bersyukur sangat kerana dapat merasai pengalaman Q2J.
I can't describe how happy I'm ^_^
27th January 2013
hari terakhir untuk jaulah kami ke Jogja.
hari yang mensayukan, penuh dengan air mata. sekawah maybe.
I woke up early than usual sebab jadi orang pertama tidur malam before that.
kecapetan yang ampun.
sebab tidur awal, I don't know what had happened malam tu.
pagi tu bangun blur blur tapi dengan harapan masih dapat bershopping di Malioborro.
banyak lagi yang mau dibeli even ongkosnya ngak ada sangat.
alhamdulillah, diberitahu boleh pergi bershopping sehingga jam 11am waktu Indonesia.
bakpia
ramai akhwat nak follow aku sebab jelous dengan barang-barang yang aku beli.
semua nak tiru apa yang aku beli :P
jadinya selepas sarapan, kami pun beramai-ramai menaiki taxi menuju ke Malioborro.
sementara menunggu taxi, kami kirim bakpia kpd mbak2 yang lebih mahir.
aku taktahu pun bakpia tu macamana, tapi beli jela sebab ramai2 menyebut tentangnya.
taxi tiba, kami pun berbondong-bondong menuju malioboro.
banyak jugak brg yang nak dibeli,tapi dah target dah kedai mana.
juga diamanahkan untuk membeli wallet kulit dan kemeja batik.
untuk sendiri-sendiri takpe lagi if tak minat, tapi untuk lain complicated sikit takut la tak sehati sejiwa.
sampai di Malioborro terus ke kedai yang ditarget.
waduhh, rambang mata juga even dah berapa kali ke sana.
nak beli mokna ke apa namanya tu, sungguh payah.
kebanyakan telekung nipis, so macam tiada makna jugak pakai telekung if nipis kan?
aurat penting semasa solat :)
shopping barang sendiri takde la lama sgt.
duit pun dah tak ramai jadi terpaksa ikat nafsu lah.
yang agak lama mencari barang yang dikirim.
moga suka.
taxi kami paling lambat balik sebab tunggu seseorang yang nak beli beg la plak bila orang lain-lain dah balik.
time tu agak berdebar la, tak pasal-pasal dimarahi orang lain.
benda paling rasa tak sedap membuatkan orang tertunggu-tunggu, ye dak? ;)
sampai di masjid Jogokaryan terus zohor.
rupanya tunggu solat dan lunch dulu dimasjid.
fuhhh~ lega rupanya takde pun orang tertunggu-tunggu sebab ingatkan dah nak rushing kejar flight.
makan siang tu enak bangatttt.
nasi ayam panggang
lepas lunch,terus pergi ke teksi yang menunggu untuk menghantar kami ke airport.
naik taxi bersama Dr. T, Adibah dan Hanani.
sepanjang perjalanan, tak dapat tidur (selalunya tidur anytime anywhere. heh)
macam-macam aksi masyarakat yang kami nampak.
masalah-masalah sosial yang berlaku juga boleh nampak didepan mata sendiri.
peranan kita?
lemahnya terasa diri yang hanya mampu menyeru dengan hati.
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)
terus, tiba di Air-port ngak bisa diungkap.
cenderahati daripada panitia kepada Dr.
insan-insan hebat yang pernah ku jumpa.
qowiy qowiy qowiy!
bersama mengalunkan lagu sebiru hari ini,
bersyukur dan berterima kasih dengan alunan jazaki jazaki
mengelap air mata dipipi yang lain.
sweet blake.
perpisahan, tetap akan terjadi.
tapi, selagi berada di Jalan ini, hati kita takkan pernah terpisah.
doa moga kita semua thabat. inshaAllah.
bertemu dan berpisah kerana Allah. moga-moga kita golongan yang mendapat naungan kelak. ameen.
air-port di Jogja tak berapa besar,
jadi jika kami terlambat lagi takde la sampai macam main amazing race lagi.
kali ni, kami tiba awal di airport. dan mereka yg check-in kan beg tak mengambil masa yang terlalu lama.
cumanya, penantian untuk membayar airport tax agak lama.
sebab penjaga kaunter tiada disitu. missing in action maybe.
agak lama kami menanti.
scene paling tak boleh lupa,
buah salak bekalan daripada rumah mbak Yunis tak lepas untuk dibawa ke flight.
mungkin aku ada rupa pembunuh yang menggunakan buah salak sebagai senjata.
orang lain bawak boleh pula.
takpe la, takde rezeki :)
dalam flight, macam jadi flight Q2J dah. kami conquer.
alhamdulillah PM yang baik hati bersetuju untuk bagi kami order makanan dalam flight dan ada subsidi.
lepas makan, terus tidur.
nasi lemak
masa tidur, teringat kisah muda-muda beberapa hari lalu.
kenangan-kenangan yang tak bisa dilupakan.
teringat muka-muka mbak-mbak yang sangat fantastik.
tengah asyikkk layan perasaan, earphone di telinga berkumandang lagu Salehudin al-Ayubi.
"walaupun jasadmu tiada,
semangatmu tetap menyala,
kekal menjadi aspirasi,
mujahid kini dan selamanya"
ya, mereka aspirasi ku, mereka motivasi ku untuk menjadi osem seperti mereka.
walaupun jasad mereka tak bersama denganku,
tapi semangat mereka akan tetap bersama.
*banjir*
tiba di airport Malaysia dalam jam 9.30 malam.
scene yang paling keserbasalahan bila beg rombongan kami terlebih.
semua beg-beg kami diikat denga riben kaler hijau muda.
kebetulan plak ada beg sorang makcik ni juga begitu.
kesihan dia.
hanya perasan beg terlebih bila dah sampai UIA.
tapi, di UIA tak sempat nak bergambar bersama bagai. sebab mood pakcik bas tak berapa ok.
penat maybe. kesian dia.
tapi masih bermurah hati untuk menghantar akhwat ke Mahallah yang nun jauh di perdalaman.
terima kasih Pakcik ;)
bersambung sedikit untuk hari ke-9.
post-mortem untuk terakhir kalinya.
dalam keadaan kekebuluran, ada yang belanje pisang sale. sedap sangat. rugi tak beli semasa di Jogja.
juga terima kasih kat Athirah sebab belanje kami semua nasi lemak ^_^
semoga segala kekurangan dapat diperbaiki dan paling penting, harap mereka tak serik untuk berprogram bersama aku lagi :)
bacaan rabitah oleh Dr. Tajul sangat merobek qalbu.
moga hati-hati kami sentiasa terikat dengan jalan panjaaaaang ini. inshaAllah.
sepatutnya malam ni ke LCCT untuk balik rumah.
but since family datang ambil, terpaksa la burn tiket. rugi2.
kalau tak, boleh menggamit memory amazing race di LCCT ^_^
inshaAllah, moga diberi kerajinan untuk share pengalaman yang awesome nanti.
sekadar ini sahaja.
maaf zahir batin :D
oleh itu, dikesempatan ini nak mengucapkan infinity thanks kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak. maaf atas segala kekurangan diri yang pastinya akan cuba dibaiki.
untuk warga Jogja, UMY, madrasah al-hikmah, UNY, PKS, masjid Jogokaryan, pemandu bas dan taxi, dan semua la terutama mbak-mbak dan mas-mas yang tak dapat diungkapkan keoseman mereka.
untuk semua penaja program kami Censerve, UIA, dan semua.
dan semua pihak2 individu yang menyumbang dari segi wang ringgit dan semangat yang tidak pernah putus.
untuk sumbangan individu, terima kasih my family, Sarah dan encik Jamaluddin,
NGO IKRAM Hulu Selangor, IKRAM Sabak Bernam dan IKRAM Kubang Pasu dan semua yg mungkin terlepas pandang :)
hanya Allah bisa membalas budi kalian.
tak mungkin dilupakan, peserta Q2J13 sendiri yang secara peribadinya saya rasa mereka sangat awesome dan qowiy,
Dr Tajul yang sungguh supportive dan sporting. yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan sangat merendah diri. beliaulah motivasi kami untuk terus bersemangat. best adviser ever ^_^
Kak khaty or kak 'NQ' yang sungguh tegas dan bersabar sentiasa menjaga kami-kami adik adik yang banyak perangainya.
Kak Ummi yang sangat sopan santun dan berhemah dalam setiap tutur kata dan sentiasa memberi perangsang kepada kami untuk terus tabah dan cekal.
Adibah, my usrahmate since CFS till now,my roomate di UMY,my taximate and mysoulmate yang berhati lembut dan mudah tersentuh.tahniah kerana berjaya menjadi MC yang sangat 'dirinduuuu-rinduan~~' ramai :D
Hanani, my ameerah, yang sangat qowiy. sangat busy tapi mampu memberi komitment dengan sebaiknya. sayang sangat sebab sentiasa menegur salah silap aku, yang sentiasa mahukan kami menjadi yang terbaik.
teruskan menegur, kurangkan pujian :)
Fatimah, my dormate di madrasah al-Hikmah, yang paling diam tapi terpaksa jadi jurugelak bila kami buat lawak hambar. sentiasa menghulurkan bantuan dan banyak bersabar dengan karenah kami. tahniah juga boleh menjadi MC semasa majlis penutup dengan terbaik walaupun nampak kepenatan.
Huda, my ex-usrahmate di CFS-UIA PJ. kecil-kecil cili api. seorang yang sangat flexible dan bersedia dalam apa jua keadaan. lebih banyak menjadi observer daripada berkata-kata.
Hajar, my ex-usrahmate juga di CFS-UIA Nilai. seorang yang aku sangat kagumi dulu kini selamanya tapi sangat sempoi. my kepala untuk F&E, yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa yang dibuat.
Abel, my coursemate, yang agak pendiam tapi berisi. sangat caring dan mengambil berat terutama bersama kak Ummi. mereka bagai kembar dah.
Hajar bakri, bendahari yang sangat cekal dan tabah. memang tak mudah untuk menjaga dan menyelia duit berjuta-juta. tapi dia berjaya menjalankan amanah tersebut dengan baik sekali. sentiasa perlu berkorban untuk kami tapi tak pernah pun dia merungut. seorang yang sangat setiakawan dan sweet.
Athirah, seorang yang sangat manja, periang, garang. selama bersama di F&E, dia sangat berbeza watak dengan apa yang kami kenal selama seminggu di Q2J. sentiasa memberi sokongan yang tak putus dan selalu menghulurkan bantuan. kenangan di atas bas takkan pernah dilupakan ;P
Irfan, PM yang sangat berdedikasi.terima kasih kerana memberi peluang kpd aku menjadi sebahagian dari kalian. walaupun kini lawak2nya semakin hambar, tapi dia berusaha juga untuk menghappykan sesiapa sahaja. tugas dia sangat berat tapi sangat kagum sebab dia dapat kawal situasi dan emosi dengan sangat cemerlang. BIG CONGRATE! moga terus qowiy.
Aizat, President QYC baru yang sangat berhikmah. sentiasa meraikan sesiapa sahaja dengan sifat kebapaan yang menyerlah. looks matured and sangat profesional. maaf atas insident kereta.
Fikri, bersifat kepimpinan yang mantop. walaupun banyak komitmen lain, tapi mampu menjadi qudwah terbaik.i dont know how adik2 describe gantang, tapi perilaku dan akhlaknya inshaAllah gantang.
al Syamir, seorang yang bagi aku sangat tegas dan out-spoken. sentiasa available untuk memberi bantuan dan sokongan dan sentiasa memberikan kritikan yang sangat membina.
Asyraf, seorang yang sangat dan sentiasa bersemangat. bak kata irfan, hero for the whole program. sentiasa bermurah hati untuk menghulurkan bantuan.
Luqman, seorang yang macam chipsmore. kadang ada, kadang tiada. tapi kalau dia ada, aura sangat dirasai sebab saaangat semangat. terutama semasa malam kesenian tu. qowiy tapi berjaya untuk menyesuaikan diri untuk bersama gelagat masing-masing.
Rasyid, hanya kenal semasa program ini. gaya dan perwatakannya paling sempoi antara semua. suaranya semasa nasyid dan mengaji sangat sedap. sangat berpotensi tinggi untuk pergi jauh.
^_^
0 advice(s):
Post a Comment
thanks =)