Thursday, July 9, 2020

Elakkan menjadi tukang hasut demi kepentingan poket sendiri





Inilah sebab kenapa doktor2 dan petugas kesihatan sibuk educate masyarakat thru sosial media untuk mengelakkan ada individu yang tak bertanggungjawab dengan senangnya menyebarkan info tak betul.

Tak cukup dengan info yang baca sekali dah nampak mengarut, lepas tu siap pakej menghasut pesakit untuk elakkan makan ubat. Secara cliche nya, orang2 macam ni hasut sebegitu sebab nak promote produk atau servis. See..

Ya Allah, geram rasa.


Nanti pesakit tu makin sakit, bukan mereka bertanggungjawab pun. Doktor dan perawat lain jugak yang kena handle.

Katanya rawatan boleh secara face to face atau atas talian. Allahurabbi.

Sudah-sudahlah menunggang perkataan ‘kita kena ikhtiar’. Bukan ikhtiar semberono saja. Kena secara ihsan (terbaik) dan itqan (bersungguh-sungguh). Tu konsep ikhtiar yang sebetulnya. Kalau setakat nak buat benda mengarut lepas tu kata ikhtiar, baik makan batu. Kira ikhtiar jugak tu kan? Batu hanya asbab, Allah yang sembuhkan, kan?

Lagi satu benda klise dengan penghasut ni adalah mereka suruh orang tak makan ubat sebab bahan kimia. Hello, benda apa je takde bahan kimia? Kalau otak takde bahan kimia tu yang jadi mandai2 je tu.

Siap ada yang support kata-kata dalam komen diatas dengan kata “mana-mana psikologis pun tak menggalakkan makan ubat”. Bila ditanya psikologis mana satu, sampai sekarang krik krikk. Perangai sebijik warga MKT 😂

—-

Tahu tak, ramai penjaga pesakit mental yang PM aku share pengalaman dan masalah mereka. Antara isu yang aku sendiri taktau nak cakap adalah bilamana pesakit bawah jagaan mereka sama ada anak atau suami yang taknak makan ubat. Aku cuma mampu minta mereka ikut pegi sesi follow up dengan doktor psikiatri dan bincang macam mana nak bagi pesakit bawah jagaan mereka makan ubat. Bila tak makan ubat, mula la relapse dan ada yang sampai mengamuk hilang kawalan.

Punya la orang cari jalan macam mana nak pujuk pesakit untuk makan ubat, dia senang-senang je menghasut. Benda ni bukan sahaja berlaku dalam lingkungan pesakit mental, tapi penyakit-penyakit lain jugak.

Penat-penat para ahli mencari formula untuk hasilkan ubat yang terbaik, lepas tu doktor farmasis siap on call untuk rawat pesakit, takkan nak mudah-mudah je kita nak bagi orang macam ni meracun fikiran pesakit? Kalau ikut logik, takkan perawat study bertahun-tahun semata nak ‘racun’ pesakit?

Semoga Allah pelihara kita dari menyusahkan orang lain untuk mendapatkan kesembuhan. Dan semoga diberi petunjuk untuk tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah.

Wednesday, July 8, 2020

Antara tips untuk sihat dari penyakit mental




Sejak aku reveal pasal penyakit mental yang aku alami, ramai PM minta pendapat dan share pengalaman.

Maaf kalau yang tak terbalas tu. Akan cuba balas sikit demi sikit.

Antara soalan yang hampir setiap orang tanya adalah apa tips-tips untuk sihat dari penyakit mental tak kisahlah kemurungan, anxiety, bipolar, skizofrenia dan lain-lain.

Aku sekarang ni pun tak fully recovered lagi tapi alhamdulillah dah semakin stable. Jadi aku banyak share ikut pengalaman sendiri je.

Dan antara jawapan yang selalu aku bagi adalah kita kena berada dalam suasana yang positif.

Aku yakin, ramai sekali baca akan faham berada dalam kalangan orang yang sentiasa positive dan selalu nak motivate kita untuk jadi positif. Kan?

Tapi aku tak berhenti pada ayat tu. Aku akan elaborate apa maksud positif yang aku maksudkan.

Yang aku maksudkan positif adalah suasana yang memahami, dan tidak judgemental. Bukan suasana pemikiran positif sehingga membuahkan hasil negatif.

Sebagai contoh, positive thinking yang menghasilkan sesuatu yang negatif adalah mereka yang kerap kali menghukum.

“Tak payah pun makan ubat tu, kau kena sentiasa positif nanti sembuh la”

“Jangan terlampau melayan sangat perasaan tu”

“Kalau kau bersyukur confirm takde rasa nak bunuh diri tu”

“Ingatlah orang lain yang lagi mencabar kehidupan mereka”

Dan nasihat yang seumpama. Aku yakin ramai pesakit mental akan mendapat nasihat ‘positif’ sebegitu.

Nampak macam positif kan? Ala takkan nak suruh bersyukur pun tak boleh kan? Tapi ya, itu yang dipanggil toxic positivity. Bilamana positif thinking yang terlampau nak push perasaan positif sampai menafikan perkara negatif yang mana kita sebagai manusia normal untuk ada perasaan negatif.

Sorry to say, but for me mereka adalah toksik dan sangat perlu dijauhi.

Dulu pun masa mula-mula sakit, aku search video-video motivasi konon nak bagi aku ada semangat. Tapi malangnya video2 yang aku jumpa tu masing-masing menghukum pesakit mental tak beriman la, jauh dari tuhan la, tak bersyukur la.

Oleh sebab itu, aku makin menhukum diri aku dengan kata-kata sedemikian. Dan keadaan aku makin teruk sebab rasa diri tak berguna, rasa menyusahkan dan tak ada guna hidup lagi.

Tapi alhamdulillah as time goes by, dengan bantuan info2 dan kenalan dalam bidang psikologi ni, aku realise yang menghukum diri sendiri hanya akan menerukkan keadaan.

Aku slowly jauhkan diri aku daripada toksik dan alhamdulillah aku semakin stable. Tapi syukur sebab orang sekeliling aku semua sangat membantu. Mereka tak judgemental. Cuma ada seketul dua yang sebegitu. Tu pun so called perawat alternatif dan ‘motivator’.

Tapi tak semua berpeluang menjauhkan diri dari insan-insan toksik ni disebabkan kekangan tinggal sebumbung atau kerja secarpet. Tapi jika ada ruang, cuba cari jalan untuk tidak perlu bertentang mata dengan mereka.

Jadi, untuk menjaga kesihatan mental kita, elakkan la terjebak dengan mereka yang toksik ini. Mungkin sukar sebab kita rasa nak jaga perasaan orang, tapi ketahuilah bahawa kesihatan mental kita sangat penting untuk dijaga.

Bukan selfish, tetapi berhati-hati.

Bacaan lebih lanjut:
https://www.muftiwp.gov.my/…/4431-al-kafi-1698-hukum-menjau…


Tuesday, July 7, 2020

Cegah pseudopsikologi untuk mengelakkan masalah aqidah

Coach, idola, sifu, master, (?)

Biasa dengar panggilan-panggilan ni? Antara gelaran bagi so called motivator. Nak lagi hebat, letak panggilan Datuk Dr. Baru nampak lebih gempak kan?

Tak semua, tapi kita boleh nampak biasanya motivator ni banyak mengamalkan pseudopsikologi; which is amalan yang di claim as bersifat psikologi tapi sebenarnya tak ada kaitan dengan psikologi atau tiada bukti saintifik pun. Tapi mereka menggunakan ayat pelaris seperti “menurut psikologi….” “Psikologis berkata….”

Semua orang pasti pernah menghadiri kursus motivasi kan? Tapi apa yang mereka ‘ajar’ sangat bercanggah dengan konsep motivasi tu sendiri.
Again, tak semua.
Ada jugak perawat alternatif yang menggunakan kekdah sains campuran ni.

Bila motivator cakap, sangat menakjubkan. Mereka sangat indah berkata-kata.
Sebab tu mampu menarik perhatian ramai orang. Walhal, ada antaranya palsu.

Ada yang menggunakan hujah “Ilmu Allah luas”, tetapi mengamalkan benda yang dekat dengan kemurkaan Allah sendiri.
Memang pun Ilmu Allah luas, sebab tu Allah suruh belajar. Dan belajar perlu dari ahlinya.
Memang ilmu Allah luas, tapi ilmu Allah yang luas tu. Ilmu kita limited.

Antara pseudopsikologi yang famous adalah RAHSIA TARIKH LAHIR.
Fehh, kalau dengar ni daripada sorang motivator, rasa sangat betul.
Sebab tu orang suka jumpa motivator instead of psikologis.
Jumpa psikologis ni bosan, susah, saintifik, dan ‘kering’.
Tapi kalau jumpa motivator, terasa bagai disinari cahaya keimanan, terasa diri berada di puncak kejayaan.



Benda ni tricky, tapi kalau nak tahu ilmu tu valid atau tak, kita boleh tengok benda tu dia ‘too good to be true’, dan jugak takde bukti saintifik.

Macam rahsia tarikh lahir tu, just tambah tambah no di tarikh lahir, terus dapat unsur dan interpretation personaliti.
Berbeza dengan jumpa psikolgis, kena interview, buat questionnaire panjang-panjang (cth: MMPI ada lebih 300 soalan), baru dapat tahu tentang personaliti kita.
Serius bosan nak jawab benda tu.

Ilmu psikologi palsu ni sama jugak dengan ilmu hadis palsu.
Dalam ulum hadith (sciences of hadis), untuk tahu samada hadis tu mauduk (palsu) / hadis dhaif (lemah), perlu melalui satu proses validation.
Perlu tengok sanad, matan, perawi dia apa semua tu. Ada kriteria-kriteria tertentu untuk sahkan dia sebagai hadis sahih.
Sama jugak dengan psikologi. Keyword dia adalah sahih (valid) dan thiqah (reliable).

Berbalik pada contoh rahsia tarikh lahir tu.
Bila kita dengar result dia yang “eh betullah”, terus kita rasa benda tu benar-benar betul.
Sedangkan takde asas yang kukuh.

Antara flaw dia yang aku nampak adalah tarikh lahir tu kenapa dia amek tarikh masihi? Kenapa bukan tarikh hijrah? Kenapa bukan tarikh Cina?
Ke setiap tu ada maksud berbeza? Ke sebenarnya kalau kira tarikh hijrah ke, masihi ke, Cina ke, dapat ‘unsur’ yang sama?

Tarikh lahir aku adalah 28 REJAB 1411, so boleh kirakan unsur aku?

Siap ada no rohani dan no fizikal.
Pehh nampak wow kan? Haa tu la antara ciri psikologi palsu. Nampak gempak.
Hadis palsu pun antara cirinya macam tu la, nampak gempak, tapi tiada asas.

Yang sedihnya, orang yang mengamalkan pseudopsikologi sekarang ni termasuklah ustaz-ustaz, atau orang yang berimej Islam.
Lalu lebih enak digabungkan psikologi dan Islam. Maka muncul la ilmu-ilmu yang makin pelik. Antaranya apa kita fikirkan adalah doa, law of attraction dll.
Lebih mengecewakan, ilmu tersebut bertentangan dengan aqidah.

Contoh ilmu yang bertentangan dengan agama Islam macam ilmu rahsia tarikh lahir ni la.
Fatwa WP memutuskan ramalan berdasarkan tarikh lahir ni berdosa-
“Dalam masa yang sama, larangan ini juga dimasukkan dalam Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu: Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang mempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat,rahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama dengannya.”

Sumber: https://muftiwp.gov.my/…/2416-al-afkar-12-percaya-ramalan-b…

Bukan nak jatuhkan sesapa, cuma nak ingatkan supaya kita lebih berhati-hati terutama perkara yang melibatkan aqidah.

Monday, July 6, 2020

"Dah Mati Belum?"






“Dah mati belum?”

Tu antara komen yang akan kita nampak di post mengenai suicide.

Kalau merujuk printskrin dilampirkan, mungkin dulu orang-orang yang membuat undian maut tu sebab anggap mangsa sekadar mengada, attention seeker dan lembik.


Nampaknya warganet masih tak ‘insaf’ dengan berita terdahulu. Masih mengulangi benda yang sama. Kes tu tak sampai setahun lagi.

Sampai sekarang tertanya, apa perasaan mereka-mereka yang membuat undian ‘D’. Mudahan mereka mendapat pengajaran darinya.

Gais, suicidal is real. Ada yang pendam disebabkan stigma masyarakat. Ada yang terlalu open sehingga dianggap attention seeker.

Walaupun sedia maklum yang suicide attempt biasanya akan datang bersama ‘sign’, tapi tak semua ada memberi hint. Jauh dijiwa rasa taknak orang lain tau kalau kita bunuh diri.

Tak mustahil sekejap tadi elok berbual mesra, bergurau senda, tengok esoknya dah bunuh diri. Unexpected!

Walaupun kita nampak dia tulis semudah “ek eleh takkan sebab PKP je nak bunuh diri,” tapi biasanya bukan satu sebab tu je. Ada sebab-sebab lain jugak yang mungkin tak diluahkan. Macam kes tahun lepas tu, aku tak rasa satu sebab je. Mungkin ada sebab2 lain yang kita taktau. Dan itu yang membuatkan kita mudah judge.

Aku tak menyokong orang yang semudah-mudahnya menggunakan perkataan ‘nak bunuh diri’ secara bergurau terlebihan, tapi benda ni kadang kita tak dapat nak baca.

Ada baiknya kalau kita cuba untuk membantu instead of menambah luka didada. Kalau kita tak dapat membantu pun, elakkanlah menambah perisa kesengsaraan.

Just a small reminder, perasaan bunuh diri tu datang tanpa diundang. Tak kira siapa kita samada malas, rajin, tua, muda, miskin, kaya, alim, jahil, influencer, tweetfamous, instafamous dan lain2. Takkan kalau diri sendiri atau ahli keluarga diuji macam tu baru nak jaga perasaan orang lain?

Dan untuk mereka yang merasa suicidal, elakkan menulis di laman sosial. Tak semua orang faham. Boleh luahkan pada kaunselor2 atau talian sokongan emosi seperti befrienders dan Talian Kasih. Boleh juga luahkan di support group depression, sebab inshaAllah disana mereka akan faham tanpa sebarang judgemental.

#DoneBackup

Siapa kita nak compare masalah dengan orang lain?

Kalau nak compare masalah, kita semua ni umpama tak boleh ada masalah.
Orang yang ada anak 4 mengadu stress, dia reply
“Syukurlah sikit tak ada ramai anak. Si Senah tu ada 11 anak lagi stress tau! Kau setakat 4 apa la sangat”
Orang mengadu keguguran anak, dia reply
“Syukurlah ada anak 2 dah. Si Meon tu takde anak langsung tau”
Orang menangis sebab ayah meninggal, dia reply
“Tak payah la nak sedih. Si Masdur tu lagi langsung takde ayah dari kecik”
Orang sedih SPM dapat 4’s, dia reply
“Mengada la nak sedih sedih, syukur la orang lain langsung takde A.”
Orang mengadu stress kerja 8 jam, dia reply
“Takkan tu pun nak stress. Maidin tu keje sampai 12 jam sehari relaks je”
Orang mengadu stress belajar, dia reply
“Syukur la dapat masuk uni. Ramai lagi nak masuk tapi tak dapat. Tak payah la nak stress stress.”
Orang kemurungan major meluah, dia reply
“Sikit-sikit cakap down. Si Timah tu lagi la skizofrenia. Tapi takde la macam kau ni.”
Student diploma tension dengan workload yang banyak. Dia reply,
“Baru diploma. Orang lain boleh je bawak sampai PhD.”
Nampak?
Nampak macam nasihat tu ‘positif’ kan? Tapi malangnya tidak. Lebih memberi kesan negatif kerana kita menafikan perasaan negatif.
Kalau ikut logik orang yang suka compare ni, memang takde langsung peluang untuk kita stress. Sebab akan sentiasa ada orang yang lagi teruk pada kita.
Mungkin dia tak tahu, ada sebab Allah ciptakan stress tu.
Stress tu pun ada baiknya jugak. Dipanggil eustress. Jadi kita kena acknowledge jugak perasaan tu.
Kerana akhirnya kita manusia. Tidak dapat tidak, tak boleh elakkan dari stress. Kalau tak penah stress tu yang nampak tak berapa normal .
Allah ciptakan manusia yang sama ada perasaan dengan kita untuk kita kongsikan perasaan tu. Supaya reda sikit gelojak di jiwa.
Mereka kadang sekadar meluahkan, untuk mengurangkan beban emosi. Bukan nak dengar nasihat pun sebenarnya.
Ye, semua berhak rasa stress. Tapi yang lebih penting, adalah macam mana kita berhadapan dengannya.
Berkongsi rasa tidak bererti kita hina dan tidak bersyukur, mahupun terlalu manja.
Aku bukan nak ajak kita jadi manja, lembek, kuat komplen, tak bersyukur apa semua tu. Just nak kita be realistik, dan setidak-tidaknya tidak terlalu kompres dan menafikan perasaan negatif. Kesannya buruk. Lama kelamaan mungkin boleh kemurungan.
Nak self talk dengan diri sendiri kadang tu takpe la. Tapi tak sesuai nak cakap pada orang lain sebab kita taktau apa yang sedang mereka struggle.

Saturday, July 4, 2020

Suicidal is real



Aku ambil komik ni dari 1 page yang famous dengan satire untuk memberi kesedaran masyarakat tentang isu-isu semasa. Memang banyak komik dalam tu yang setepek kena muka sendiri.

Tapi pasa isu ni, aku amek positive yang admin page tersebut maksudkan orang yang sengaja self-harm sebab saja-saja untuk cari attention, bukan kerana ada sakit mental. Sebabtu media tak boleh menunjukkan any aksi yang atau perbuatan self-harm atau sucidal. Takut orang terikut-ikut. So aku blurr kan ‘perbuatan’ tu.

Aku suka je baca komik-komik page tu. Top fans kott. Tapi ada jugak la beberapa perkara yang dalam komik tu yang tak setuju. Mana best aku baca, tak best, abaikan. Simple.

Okay aku bukan nak kritik komik tu sebab aku pun dah komen dekat sana.

Cuma nak ceritakan realiti macam mana diri sendiri sebagai pesakit mental rasa perasaan untuk bunuh diri tu.



Orang normal pasti takkan boleh brain kenapa la ada orang sampai nak bunuh diri.
Tak bersyukur dengan apa yang ada ke?
Tak takut neraka ke?
Orang lain ujian lagi berat tapi rilek je?
Dan mungkin banyak lagi persoalan yang termercik diminda.

Jangan risau, persoalan-soalan tu nampak logik.
Sebab macam ‘common sense’.
Pesakit sendiri pun sebenarnya cannot brain macam mana boleh sampai ada perasaan sebegitu.

Masa tu hidup rasa sangat kelam. Tak nampak langsung cahaya.
Tak ada benda lain dalam benak fikiran kecuali berharap nyawa berakhir disitu.
Taktau macam mana nak stop perasaan untuk bunuh diri tu.

Setiap malam buat tahajjud, hajat, istikharah and witr, tetapi perasaan sama.
Quran baca siap makna.
Mathurat baca qubra.
Hati tak putus istigfar,
Tapi tetap perasaan tu tak hilang.
Sampai terfikir Allah dah tak terima ibadah aku ke.

Ingat suka ke ada perasaan macam tu?
Tak menarik gais. Sangat tak menarik.
Setiap masa duk blame dan hukum diri rasa sangat tak guna.
Rasa hidup ni menyusahkan semua orang.
Serbasalah untuk teruskan hidup.
Setiap kali bangun tidur, rasa kecewa kenapa masih hidup.
Kecam diri sendiri kata Allah pasti murka dengan aku sebab ada perasaan tu.

Setiap masa teringatkan kematian.
Terbayangkan diri mati tergantung,
Terbayangkan tengah kelar leher dan pergelangan tangan,
Kalau naik kereta terbayangkan nak terjun dari kereta,
Dan macam-macam lagi ‘aura’ negatif tu berlari-lari diminda.
Masa tu siap sediakan wasiat, sebab rasa aku akan mati dalam masa terdekat.



Benda tu berlaku selama beberapa bulan.
Lepas makan ubat psikiatri, alhamdulillah suicidal ideation tu hilang.
Tapi benda lain pulak jadi.

TAKUTKAN KEMATIAN.

---

Daripada teringin sangat nak mati, sampai jadi takut mati pulak. Takut yang sangat sangat takut.

Lagi-lagi bila sakit jantung.
Memang rasa ada penyakit kronik dah.
Sakit kepala rasa ada kanser otak,
Sakit sikit semua rasa ada kanser.
Memang sentiasa rasa ada penyakit.

Nak tenang, kena pegi hospital.
Tapi yang aneh, bila sampai hospital, okay pulak.
Buat ECG semua normal.
Tentu doktor rasa kita saja-saja and ngada-ngada je kan

Mula-mula sekali kena tu, aku rasa ada sakit kronik.
Memang gelabah terus rasa nak buat medical check up.
Selagi tak buat selagi tu tak tenang.
Pegi klinik kesihatan nak buat medical check up, dia kata tak boleh kalau bukan sebab nak sambung belajar atau sebab nak masuk kerja baru.
Jumpa doktor, doktor bagi ‘ubah sapu’ untuk sapu kat dada kalau sakit. (ubat tu memang tulis dekat bekas tu ubat sapu)

Tak puas hati lagi, pergi klinik kesihatan lain pulak.
Doktor suspek tiroid.
Tapi buat test normal.

Tetap tak puas hati, pegi walk in klinik psikiatri pulak.
Doktor buat ECG dan normal.
Katanya mungkin gastrik so dapat ubat gastrik.

Tak puas hati jugak sebab memang rasa ada sakit kronik.
Pegi hospital swasta pulak.
Bagitau symptom apa semua,
Doktor kata anxiety je tu.
Aku cakap la aku nak buat medical check up, doktor kata tak payah sebab anxiety je tu.
Dia nak bagi xanax tapi aku taknak sebab dah ada.
Tak jadi buat medical check up sebab mahal. Hospital swasta kan..

Sakit dada dan sakit jantung ni makin menjadi-jadi kalau jumpa orang ramai.
Tengah solat jemaah terawih dekat masjid, sakit dada.
Terus tinggalkan saf untuk pegi ke ED.
Sampai ED dah lega. Buat ECG lagi tapi normal.
So pegi ED tu dah jadi rutin.
Sampai la aku pegi terapi and dia kata benda tu sekadar panic attack.
So diajar cara-cara nak hadap benda tu.



Nampak, dari perasaan nak sangat mati sampai sangat takut mati.
Bukan sekadar takut virus covid-19 ni,
sesimple rasa sesak nafas pun terus takutkan kematian.

Aku just nak share, tak semua orang yang nak bunuh diri atau cederakan diri tu tak fikir panjang.
Kami diuji dengan merasai perasaan itu.
Jadi, kalau ada kenalan yang mengadu ada perasaan tu, please dengar.
Jangan suruh dia stop ceritakan pasal tu.
Suruh dia ceritakan macam mana cara yang dia terfikir.
Sembang la untuk dia luahkan, bukan untuk nasihat atau tazkirah atau kecam.

Mungkin ada sesetengah orang yang saja-saja self-harm sampai semua pesakit juga terpalit sama.

Ingat, kemurungan ni siapa pun boleh kena.
Tak kisah la siapa pun kita; laki, perempuan, gemuk, kurus, kuat, tampan, kacak, cantik macam Areefah.
Jadi, tak usah beria kecam orang.
Doakan kesejahteraan kita dan mereka.
Dan mudahan kita dijauhkan dari penyakit yang seram ini.

Suicidal ni real gais,
Bukan nak attention,
Bukan sengaja-sengaja dibuat.
Kalau boleh, taknak sapa pun tahu kita mati.

Pengimpi kesembuhan,
Areefah

Friday, July 3, 2020

Risiko berita palsu terhadap pesakit mental





“kalau berita ni palsu takpe, asal dapat beri pengajaran”

Hahhh. Ingat semudah tu ke? 

Umpana dah sebarkan fitnah lepas tu lepas tangan. Tak boleh macam tu gais.

Nak tau apa implikasi kalau kita suka sebar benda palsu ni?


Aku amek satu contoh je dari sudut kesihatan mental. Mungkin orang susah nak brain, but let me share something.

Pernah dengar satu sakit mental yang namanya PANIC DISORDER? Ni salah satu penyakit bawah kategori anxiety.

Pesakit akan sentiasa rasa gementar, berdebar-debar, takut hilang arah dan lain-lain perasaan yang mencemaskan.

Dan lebih perit, bila setiap saat rasa dah nak mati.

Ya, sentiasa sayu, rasa betul-betul dah dekat nak mati.

Tengok muka anak-anak rasa sayu je, sampai terfikir kalau aku mati nanti sapa nak jaga anak-anak aku, mak bapak aku, suami aku.

Kalau duk sorang-sorang rasa macam mana kalau aku mati orang akan tahu ke mayat aku ada kat sini.

-

So apa kaitannya dengan sebarkan berita palsu?

Bila kita anxious, apa kita buat? Normal je kalau dalam era teknologi Cyberjaya Putrajaya ni kita guna hujung jari untuk search tanda-tanda yang kita alami kan?

Macam tu jugak pesakit panic disorder. Akan search pelbagai gejala yang dialami.

Tapi yang parahnya, hasil carian tu lebih meningkatkan panik.

Sebagai contoh bila kita search “maksud mimpi patah gigi”, maka keluarlah jawapan "petanda nak mati."

Contoh lain, kalau search “sebab mata kiri kelip-kelip”, maka keluarlah jawapan "petanda nak mati"

Nah lagi contoh, kalau search “berdenyut-denyut di pusat” muncullah jawapan "petanda 40 hari nak mati.

Allahu.

Mudanya kita membuat andaian.

Mati tu Allah je tahu bila.

Pesakit panic disorder ni sampai takut kalau ada berita-berita kematian. Terutama kematian mengejut. Mula la trigger rasa adakah aku akan mati mengejut jugak?

Bukan tu je, dengar perkataan MATI pun boleh trigger. So mereka akan menggunakan initial M sebagai untuk menggantikan perkataan Mati.

Seksa kan?

Sebagai pesakit, apa perlu dibuat? Nak mengadu dekat family, dikata kita buat-buat. Ingat mudah ke nak cakap “aku rasa betul-betul dah nak mati” dekat orang lain. Tapi kekecewaan yang diperoleh bila orang yang tak faham akan terus balas dengan tazkirah “Ingat Allah la kalau dah nak mati”. Free je dapat balasan “mengada-ngada betul”

—-

Bagaimana untuk kita membantu pesakit panic disorder?

1. Elakkan sebarkan berita palsu dan khurafat.
2. Kerap bertanya khabar.
3. Dengar luahan mereka tanpa nasihat seperti “jangan la takut mati, semua orang pasti mati. Takkan la tu pun nak down”
4. Ajak mereka bertemu pakar.

Kenapa pesakit rasa begitu? Sebab mereka sakit. Sakit mental. Bukan sebab jauh dari Tuhan. Bukan sebab banyak buat dosa.

Buat pesakit, elakkan google kalau ada tanda-tanda. Rujuk mereka mereka yang sepatutnya. Limitkan sosial media terutama waktu covid-19 yang sangat triggered.

Yang ada gejala, its okay, itu bukan tanda kelemahan. Kalau perlu, segera dapatkan rawatan. Panic Disorder ni boleh diubati, inshaAllah.

Kredit gambar: KKM

Thursday, April 16, 2020

Pengalaman sebagai pengidap bipolar disorder


Bersempena Hari Bipolar Sedunia 30 Mac 2020, aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai pesakit yang mengidap bipolar disorder. Versi 2020.
Lebih kurang 5 tahun lepas aku telah disahkan mengidap penyakit mental.
Bipolar disorder atau kecelaruan dwikutub ni ada 2 polar, which are (1) depression dan (2) manic. Kedua mood extreme ini akan berlangsung bersilih ganti.
Secara ringkasnya depression ni berada dalam mood yang sangat rendah, namun bukan sekadar sedih sahaja. Tetapi terhidang dengan beberapa gejala lain.
Manic pulak, bila pesakit ada dalam peringkat dimana kami terlampau eksaited, terlalu gembira dan sangat bersemangat.
Aku akan kongsikan simptom-simptom yang aku alami.
Pada awalnya, aku disahkan mengidap Major Depressive Disorder (MDD).
Gejalanya sama macam dalam poster bawah.
Selama beberapa bulan aku tak bercakap, tak ada selera makan, malam tak boleh tidur walaupun sangat penat. Aku umpamakan penat tu macam pergi mukhayyam (kem), sedangkan duduk tak buat apa pun. Malam tak boleh tidur, tapi siang melekat kat katil.
Aku sentiasa gelisah, tak tenang, rasa sayu dan tak keruan. Rasa bersalah yang teramat. Rasa tak guna. Setiap masa ada suara dalam kepala bisikkan supaya bunuh diri. Susah nak buang suara tu. Macam real. Aku bagai ditindih dengan makhluk hitam yang kelam. Memang serba gelap hidup aku masa tu. Tak nampak cahaya langsung.
Aku makin sangsi dengan diri aku bila baca Quran, solat taubat, istikharah, hajat, witr semua tak boleh buatkan aku tenang. Aku makin hukum diri aku yang Allah tak terima ibadah aku sebab banyak dosa.
Tapi aku tetap tak putus asa. Sebelum ni kalau aku nak kuat, aku paksa diri aku untuk tahajjud. Tu kunci kekuatan sebab aku banyak terinspirasi dengan tempat aku internship yang mana mereka mengamalkan tahajjud hari-hari. Tapi masa tu setiap malam buat tahajjud, tetap tak boleh tenang dan sentiasa gusar. Hidup serba tak kena. Aku makin down.
Aku juga sering cakap dalam diri, kalau nak dijauhkan dari perkara-perkara negatif, tak boleh tinggal bacaan mathurat. Memang aku tak pernah baca mathurat qubra secara nafsi nafsi (bersendirian), tak hafal pun, tapi time tu aku baca versi qubra untuk buangkan fikiran negatif. Siap baca makna. Tapi aku tetap tak boleh stop fikiran negatif. 

Perasaan untuk tamatkan hidup tu sangaat kuat. Aku tak tahu arah tujuan, kecuali dengan berdoa pada Allah. Masa tu tak ada apa yang boleh buatkan aku kuat.
Sebagai orang noob dan taktau yang aku sedang sakit, aku makin kuat kecam dan salahkan diri sendiri. Aku rasa loser, tak guna dan lebih baik mati. Ada simptom delusi dimana aku rasa semua orang bencikan aku, aku menyusahkan orang, orang tengah berpakat nak kenakan aku. Serius sangat tak tenteram.
Simptom pada fizikal pulak aku akan kerap penat, sakit kepala, tegang urat, menggigil, sesak nafas, sakit dada dan lain-lain.
—-
Dalam 6 bulan selepas itu, aku disahkan mengidap bipolar II disorder.
Pada mulanya aku ingatkan aku dah sembuh daripada depression. Sebab aku dah okay, takde rasa nak bunuh diri, takde rasa sedih, takde rasa penat, tak boleh tidur tapi tak mengantuk, rasa nak buat macam-macam.
Yang paling obvious bila aku spending spree kot. Aku ni sebelum ni sangat la berkira kalau nak beli barang. Tapi masa tu aku belanja macam orang kaya, sedangkan tengah tak ada duit.
Masa depression tu, aku sangat paranoid. Aku rasa semua orang tengah berkata tak elok pasal aku. Aku sangat takut nak berjumpa manusia sebab nanti sesak nafas dan menggigil. Aku memang tak boleh mengadap orang walaupun dalam alam maya. Jadi aku deactivate semua akaun media sosial aku.
Tapi masa manic tu aku terus rasa nak on phone, bukak balik semua sosial media aku. Aku banyak ‘membebel’ dalam whatsapp group. Banyak cakap la. Rasa diri special.
Pada mulanya aku anggap semua gejala manic tu adalah nafsu semata-mata. So sebab tu aku tak rasa ada keperluan untuk bagitau doktor simptom-simptom tu.
Tapi ada satu hari tu, ada sorang pesakit post dalam support group kata doktor baru diagnose dia mengidap bipolar disorder. Aku tanya kenapa doktor diagnose bipolar. So dia cerita symptom yang dia alami. Aku terkejut sebab sebijik macam apa aku rasa.
Dari situ aku rasa aku perlu maklumkan pada doktor psikiatri dan dia diagnose aku as bipolar II disorder. Doktor memulakan ubat pertama aripiprazole. Dan lepas tu sebab aku tak tidur, doktor suruh tidur dan bagi aku diazepam untuk tidur.
Gejala (hypo)manic ni berlangsung selama 2 minggu berterusan. Lepas 2 minggu tu, aku terus depress balik. Aku mula menjauhkan diri dan mendiamkan diri seperti sebelum ni. Dunia kembali gelap.
Beberapa bulan selepas tu, aku di diagnose dengan bipolar I disorder.
Begitu la nasib sang pengidap bipolar. Ada masa extreme low, ada masa extreme high. Tapi aku most of the time low la. Alhamdulillah sekarang tak low, tak high. Normal untuk 4 bulan selepas keluar wad and buat ECT. Ini sangat amaizing. Tak penah lagi macam ni. Subhanallah.
Aku suka berkongsi simptom yang aku alami bukan untuk menagih simpati. Tapi since aku dapat petunjuk (hidayah) daripada perkongsian orang lain, aku rasa terpanggil untuk menceritakan kisah aku supaya pesakit MDD terutamanya memaklumkan pada doktor psikiatri jika mengalami gejala manic.
Kalau sorang baca dan sorang tu jumpa doktor, aku sangat syukur. Sebab apa? Sebab manic ni bahaya kalau dibiarkan begitu sahaja. Boleh melarat dan kesannya teruk contohnya tak tidur berhari-hari boleh halusinasi. Ni yang doktor bagitau dan nasihat aku untuk makan ubat tidur kalau tak boleh tidur.
Sekarang takde ubat tidur. Just lamotrigine, olanzapine, lithium and sertraline. Tapi tidur tak hengat dunia.
Yang aku share ni hanya sikit info pasal manic sebab aku tak alami banyak sangat gejala. Tapi penting untuk kita maklum, kalau diri sendiri atau orang terdekat ada ciri-ciri manic, cepatlah berjumpa psikiatri.
Antara salahfaham pasal bipolar ni orang selalu kaitkan dengan ‘gila isim’. Tiba-tiba dia nak belajar ilmu makrifat, cakap perkara yang aneh pasal syurga neraka, rajin ke masjid atau majlis ilmu dan banyak cakap pasal ilmu agama. Perwatakan pun berubah jadi semakin islamik.
Sini antara point kenapa orang rasa pesakit bipolar ni ada gangguan makhluk halus. Sebab kata disampuk ‘jin Islam’ la. Sebab tu jugak pesakit biasanya dibawa ke bomoh dulu sebelum dibawa ke hospital untuk bertemu pakar.
Antara lain, dia rasa dia berkuasa dan mampu mengubah dunia. Dia rasa diri dia special, sebagai contoh nama Ahmad tapi tiba-tiba mengaku nama Tengku Ahmad. Kononnya keturunan raja.
Pesakit juga mungkin akan drive kereta laju-laju. Selain tu, dia akan rasa ada semangat yang luar biasa contohnya berhenti keje as penjawat awam dan bukak business sendiri.
Harap kawan lain boleh share pengalaman diri juga. Supaya masyarakat lebih faham penyakit kita dan tak salah anggap macam-macam.
Selamat Hari Bipolar Sedunia 30 Mac 2020.
Areefah,
Impikan kesembuhan.