Thursday, August 5, 2010

dah kerja sendiri baru tahu duit tu tak jatuh dari langit



betapa bernilainya duit tu walaupun sesen kan?

class statistic aku selalu diakhiri dengan tazkirah dari student.
dan selepas tu lecturer akan buat ulasan la pasal tazkirah tu.
then haritu ada student bagi tazkirah pasal apa tah.
then lecturer ulas pasal mcD dan kesannya.


dan kemudian minggu depannya tu madam panggil sorang bro kelas aku suruh cerita pengalaman dia kerja kat mcD.
sapa tah nama dia, aku tak pernah nak ingat nama budak laki kelas aku walaupun ada 5 orang je =.=
kat sini, aku bukan la nak sharekan pengalaman dia tentang keburukkan ketidak-patot-an makan mcD.

tapi tiba-tiba dia cerita sadis pasal sejak dia kerja,
baru dia tahu betapa susahnya nak dapatkan duit.
rasa berat sangat nak habiskan kerja 8 jam tu, dan gaji berapa je.
dan ketika tu baru dia sedar,
selama ni kalau parent bagi duit macam sikit, dan dia macam kecik hati dan tak puas hati.
kita ni anak suka-suka je mintak duit tapi tak pernah nak pk kan betapa susahnya parent kerja nak dapatkannya.
pastu suka hati berbelanja je.


jadi, bagi yang dah bekerja tu mungkin la tahu bukan senang nak dapatkan duit.
aku pun dah ada pengalaman berkerjaya selepas spm dulu tu.
tapi time tu aku tak la rasa sesak mana.
sebab kerja sekejap je, pastu dapat duit belanja setiap hari dari parent.
pergi balik kerja mama ambil dan hantar.
aku kerja tu sekadar untuk dapatkan pengalaman~

tapi, syukur aku bukan la jenis yang demand.
tak kisah la adik-adik nak guna handphone mahal-mahal ke,
baju, kasut branded ke, dan aku guna apa je yang ada.

dan aku plak jenis yang sayang nak bertukar-tukar barang.
kalau macam aku guna sesuatu, biarlah tu la kekasih pertama dan akhir aku.
tapi atas sebab kerosakkan, memang tak boleh la nak buat macam tu.
tapi beg yang aku guna nak g kelas sekarang pun tu la beg yang aku guna time muda-muda dulu.
form 2 tak salah.
form 2,3,4,5 dan 1st year asasi, dan sekarang 2nd year asasi.
mcm tu jugak la barang-barang aku yang lain~

nak tips berjimat? tekan la sini

sekian~



Related Post



23 comments:

  1. ada mcd baru nak buka kat nilai ..hehehehe

    ReplyDelete
  2. dekat nilai squared kan?dengar orang kata je.tak penah nampak tapak lg punnn

    ReplyDelete
  3. Setuju!
    Bila kita kerja utk sara diri kita sendiri 100% baru la terasa susahnya nak dapat duit. Dah berharganya walaupun seringgit..

    ReplyDelete
  4. tula kan..bukan setakat sehenggit..tapi sesen pun..
    jalan dari johor sampai perlis tak tentu lagi leh jumpa even sesen pun kau tepi jalan mahupun dalam longkang~

    ReplyDelete
  5. ala.. uiam matrik dekat je kat ngan mcd nak bukak tu..

    tiap tiap hari lalu depan asrama tu tapi tak nampak pon awak

    ReplyDelete
  6. memang bernilai taw duit sesin..
    huhu..
    tapi bila aku terjatuh seposen kat dlm longkang aku mmg la buat derk je..ehehe

    ReplyDelete
  7. tibe2 rasa bersalah sebab selalu mintak duit kt parents..huhu

    ReplyDelete
  8. kodok,
    dekat kah?
    tak pernah nampak pun.

    lalu depan hostel tak nampak ke?
    saya nampak je kamu =.=

    ReplyDelete
  9. nas,
    kalau jatuh dalam longkang mgkn susah nak kejar..jadi ramai biarkan je..
    tapi kalau longkang tu tak dalam, aku amik je..ngeh~

    ReplyDelete
  10. slamat ak dh mmg dilahirkan berjimat cermat..

    ReplyDelete
  11. mira,
    aku pun dulu macam tu..tapi cam segan-segan la..huhu..
    tapi aku tak de la mintak..cuma kalau parent tanya ada duit ke tak, ak cakap takde..so akan dapat la =.=

    ReplyDelete
  12. tak selamat lagi walaupun berjimat tapi lopek takde makna jugak..

    kau mmg suka tiru aku~

    ReplyDelete
  13. skrg time dpt gaji every sem pon da tercungap2.

    manage money tuh yg susah.

    ReplyDelete
  14. lisa,
    kita dapat elaun tapi still bergantung pada parent jugak kan~
    nanti dah betul2 kerja lagi la rasa cam nak bunuh diri la kalau mintak duit kat parent.huhuhu..

    tak susah sebenarnya..berjihad! huhu

    ReplyDelete
  15. YA YA ... TAKDE SEKUPANG TAK DE SEJUTA

    ReplyDelete
  16. nerd,
    beli macam-macam tapi cepat bosan tak guna jugak..hoho

    ReplyDelete
  17. brut,
    ya ya jugak..
    sikit-sikit lama-lama jadi bukit~

    ReplyDelete
  18. mmmm...kalau kte x penat lelah ...susah payah cr duit...
    mmg kte x kn tahu menilai duet tu sndiri...
    hehe nice entry sis:)

    ReplyDelete
  19. najwa,
    tu la kan.kalau macam barang yang kita beli sendiri guna duit kita sendiri baru la tahu la menghargai.
    kalau tak, pakat main buang begitu sahaja..huhu

    ReplyDelete
  20. yep..
    aku dah nampak lambang mcD kat nilai square tu..

    setuju dgn entry ni..
    memang susah nak dapatkan duit..
    aku same je ngan kau..
    dulu g keja pun mama antar n pulang..
    tu pun dah rase macam susah..

    nanti dah grad keje sendiri lagi perit kot..
    so,starting from now kna lah pandai manage..
    kalo skrg dah start boros, nanti in da future xtau la mcm mna nak survive..

    ReplyDelete
  21. mira,
    apesal aku masih tak nampak-nampak pun mcD kat nilai squared tu =.=

    emm masa macam2 ni la untuk menguatkan diri kita untuk berjimat..
    nak kawen lagi nanti, kalau takde duit camne nak kawen..kui3

    ReplyDelete

thanks =)