Thursday, October 26, 2017

Suicidal thought


“Berdosa tak fikir macam ini?”

Rasanya ramai yang akan termuncul persoalan tu dibenar bilamana suicidal thought menjelma.
Sebab sebelum ini rasa macam hampir mustahil untuk terfikirkan benda tu.
Seperti yang dilampirkan,
Saudari tersebut mulakan ayat dia dengan
“dulu ana rasa orang yang suicide ni selfish”

tapi,
tiba-tiba diri sendiri merasai pengalaman tu.
sakit, perit, siksa.
setiap detik,
setiap saat adalah jihad untuk melawan perasaan itu.

perasaan serbasalah menyelubungi diri.
pelbagai persoalan yang tiada jawapan muncul di otak.
setiap pagi bangun dengan perasaan
“kenapa aku masih hidup harini”.
“kenapa aku perlu rasa semua ini?”
“adakah aku telah membuat dosa yang terlalu besar?”

ya,
perasaan yang tak dipinta,
perasaan yang tak diundang.
perasaan yang tiada off button untuk menghentikannya.

I know her personally,
seorang yang sangat bersemangat dan ceria,
seorang yang menjaga mutabaah amal,
seorang yang perform di medan D&T,
seorang yang sangat tak mudah putus asa,
seorang yang sentiasa inginkan kebaikan untuk semua.

tetapi,
tiada siapa menjangka,
perasaan kemurungan itu akan datang menjengah.
sehingga terbit bibit-bibit untuk membunuh diri.
kerana kemurungan tidak imune kepada sesiapa pun.
tidak diskriminasi.

Anggota masyarakat,
elakkanlah lebih menghukum dengan kata-kata
“berdosa la fikir macam tu, kan Allah Maha Pengampun”
“bersyukur la sikit, baru la takde perasaan macam tu”
“mutabaah amal ke laut la tu”
“hidup kau nampak bahagia je, kenapa nak murung pulak?”

Bakal ahli syurga sekalian,
Elakkan menghukum,
tetapi berilah harapan.
berilah bahu,
berilah tisu,
berilah tangan,

Bukan nasihat yang diperlukan,
mereka sudah fikirkan tentang dosa neraka semua tu sendiri dah pun,
tapi perasaan tetap tak boleh hilang.
sebaiknya,
pinjamkan telinga untuk 15 minit pun mungkin banyak membantu mereka.

*printskrin ini telah mendapat kebenaran daripada tuan punya badan untuk dikongsikan supaya dapat memberi manfaat dan info mengenai kemurungan.


Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)