Teringat tazkirah sewaktu meeting sebelum buka sem haritu,
THABAT tu bukan la bilamana sekarang kita duk semangat membara.
Tak layak lagi nak kata kita thabat,
Melainkan jika kita meninggal dalam keadaan kita sedang bersemangat dan masih utuh di Jalan ini.
Allah.
Dan masa tu hari dimana Sheikh Jumu'ah Amin meninggal.
Selayaknya beliau dikatakan thabat,
dengan sumbangan dan juga semangat yang sentiasa utuh,
sehingga beliau meninggal.
Walaupun dalam keadaan uzur,
beliau tetap masih bersemangat.
Tapi kita? T_T
Kalau aku tak ada waktu tu, tolong cari dan tarik balik aku boleh? |
Juga, Malaysia sangat rasa kehilangan besar bila TGNA pergi meninggalkan kita malam semalam.
Malam Jumaat :')
Innalillah wa inna ilaihi rajiuun.
Selamat berehat Murabbi Malaysia.
InshaAllah 1 Malaysia menyaksikan sumbangan dan jasa beliau.
Tarikh yang sama dengan tarikh Imam Syahid Hassan Al Banna.
Moga kita semua boleh turut mengambil semangat thabat ketiga tokoh yang kita kagumi ini =)
Nyata, setiap daripada kita ada ujian yang berbeza.
Moga setiap ujian tu lebih menguatkan kita, bukan buatkan kita menjauh.
Kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang dalam kategori thabat diatas,
tentu malu kalau kita nak rasa kita sedang diuji.
sedangkan ujian yang kita hadapi kebanyakannya punca daripada kita sendiri.
Muhasabah semula hubungan kita dengan Allah.
Best lirik lagu ini :) |
Peluang untuk thabat tu sentiasa ada depan mata,
kita nak ke tak nak je.
sebab kita biasanya nampak peluang yang banyak,
tanpa manfaatkan peluang depan mata.
moga Allah ampunkan 'ketamakan' kita :)
Seperti apa yang dikongsikan dalam muktamar dakwatuna 1.1,
untuk kita terus thabat,
carikan faktor yang boleh 'mengikat' kita dalam Jalan yang indah ini :)
pentingnya untuk kita faham apa yang kita amalkan untuk membuahkan ikhlas :) |
Tentunya bila sebut thabat ini,
banyak berkaitan dengan perancangan dan masa depan kita.
termasuklah,
Mengahwini ikhwah atau akhawat.
tentu, ianya tak menjamin kelangsungan kita,
cuma antara usaha yang kita boleh lakukan.
inshaAllah faktor ini mungkin nampak remeh,
tapi sangat memberi kesan.
mengikut pemerhatian kasar mata yang kecil ini setakat ini.
juga
kerjaya yang membuatkan kita tak menjauh,
juga terlalu terikat sampai asyik dengan 'dunia'
mungkin ujian ni sepatutnya lebih berat bila kita dah dikaburi olehnya nanti.
minta dijauhkan.
kerja atau business sendiri should be better.
tapi itu juga adalah antara faktor,
tak menjanjikan kelangsungan kita.
apa yang penting bergantung pada kefahaman yang akan membuahkan amal,
dan niat kita untuk menjalankan sesuatu.
moga redha Allah yang dikejar, inshaAllah :)
Antara usaha kecil kami. doakan :) |
Semakin tua, tentu semakin menghitung dan merisaukan keselamatan kethabatan kita.
Semperna hari ulangtahun kelahiran,
moga Nur Areefah & Nur Afeeqah thabat di Jalan yang indah ini :)
13 Februari 2015.
24.
Itu sahaja harapan buat masa ini,
dan dalam keadaan yang dah ada bau-bau bachang kefuturan ni.
Mintak dijauhkan.
Moga terus kuat =)
Jangan pernah cuba menjebakkan diri ke dalam masalah hati. Seksa jangan dicari orang kata :) "....يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ" |
0 advice(s):
Post a Comment
thanks =)