Saturday, September 11, 2010

nak raya ke nak buat dosa? kita ni mangsa!!

first of all,
nak cakap سلامت هاري راي عيدالفطري. معاف ظاهير دان باطين
maaf bagi siapa-siapa yang dah
muak nampak wish itu dari aku XD

hari raya aidilfitri ni, kita semua kembali kepada fitrah kita.
kita semua manusia yang serba kekurangan dan ketidak sempurnaan ni masih berfitrah untuk menjadi baik.
dan, 1 syawal ni kita sendiri boleh nampak yang biasanya free hair,
nak pakai tudung untuk nampak lebih sopan.
masing-masing dengan baju kurung yang ayu gitu.


tapi malangnya kita semua ni mangsa keadaan fesyen..
tengok sendiri pada pakaian raya kita laa..
kononnya kita pakai pakaian baru pada pagi raya nak dapatkan pahala,
tapi diselimuti dengan haram sebab pakai pakaian tapi sebenarnya bertelanjang.

baju kurung moden, kurung moden, koleksi baju kurung moden, baju kebaya moden
patung pakai dah cam lawa, apatah wanita pakai?


masa aku pergi shopping baju raya,
rasa cam sadis sangat kalau pergi ke kedai baju kurung atau bazar ramadan yang menjual pelbagai jenis baju 'raya'
tengok la pada baju kurung sekarang ni, kalau tak nipis, sendat..adoi adoi adoi.
susah nak cari baju 'perempuan melayu terakhir' yang betul-betul.
jubahh jua banyak yang nipis-nipis dan ketat X_x
untuk apa pakai nipis selain tayang badan?
nak tayang bra?bra raye ke XP


dan yang paling aku pelik,
tak ada satu pun ( memang tak ada atau aku yang tak jumpa ) baju melayu lelaki tu yang nipis macam perempuan punya.
kenapa ek tak ada pun?sedangkan laki boleh je nak pakai baju nipis,
sebab badan mereka ( pusat dan keatas ) tu bukan aurat pun.
kat sapa-sapa pun depa boleh nak tayang, tak gitu?
sedangkan perempuan ni penuh la baju yang nipis segala bagai tu,
tapi kan tu aurat untuk bukan mahram.
depa beli baju yang nipis-nipis jarang-jarang dan ada certain yang terkoyak tu mungkin untuk pakai kat rumah antara famili yang mahram je kot =.=


tu baru cakap pasal baju kurung.
tak sentuh bab tudung lagi.
susah betul nak cari 'tudung 1malaysia' sekarang ni.
banyak jenis tudung ekin tu ataupun tudung syria.
yaa, tudung tu simple dan comel-comel.
tak salah pun nak pakai, ok what~
tapi banyaknya yang kecik dan dipakai untuk menayangkan dada dan tidak memenuhi tuntunan menutup aurat yang betul.
kalau nak pakai tudung seumpama itu, tanya balik pada diri kita kenapa kita pakai tudung?


lisa-surihani
dia pakai tudung, cunnya sikit lagi dah nak sama taraf cun macam aku XD

dan ada kisah lucu masa aku pergi bazar, aku nampak 'tudung siti'
nama tudung tu macam tu.
tu pertama kali aku nampak tudung tu aku macam jakun sikit.
bukan sekadar nipis, tapi jugak kecik.
pernah nampak inner tudung tak?
i mean bukan inner tudung syria tu, tapi inner untuk cover tudung bawal yang nipis tu.
haaa.. tudung siti tu sebijik macam inner tudung tuh..ish ish ish X___x


apa pun bagi yang sedang berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna,
diharap ramadan dan syawal kali ini menjadikan kita terus istiqamah =)
kalau nak tayang aurat tu, cuba pergi ambil api yang tengah bakar lemang tu,
dan letak kat bahagian yang kita nak tayang tu.
kalau mampu tahan dalam 5minit pun jadi lah, teruskan tayang.
kalau tak mampu, ingatlah api dunia sekadar cebisan bunga api dan mercun api neraka nauzubillah.

peringatan untuk diri sendiri dan bagi yang terlupa dan terleka dengan nikmat lemang yang begitu sedap :
aurat wanita dan bukan muhrim - seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan



* nota : aku bercerita mengenai raya, jadi aku bagi contoh berkaitan raya jugak.
sebenarnya semua ni berlaku dalam daily life kita.
dan aku jugak bercerita mengenai wanita kerana aku sayang wanita & kasihankan lelaki~

Related Post



26 comments:

  1. aku panggil baju mcm tu baju separa halal. aku tak faham betul dia dah ada getah dkt tangan, kira dah tutup aurat, tp jarang. -_____-"

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, ada juga yang buat post pasal ni.. kak ikin nak buat xsempat. hehe :D

    betul ni, areefah.. geram n sedih rasanya, masa shopping baju semuanya pattern baju jarang.. kalau takjarang plak, warnanya memukau sungguh (macam warna highlighter), xsesuai untuk muslimah..

    ReplyDelete
  3. dora >
    cekak kat tangan tu mmg nak tutup aurat,takyah pakai handsock dah. umpama pakai tudung tapi tak pakai seluar

    ReplyDelete
  4. kak ikin >
    thanks add on pasal kaler..
    kita ( perempuan ) kan suke menyerlah-menyerlah ni XD
    lebih 50% daripada isi kedai tu jual baju jarang-jarang dan kadang-kadang =.=

    ReplyDelete
  5. ha.

    bahkan klau nak buat tudung jahit sendiri pun,
    kain khas utk tudung bidangnye kecik2... xpun jarang2...
    maka t'pakse jugak amik kain spatutnya utk kain kurung?
    =.=

    ReplyDelete
  6. sufiyyah >
    tak paham.
    ambil kain baju kurung tu utk buat kain tudung?oke jugakk~

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kain2 kosong yg dibuat kain baju kurung....
    :D kain baju kurung tak boleh. berbunga2. tp dh jd trend pun skrg. :D

    *sorry2*

    dan sesungguhnya raya kali ni susah betul nak cr tudung sbb byk tudung arini itu aja!!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. oo saya pun penah buat tudung guna kain baju kurung.oke what XD
    tu pun tudung sekolah dulu lah sebab saya jarang pakai tudung berjahit..huhuhu..

    emm tu la pasal kan, nak cari tudung normal memang susah sebab banyak tudung keras tu je XD

    ReplyDelete
  11. aku pun sokong post kau ni.
    betul kan.
    yg tudung siti tu;
    buat ape pakai kalau nak tayang dada.
    kadang2 kesian org lelaki kan?

    ReplyDelete
  12. bukan sekadar tayang dada, nipis segala dan tayang leher jugaaa..tak sudah, nampak rambut lagi tuhh..

    ReplyDelete
  13. tudung siti yg mner?
    yg der pakai mse Rancangan Lebaran Diva Dato Siti Nurhaliza ke?
    tapi aku xtgk citer2 cmtuh =.=

    ReplyDelete
  14. tak tgk mana tahu wujud cerita tu?
    tudung dia cam inner tapi pakai kat luar X___x

    ReplyDelete
  15. suka gila girl pakai baju kurung yg ni

    http://img204.imageshack.us/img204/6463/dsc00526fg7.jpg

    nampak bcg gitu. :P~

    ReplyDelete
  16. bcg apekha?
    sapa tak suka tayang dosa..

    ReplyDelete
  17. BCG. yg kita kena cucuk time stndrd 6 tu. :P

    ReplyDelete
  18. ohh hak3..btw aku tak kena..kan batch korang batch last kena..hohoo

    ReplyDelete
  19. patotlaaaaaa......... haih. =.="

    oke., seksi itu bagos sebenarnya kalau boleh menaikkan nafsu antara suami isteri.

    tapi kalau seksi sangat menyampah pun ada.

    ReplyDelete
  20. kalau dah nama suami isteri, nak buat cara apa nak naikkan nafsu pon takpaaaa >.<
    sukati la bini tu nak seksi lagu makna nak dpn laki dia ponn...

    tp kalau kat semua orang dia nak tayang, seksi sikit pon agak menyampah disitu~

    ReplyDelete
  21. aku sampai dah tak stim tengok seksi2.
    aku sampai dah rasa mual nak tengok seksi2.
    nasib tak sampai berubah haluan kepada lelaki.

    ni nak salahkan siapa ni.? pereka fesyen atau si pemakai.? ataupun mereka yang melihat.?

    ReplyDelete
  22. betul. sakit hati je bila pergi kedai. baju yang tak jarang tak ketat dah kurang. paling tidak mesti ada jarang sikit2. (gambar kat atas tu jarang sangat).

    tudung pun sama. payah nak cari tudung bawal yang best. tudung express ngan selendang tu banyak la.. huhu..

    ReplyDelete
  23. time kasih la wat post ni sebab kesiankan lelaki.. hoho~ ^_^

    ReplyDelete
  24. yg gamba fes tu asal aku nmpk gamba katak je.. katak pon pkai tudung ke? =.=

    ReplyDelete
  25. Dear All MCA Members in respect,
    That Yip Kum Fook of head Gombak and Yip Jiun Hann MCA Youth chief Gombak or father and son trying to grab the High Committee MCA party on this December
    We hope that members of MCA party considering profuse, please not vote to people have two faces because their behaviour are very bad for Chinese community in Malaysia.
    They used the power politic to cheating female, destroying others family , until the money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, DESA JAYA, KEPONG, KL ,and dare swallow money of Buddhist temple and Indian temple land in Taman Daya he was burning to getting rich for own greed.
    If this kind of opportunist groups supported the MCA party and we believe that this MCA party will not grown forever.
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

thanks =)