Saturday, November 15, 2014

Sibuk

Seharian ni nak memaksa diri untuk pura-pura busy.
Sebab tahu, kalau tak mesti teringat dia.

Senyum dia, 
keriangan dia, 
semangat dia, 
kesopanan dia, 
kelembutan dia.

Dia selalu jadi MC.
dah beberapa kali nampak dia sebagai MC.
kalau perlukan MC, 
mesti orang teringat dia kan.
sebab dia deejay IIUM.fm :)

dan tadi tetibe ada akhawat approach aku untuk jadi MC untuk daurah.
Wallahi, terus teringat dia :)

dan bila ada yang post gambar usrah pertama kami,
dan usrah terakhir yang dia datang.
masa tu dia sedang cuti lg.
tapi, dia cakap dia bosan duk rumah dan nak datang usrah :)

Sangat berharap masa tu
"takpe, kamu rehat dulu buat masa ni. nanti sem depan kita berusrah bersama lagi, inshaAllah"
dengan semangat yang dia ada, aku yakin dengan kata-kata tu untuk berusrah bersama sem depan.

remuk hati bila tahu dia di ICU.
ada sekali tu masa melawat, dia sedar :)
tapi badan dia penuh dengan wire.
dia cuba nak cakap sesuatu.
aku nampak semangat dia.
sebak, tapi tetap senyum depan dia,
kena control macho beb.
tengok semangat dia, semangat parent dia :)
kagum!

semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-21,
tak sempat wish depan2.
sebab masa melawat tu, dia sedang tidur.
tenang :)
cuma mampu cakap dengan harapan dia dengar, kita jumpa di UIA next sem! :)

tapi harini, 15/11/2014 
aku pujuk diri untuk terima kenyataan yang kita tak dapat jumpa lagi di UIA.
tapi inshaAllah di syurga nanti.

Moga tenang disana.
Nanti kita berusrah bersama lagi di syurga ye! :)
I miss you so much.
Uhibukki fillah..

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)