Wednesday, August 25, 2010

sedih bila ada yang menjadikan MENDENGAR al-Quran tu sebagai beban

ni yang sedih nih =(
sangat kecewa dengan segelintir yang berfikiran seperti itu
ramadan kareem, sepatutnya dijadikan madrasah tarbiyyah, sebaliknya
lain pulak jadinya.

aku dah perasan perkara ni lama,
tapi aku pendam je.
tapi bagi aku sekarang dah kritikal.
jadi aku nak luahkan.

biasa lah, sepanjang ramadan ni, di UIA ni dialunkan bacaan ayat suci al-Quran sehari sejuzuk.
untuk khatamkan whole Quran sepanjang ramadan ini.
dan aku rasa, U lain dan sekolah-sekolah turut buat perkara yang sama kan?
disamping itu banyak tazkirah yang yang menjadi TIKET untuk mengingatkan kita.

tapi semua itu dipandang serong oleh segelintir individu.
aku dah dengar ramai yang merungut,
bacaan al-Quran dan tazkirah tersebut yang dialunkan menerusi alat pembesar suara itu membingitkan.
dan ada yang claim that semua itu mengganggu untuk study?


apekahhh??
kita selalunya study sambil dengar music yang lagha-lagha tu tak menjadi masalah pun?
tak ada yang nak kata membingitkan pun?
tak ada yang nak kata mengganggu pun?
tapi kenapa bila ayat suci dialunkan sampai ada yang buat kenyataan sebegitu?

ya Allah, tak sangka sampai ada yang berfikiran macam tu.
tak sudah tu, ada yang siap mencarut-carut lagi..
sampai aku terkelu lidah bila dengar ada yang sanggup berfikiran sebegitu.
keras sangat kah hati kita ni?kotor sangat kah?

tak sudah dengan itu lagi, ada yang tergamak menyumbat headphone ke telinga semata-mata untuk mengelakkan diri dari mendengar ayat tersebut =|
sampainya hati kita boleh buat sebegitu..

kalau lah kita nampak pahala mendengar ayat suci al-Quran lagi-lagi berganda-ganda dibulan ramadan ni, tentu kita semua tak nak lepaskan peluang untuk memperoleh nya kan?BONUS tu beb!!
apa pun, ikhlas kan lah diri kita untuk mendengar ayat-ayat yang indah itu.
kalau ikhlas, sure tak rasa bebanan laa =)


aku tahu, sekarang semua busy dengan asignment dan quizesss yang berlambak untuk minggu-minggu terakhir sebelum final ni, tapi tak perlu sampai kurang ajar..
takot tak berkat apa yang kita belajar tu..
ilmu tak dapat, pahala lagi tah kemana..
ingat tujuan kita hidup, tujuan kita belajar..
marilah kita saling ingat memperingati~

Related Post



14 comments:

  1. ishh.. dengar je kot, bukan suruh baca pun.. bila dengar, free2 dapat pahala.. tak susah.. sayangnya mereka tu.. huhu
    kat sini takde bacaan al quran mcm kat sana.. effort sendiri sama ada nak baca or tak nak.. tapi faham2 la kan kalau minggu2 terakhir sebelum final exam ni.. kena pandai cari masa nak khatamkan..
    btw, semoga kite semua dapat khatam al quran ramadhan ni.. =)

    ReplyDelete
  2. tu laa..sian yang tlg bacakan tu..dia beri pahala kat kita, tapi kita ni bukan tak hargai, tapi mengutuk lagi..
    seriusly sedih sangat X_x
    inshaAllah mira..

    ReplyDelete
  3. pelik pelik.dengar lagu entah apa-apa boleh plak study.dengar al-quran tak boleh plak.tak paham betul lah.

    tak payah lah nak merungut, nanti Allah kasi awak lagi susah nak paham apa yang awak belajar, baru tahu.

    ish.

    ReplyDelete
  4. tu lah kann..kalau laa korang duk kat tempat aku dengar apa yang dirungutkan mereka mesti rasa cam nak bunuh diri..sedih dooowwwhh

    lain la isu non-muslim yang marah sebab azan subuh ganggu mereka tidur tu..tu non muslim boleh laa kalau tak paham apa2..kita nie ISLAM

    ReplyDelete
  5. ya Allah...kenapa la sampai macam tu sekali...

    kalau mereka2 ni agama lain..masih boleh la dipertimbngkn...ini...haih..susah nk ckp...sedih....

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CARA MELETAKKAN LINK BERSAMA KOMEN PART 2

    ReplyDelete
  6. errrmmmmm.... kalau kat UIA macam gitu, kat luar macam mana la pulak kan? heih...

    ReplyDelete
  7. nabilah >
    tu lah..moga dalam ramadan nie jugak mereka mereka mendapat kesedaran =)

    ReplyDelete
  8. amni >
    xde bezanye uia ke bukan ke..
    kami masuk sini pun bukan semua yang dah mula2 dalam tarbiyyah..

    ReplyDelete
  9. smerla.. kwanku pnye rumate pun,
    memang kpale ta leh dengar psal agama..

    paling kool, ayat quran pnye slow la dalam bilik tu.. bleh marah-marah tahap ta ingat dunia.

    orang macam ni..
    lagi teruk dari bapak kesengalan...
    ta tau nak kata pa.

    doa je la diorang berubah ati^^..

    ReplyDelete
  10. tak paham laa ada manusia jenis camni >.<

    moga dilembutkan hati-hati kita~

    ReplyDelete
  11. sedih juaaa.mengapa?padahal aku rindu dgr alunan ayat2 indah ni.kalamullah ini.dgr kat ikim je.heeee...

    ReplyDelete
  12. tu la kann..yang desprate nak dengar sanggup cari kat mana pun..yang dah dapat free tu yang mempersiakan~

    ReplyDelete
  13. huh?!teruknye..
    aku rase cm uia je kot ade biah cmtu compared to u lain..
    pasang ayat quran kuat2 pe sume

    kdg2 bila xdapat,baru kite nak cari sendiri
    yang ade depan mata,,x penah la kite nk bersyukur

    ReplyDelete
  14. ada yang complain sebab banyak sangat..bukan kah itu patot dihappykan..cube bayangkan yang ngaji tu, sanggup pukul 4 pagi dah start ngaji..
    kita ni tlg dengar je pun..
    then lepas subuh cam biasa ada ma'thurat..dan selang seli dengan tazkirah.
    ptg tu ngaji lagi dan ma'thurat dan tazkirah.
    malam lagi laa banyak bacaan quran dan tazkirah, n al mulk sebelum tdo.

    sini buat program biah solehah pun tetap sama je =.=
    tak de pun suasana solehah mana sebab student jugak lah ~_~

    ReplyDelete

thanks =)