Sunday, August 4, 2013

Rumah Terbakar


"Rumah terbakar panggil bomba.
bomba datang berlumba-lumba............." 



kalau ada rumah terbakar, apa yang akan kita lakukan?

call bomba?
menjerit minta tolong? 
instagram, facebook, twitpic gambar?
keek, youtube video kejadian?

-----------

al-kisah disebuah kampung bersebelahan tasik yang ada buaya tembaga (?),
ada sebuah rumah yang terbakar.
beberapa penduduk kampung yang menyaksikan kejadian tu pun bergegas ke rumah tersebut.


ada seorang lelaki antara mereka yang kata dia nampak ada seseorang yang membakar rumah tersebut dah lari menuju ke hutan berdekatan.
makanya, penduduk-penduduk kampung pun berlari mengejar pembakar tersebut.
hanya 2,3 ketul makhluk yang tinggal di rumah tersebut tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana api semakin marak dan marak.


yang mengejar pembakar tu pun terus cari....cari.....dan mencari.
tapi tak jugak dapat dikejar pembakar tu. 
mereka pulang ke tempat kejadian dengan rasa hampanya. sobs.
dan lebih menghampakan bila rumah tersebut sudah tinggal abu.

Gambar hiasan.
Credit

Begitulah intipati cerita yang dikongsikan oleh Bro Syamil semasa sesi iftar bersama fasi dan trainer ABJZ di Raudhatus Sakinah Selangor semalam (25 Ramadan 1434h)

apabila berlaku kebakaran,
ada 3 jenis golongan yang menjadi saksi kejadian tersebut.

1. mengejar si pembakar tersebut
2. cuba untuk memadamkan api kebakaran
3. tengok sahaja. krik krikkkk.

begitulah dianalogikan dengan kejadian sosial yang semakin meruncing sekarang.
juga ada 3 golongan yang menjadi saksi kejadian tersebut.

1. Menyalahkan dan menghukum si fulan yang melakukan kerosakkan kepada si fulanah tersebut semata.
2. cuba untuk membimbing si fulanah ke jalan yang lurus.
3. tengok je.


Raudhatus Sakinah percaya, 'rumah-rumah yang telah terbakar' ini perlu di padamkan apinya.
mereka juga ada hak untuk menjadi baik. 
jadi, kita sebagai anggota masyarakat berhak untuk sama-sama membimbing mereka untuk mendapatkan kebenaran.


tapi, ramai antara kita yang mampu tengok dan lihat je kejadian sosial yang berleluasa berlaku disekeliling kita tanpa sebarang tindakan. bukankah menegur dengan hati itu selemah-lemah iman?
#sentap T_T
moga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

bila kita nampak maksiat depan mata,
kawan-kawan berdating kesana kemari, 
sahabat-sahabat yang upload gambar di laman sosial sambil berpegangan tangan dengan bukan mahram.
adakah kita akan ambil tindakan untuk tegur atau malu-malu kucing dan membiarkan ianya berlaku.
inshaAllah ada cara yang berhemah yang boleh dilakukan. muhasabah sama-sama ye!
moga kita diberi kekuatan untuk membanteras 'jenayah' tersebut.

Moga Ramadan ini menjadi titik tolak untuk menolak kita bersama-sama membanteras gejala sosial yang semakin tenat sekarang.

kalau bukan kita, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?


----------

Alhamdulillah, di UIAM Gombak, ada beberapa yang cuba untuk membanteras kemungkaran dengan menegur secara berhikmah face-to-face.
namun ada beberapa yang masih tak punyai kekuatan yang mantop, tapi ada usaha untuk menegur dengan meng'upload' gambar kejadian dan share di laman facebook warga UIAM dengan memblurrkan muka-muka mereka.

ada juga beberapa suara yang berkata
"kenapa nak upload kat sini, kenapa tak tegur depan-depan?"

ini personal opinion, again, just personal opinion.
for me, usaha untuk menegur di facebook tu juga merupakan salah satu usaha.
kita kena faham tak semua orang punyai kekuatan yang jitu untuk tegur face-to-face.
at least dia bukanlah do nothing, ye dak? :)
mungkin dengan usaha teguran dilaman sosial akan membuahkan kekuatan untuk menegur face to face one fine day, who knows :D

inshaAllah, bila kita nasihat orang, telinga (dan mata) kita yang akan jadi anggota pertama yang mendengarnya, dan menjadi motivasi kepada diri kita untuk tidak turut melakukan kemungkaran tersebut :)



Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!







Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)