Saturday, July 27, 2019

Cara Mendapatkan Rawatan Psikiatri/Psikologis



Soalan “bagaimana untuk mendapatkan rawatan psikologi” merupakan soalan yang tidak asing lagi. Sebagai pengenalan, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa menderita pelbagai isu kesihatan mental. Antaranya adalah stress, baran, burnout dan lain-lain. Masalah kesihatan mental dan penyakit mental merupakan dua perkara yang berbeza. Masalah penyakit mental pula sesuatu yang secara generalnya menyebabkan gangguan rutin harian dengan gejala-gejala tertentu sekurang-kurangnya dua minggu. Masalah kesihatan mental juga perlu diberi perhatian yang serius kerana jika tidak, mungkin akan melarat ke sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, yang juga menjurus ke kecelaruan mental. Flow ni macam berserabut sikit sebab setiap pakar dalam rawatan kesihatan mental ni bekerjasama antara satu sama lain, dan saling merujuk antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan, individu boleh ke klinik kesihatan berdekatan atau klinik swasta untuk mendapatkan surat rujukan. Surat rujukan hanya akan diberikan jika pesakit dalam keadaan yang memerlukan. Jika tidak, mungkin pesakit dinasihatkan untuk berjumpa kaunselor di tempat-tempat tertentu seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama atau yang berkaitan.

Merujuk kepada flow di atas, pesakit perlu mendapatkan rujukan daripada klinik kesihatan atau klinik swasta berdekatan. Selepas itu, jika individu tersebut sekadar mengalami masalah kesihatan mental, dia mungkin akan dirujuk ke kaunselor seperti tempat-tempat yang disebutkan di atas. Namun, jika pesakit mempunyai gejala-gejala kecelaruan mental, pesakit akan dirujuk ke psikiatris. Tidak semua yang dirujuk ke psikiatris mempunyai masalah kecelaruan mental. Ada yang mungkin sekadar hanya mempunyai masalah kesihatan mental, jadi akan dirujuk ke kaunselor.

Jika doktor psikiatri mendiagnose sesorang mengalami masalah kecelaruan mental, dia kembali akan dirujuk ke psikiatris atau psikologis untuk rawatan selanjutnya. Secara generalnya, pesakit yang berjumpa dengan psikiatris akan dirawat menggunakan ubatan, dan psikologis klinikal pula akan merawat menggunakan terapi. Masalah kesihatan mental seperti stress juga boleh berjumpa dengan psikologis klinikal untuk terapi.

Di KL/Selangor, banyak hospital yang mempunyai Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
1. Hospital Kuala Lumpur
2. Hospital Selayang
3. Hospital Ampang
4. Hospital Kajang
5. Hospital Serdang
6. Hospital Shah Alam
7. Hospital Klang
8. Hospital Putrajaya
9. Hospital Sungai Buloh
10. HUKM
11. UMMC

Semoga setiap pesakit sama ada pesakit kecelaruan mental atau individu yang mengalami masalah kesihatan mental mendapat hak yang sepatutnya.

Post ini lebih tertumpu pada rawatan di hospital kerajaan supaya tiada lagi alasan untuk tidak mendapatkan rawatan kerana rawatan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri hanya perlu membayar RM5.00 untuk konsultansi dan ubat. Kekangan lain mungkin la ada. Kalau berkemampuan, boleh pergi ke private, dan charge juga seperti berjumpa pakar-pakar lain. Dalam RM250-RM400.

*Kalau salah flow ni, bagitau untuk dibetulkan ye.


Related Post



1 comment:

  1. Saya masih mencari pakar psikologi. Kk da pergi, buat ecg dan ambik darah. Bulan nov dpt result darah

    ReplyDelete

thanks =)