Monday, May 14, 2018

Kemenangan yang tertangguh

Mungkin masih ramai yang belum boleh move on dengan kemenangan tu, termasuklah diri sendiri ni. Cuma nak lihat kemenangan dari sudut yang lebih besar, yakni bagaimana kita berusaha kearah kemenangan dan pasca kemenangan. Tak kira samada dari BN, PH, GS atau parti Gajah sekalipun, masing-masing mempunyai kemenangan tersendiri dengan sangat bergaya.

Kalau tengok PH sendiri, walaupun terlalu banyak sentimen perkauman, agama dan doktrinisasi dimainkan, tetapi tetap memperoleh kemenangan dengan pada aku terlebih bergaya. I cant describe any, sebab masih terkelu. Tidak dinafikan pula PAS yang berjaya kekalkan Kelantan dan merampas kembali Terengganu secara solo. Perkara tu sangatlah mengkagumkan dan pada aku sendiri sangatlah perlukan usaha yang agak luar biasa. Tak mudah, sangat tak mudah. Begitu juga dengan yang lain-lain.

Kemenangan yang kita peroleh harini bukanlah kemenangan yang diusahakan pada kali ini sahaja, tetapi usaha dari mereka-mereka yang banyak menyumbang daripada zaman terdahulu lagi. Termasuklah mereka yang sudah tiada. Idea-idea, kajian secara tersusun untuk mendapatkan strategi yang terpadu.

Dan kemenangan yang masih diharapkan, adalah bagaimana kita cuba mengelakkan diri dari terlibat dengan sebarang fitnah, cuba untuk menapis sebarang info dengan tarbaik sebelum menyebarkan, berusaha untuk mendapatkan pelbagai info dari variety sumber (yang valid dan reliable) walaupun bukan mudah bila dah ada ‘cognitive bias’ tu. Turut dinanti, kemenangan untuk tidak back up pimpinan atasan yang terang-terangan salah. Salah tetap salah, tidak perlu justifikasi yang merapu.

Malah, kemenangan untuk merespond dengan sebarang fitnah jugak masih diharapkan; dari segi adab, akhlak waima keputusan samada nak tinggalkan perdebatan atau meneruskannya bila nampak tiada titik persamaan dalam berbincangan tak kira di media sosial atau semasa mencula. Dan lebih diharapkan, kemenangan untuk buang sifat prasangka pada sesetengah pihak sebelum keputusan rasmi diumumkan. Kemenangan untuk berdisiplin semasa berkempen juga tentu menjadi harapan dan impian setiap jiwa.

Mungkin nampak kecil, tapi kemenangan untuk korbankan masa tenaga pulang mengundi, beratur panjang dalam keadaan panas berjam-jam, inisiatif bantuan bagi yang memerlukan sumbangan kewangan untuk pulang mengundi juga harus dihargai. Kejayaan jentera dan PACA menikmati kebosanan, ketekunan, kesabaran melayan karenah rakyat juga sangat perlu mendapat penghormatan.

Menjadi individu yang wala dan tsiqah pada pemimpin tu penting dan sangat dituntut, namun bukanlah lesen untuk menjadi taklik atau taksub. Prinsip dan kefahaman tu juga sangat penting.

Melibatkan diri dalam siyasah bukanlah perlukan diri kita menjadi orang yang kuat fitnah, kuat suuzon (tapi tetap perlu berhati-hati), kuat mengecam dan hilang adab. Ada beza antara tegas dan biadap. Ya, ustaziatul alam tu adalah sesuatu yang REAL dan inshaAllah kita menuju kearahnya. Tapi ingat, semuanya bermula dengan individu muslim itu sendiri. KITA, yes kita.

Ayuhlah kita menggapai politik matang tanpa spekulasi dan persepsi. Atau usaha-usaha menakut-nakutkan rakyat yang Malaysia ni akan menjadi negara sekular, doktrin kristianisasi dan sebagainya. Mudahan, kemenangan untuk tidak terlalu cepat melompat dengan keputusan pihak pembangkang turut sama-sama memberi manfaaf yang besar pada Malaysia. Kita nantikan kenyataan rasmi dengan sabar tak kira apa-apa keputusan dari mana-mana pihak pun. Tak perlu maki hamun, walau bukan senang. Keep praying for the best, untuk semua.


Subhanallah

Allahuakbar

Nasragfirullah.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)