Wednesday, August 8, 2018

Stigma dalam kalangan kakitangan kesihatan terhadap pesakit yang mengidap sakit mental

Ya, tak dapat dinafikan stigma mengenai kesihatan mental ni berlaku bukan sahaja dalam kalangan masyarakat, tetapi juga dalam kalangan kakitangan kesihatan. Takde siapa boleh nafikan waima kakitangan kesihatan tu sendiri. Ikut pengalaman sendiri, aku pun setelah 4 orang doktor (GP), baru dirujuk ke pakar psikiatri. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu yang aku perlu dirujuk ke psikiatri. Memang doktor-doktor ada sebut pergi masjid la, banyakkan berdoa, banyakkan berzikir, bangun tahajud dan lain-lain. Tapi takkan la masa tu aku nak cerita yang aku memang selalu pergi masjid pun. Untuk usrah dan lain-lain, tapi masa tu memang dah tak boleh jumpa manusia sebab nanti akan menggigil, sesak nafas, berpeluh,rasa orang duk mengutuk kita dan lain-lain. Dan masa tu pada siapa lagi kita nak mintak kalau bukan dari Allah. Takdelah nak cerita bangun malam setiap hari walaupun tengah datang bulan. Aku sendiri pun ambil masa yang sangat lama untuk pergi jumpa doktor, takut dikata mengada la apa la.

Namun adilkah kita untuk menilai jika tidak semua doktor mendapat pendedahan yang menyeluruh mengenai ini? Terutama doktor-doktor yang dah berusia. Setiap doktor ada kepakaran masing-masing. Ada Continuing medical education (CME). Dan lebih mahir dalam kepakaran mereka, berbanding yang bukan bidang mereka. Bak kata seorang pakar psikiatris, kalau dia tak jadi psikiatris, mungkin dia pun tak sefaham apa yang dilalui oleh pesakit-pesakit. Bila jumpa doktor di bahagian psikiatris dan kesihatan mental, memang sangat berbeza dengan GP yang aku jumpa sebelum-sebelum ini. Mula-mula aku pun taktahu apa terjadi pada diri aku. Then doktor kata apa yang aku rasai tu adalah normal bagi pesakit. Sebenarnya kalau kita duk menjaja keburukan doktor la, nurse la, wad la, kita sebenarnya yang menyumbang pada stigma. Masyarakat lagi pandang teruk pada institusi yang berkaitan sampai ada yang taknak teruskan dengan follow-up. Bila tak teruskan dengan follow-up, tak dapat tanya apa-apa pada yang selayaknya. Bila duk tanya orang yang tidak sepatutnya, lagi la stigma tu menebal. Kita bersedia nak tanggung ke kalau sebab cerita-cerita buruk tu, orang tak teruskan dengan rawatan, kemudian sakit dia makin teruk? Siapa kata doktor tak faham pesakit sebab mereka takde sakit tu? Yang aku baru warded latest ni, doktor siap cerita pengalaman dia, dan sampai sekarang walaupun dah boleh kerja dengan baik, tapi still follow up dengan psikiatrist dan makan ubat. Doktor pun tak imune daripada sakit mental ni. Mungkin ada yang open up, mungkin ada yang tak.

Lagi ironi bila ada yang kata benci sebab asyik kena interview je dengan pelajar perubatan. Dan orang yang sama jugak complain doktor tak faham pesakit, sebab belajar hanya dengan teori. Eh, kalau kita tak boleh bagi kerjasama untuk pelajar tu mendalami pesakit, macam mana bakal doktor tu nak faham pesakit? Ni kes macam para wanita komplen yang sepatutnya semua hospital perlu ramai doktor O&G perempuan. Dan orang yang sama jugak duk sibuk kata “aku rela jaga anak sendiri daripada hantar ke pengasuh sebab risau macam-macam berlaku dekat anak”. Diri sendiri tak kerja, lagi mahu perempuan-perempuan lain jadi pakar O&G. 

Aku pernah mendapatkan rawatan daripada 3 hospital, dan pernah warded beberapa kali dekat 2 hospital berbeza. Setiap hospital pun ada procedure yang berbeza-beza. Masa kena warded dekat hospital A ni, dapat wad yang agak selesa. Makan sangat cukup dan terlebih-lebih. Sedap-sedap pulak tu. Ber-aircond. Pagi-pagi ada riadah, dan aktiviti bersama OT. Melukis ke, main game ke. Bila doktor round pagi-pagi, hamek kau, segerombolan datang. Penuh keliling katil. Kalau ada 2 team doktor yang round dalam 1 masa, dah rasa macam raya sebab meriah. Sepanjang duk kat wad A, paling sikit orang masa dalam wad adalah 2 orang, dan paling ramai pun 7 orang. Cuma masa tu aku tak boleh duk diam selama 8 hari tu sebab nak buat assignment. Mintak nak bawak laptop tak dibenarkan. Phone semua tak boleh bawak. Kalau ada yang datang melawat dan bawak barang, perlu di cek dulu oleh pengawal sebelum dibenarkan masuk ke wad. Cermin takde, TV ada tapi rosak. CCTV merata. Cuma benda tu bagi aku takde masalah pun. Yelah, semua tu untuk menjaga kebajikan pesakit jugak. 

Dekat Malaysia ni pun dah diamalkan discentralization dimana pesakit lagi better duduk dirumah dan bergaul dengan masyarakat. Doktor-doktor pun tak prefer pesakit duk hospital unless memang sangat perlu selepas ditimbangtara positif dan negatifnya. Bak kata doktor yang consult aku sebelum warded kali ke-2, “Doktor lagi senang kalau pesakit tak di warded. Kurang sikit kerja, tapi saya buat ni for your own good jugak.” Selepas 4 kali warded dekat hospital yang sama, banyak perubahan. Dah ada cermin walaupun dalam bilik nurse, TV dah baiki siap ada astro. Walaupun paling lama aku duk 2 minggu je, tapi memang tak boleh duk diam dah. Rasa nak keluar je. Bila dapat home-leave seminggu memang sangat lah bahagianya. Dalam wad, setiap hari doktor akan datang untuk check. Sekecil-kecil masalah kita sampailah sebesarnya, semua dibincang. Takde doktor nak menganggap masalah remeh je, so ketepikan. Kalau nurse nampak pesakit menangis, mereka datang untuk bersembang. Tak pun panggil doktor.

Tak dinafikan masa aku warded dekat hospital B ni agak tak selesa la. Masa tu pesakit ada dalam 30++, pesakit yang agak severe, makanan pun kureng, toilet takde selak kunci, katil sukahati pesakit lain je nak main tukar-tukar. Kalau tak simpan barang dalam locker, memang akan hilang la barang tu. Nurse pun agak tegas. Sekali round, ada 3 je yang datang. Tu pun MO sorang, pakar sorang, dan pharmacist sorang. Tapi faham la, situ memang sangat ramai pesakit. Jadi tak sesuai nak compare dengan wad A. Kalau nurse tak tegas, memang naik kepala la masing-masing. Tapi nurse baik je kalau kita tak buat hal. Siap panggil aku dan cakap kalau ada apa-apa, bagitahu dia. Pulak tu, sepanjang 4 hari duk situ, hari-hari pelajar perubatan datang interview. Time tu bagi jugak kerjasama walaupun rasa tak selesa. Yelah, fikir tu tugas mereka. Untuk kebaikan pesakit jugak dimasa akan datang. Ada kalanya masa follow-up kalau ada pelajar yang duk sekali dalam bilik doktor, doktor siap tanya “selesa tak ada pelajar-pelajar ni? Kalau tak, saya boleh minta mereka tunggu diluar”. 

Isu takde orang galakkan kita solat dan baca Quran tu tak sesuai nak dijadikan isu kot. Sendiri punya initiative la. Takkan semua nurse nak kena ingatkan. Kang kalau ada yang tanya dah solat ke belum, dikata nurse ingat aku sakit mental sebab tak solat ke? Bila tak ditanya, kata nursse tak hiraukan pasal rohani pesakit. Why la.. Kita-kita ni kalau pakai telekung, nanti ada la pesakit lain ikut nak solat sekali. Kenapa nak letakkan tugas solat ni atas bahu nurse je. Sedangkan bukan ke tanggungjawab kita bersama. Siap ada yang mintak ajarkan solat sebab kat rumah takde orang nak ajar solat, dan memang tak reti nak solat. Handsock, stoking dan tudung dibenarkan pakai pun. So boleh solat tanpa pakai telekung. Bila bukak tudung, tak sampai seminit dah tudung hilang. Then ada yang cakap “saya teringin nak pakai tudung labuh macam awak. Tapi tak bersedia. Nanti orang cakap saya hipokrit” Sayu je dengar.

Sedih bila tengok tiba-tiba ramai yang rasa insecure nak jumpa doktor. Bukan mudah untuk pesakit lawan negatif thought self-stigma supaya tidak berjumpa doktor. Bila dah dapat kekuatan, tiba-tiba ramai yang tak bagi support pulak. Mudahan kita dijauhkan daripada menjadi pihak yang menebalkan stigma, dan mempertingkatkan usaha untuk membuang stigma kepada pesakit mental, mahupun institusi kesihatan mental. Tak salah untuk mengkritik, tetapi perlu sama-sama jadi individu yang turut menyumbang tenaga dalam menangkis stigma demi kebaikan bersama. Kekurangan tu akan sentiasa ada. Nobody perfect. Yang penting, kita salurkan pada pihak yang sepatutnya, untuk kebaikan kita jugak dimasa akan datang. ðŸ™‚

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)