bagi orang yang stress mungkin boleh tapi pesakit mental lain, keadaan akan jadi lebih teruk. Datang appointment, dengar, dont judge, kalau dia nak mintak pendapat baru bagi.

.

S6: Fade up nak kawan sebab rasa pesakit ada negative vibe  

J6: Mereka juga ada masalah sendiri. Ada beberapa tempat contohnya kaunselor. Bila kita cakap dengan psikiatrist, kita as critical person boleh bersetuju dengan dia. Mereka dilatih. Second option befrienders KL.

.
=========
Kesimpulan 
========= 

1. Paling penting adalah uruskan kesihatan mental baik2. Stress ada dimana2 dan bila2 maka kena tahu macamana uruskan.  
2. Awareness boleh buang stigma.  
3. Kalau tak mampu nak bantu jangan bantu terukkan keadaan.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)