Tuesday, May 18, 2010

galakkan bercouple

Sem lepas, aku telah menghadiri satu talk yang bertajuk ‘couple’.
Yang pelik sikit disini selalu nya program anjuran UIA pasal topik2 yang membanteras couple dan sejawatan dengannya. Tapi kali ni, nampaknya lebih menggalakkan couple dalam kalangan pelajar UIA =.=
Talk disampaikan oleh bro Mohd Fauzan yang merupakan lawyer pelatih. Beliau juga merupakan bekas pelajar UIA Gombak course laws syariah if im not mistaken. Beliau berumur 27 tahun dan telah berkawen semasa berumur 21 tahun dan ketika itu sedang dalam tahun kedua di UIA ^_^ dan zaujahnya juga merupakan classmatenya ketika belajar dlu..beliau sbenarnya tak berapa menggalakkan kawen awal sebab banyak jugak disadvantage nya~
Jadi aku nak share la sikit input yang aku dapat ketika berada mendengar talk tu. Aku setuju dengan isi-isi yang diberikan beliau utk menggalakkan budaya coupling ni.. Cuma ada beberapa pertentangan pendapat secara peribadi dari aku sendiri lah.
Menurut beliau,if nak couple tak salah, tapi setiap orang yang nak mendekatkan diri dengan couple tu haruslah ada beberapa ciri dan bersedia dari segi mental fizikal zahir dan batin.
1. Spiritual ( kecerdasan rohani )
- Ni la paling penting jika kita nak couple ni. Kerohanian ini meliputi beberapa aspek iaitu
· Jaga pandangan mata
Cuma pada aku la, kalau dah couple ada ke kita mampu menjaga pandangan mata dengan cara yang baik. Sedangkan tak couple pun asik stalk2 orang je..hee~
· Jaga percakapan
Manurut penceramah, tak kisah kalau nak cakap-cakap dengan pasangan kita tapi tak payah la tanya benda-benda yang merepek. Tanya yang patot-patot sudah. Tapi bagi aku lah, ada ke orang yang couple-couple ni cakap benda yang perlu-perlu sahaja?mungkin pada mulanya kita akan cakap2 benda yang agak perlu tu la tapi lama-lama pun akan melencong jugak.. mula la nak masuk pasal tut la nie la X_x dan perempuan ni plak, kang makin lama makin manja la suara tu. Jadi ada kah suara manja kita ni tak memberi apa-apa effect kat kaum lelaki? Dan bagi aku jugak tak salah nak bercakap dengan lelaki, tapi kalau dah ada hubungan ni lain jadinya >.<
· Jaga aurat
Ngeh, susah la nak cari yang jaga aurat betul-betul kalau nak keluar berdating ni.
· Jaga pergaulan
Menurut penceramah, nak dating boleh je tapi kena la jaga pergaulan. Dan kalau nak date pun pilih la tempat yang sesuai dan ramai orang. Contohnya jika sekelas, date la lepas kelas time orang ada lagi tu..ajak la sapa-sapa teman. Tak pun jumpa kat rumah perempuan tu ke.. tapi bagi aku la, ada ke orang cam ni yang couple sekarang? Mula-mula yela kot ajak kawan, lama-lama tak ke nak cuba berdua je. Pastu plak mula la nak pergi tempat yang sembunyi-sembunyi. Pastu plak mula la nak buat benda tak elok-elok. Pegang sana sini la. Sedangkan di tempat awam pun sanggup pegang tangan siap ada berkepit macam orang dah kawen je.apatah lagi tempat sorok-sorok.ye tak? Bangga dengan dosa tu siap tayang kat blog la, kat fb la =.= naek motor sama-sama lg o.0 Then bila ada kes-kes anak terbuang mula la nak salah kan mereka tu sedangkan kita ni sama je kan.. salah siapa?
Isi yang ke 2 dan seterusnya ni adalah isi sampingan walaubagaimana pun ianya sangat penting, bukan sahaja yang nak couple tapi yang nak kawen atau ada pasangan. Atau dengan kata nama lain, semua ciri-ciri ni penting dalam apa juga keadaan lah.study ect..
2. Kecerdasan intelektual
- Berfikiran lah secara positif. Hargailah pasangan kita supaya kita juga dihargai
3. Kecerdasan emosi
- Saling memahami. Jangan fikirkan perasaan kita sahaja. Dan jangan mudah emo. Kena la pandai kawal emosi kita tu. Jangan terlalu ikutkan perasaan lagi2 bagi kaum girl ni =.= bijak kawal emosi supaya kita dapat menangkis apa sahaja kemungkinan yang mendatang. Tak ada la bila clash menonggeng cam dunia dah berakhir X_x
4. Kecerdasan sosial
- Involve kan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial. Sertailah apa-apa persatuan supaya diri kita tak susah utk bersosial. Jangan anggap hidup kita boleh bersendirian walaupun kita punyai segalanya. Bagaikan merak tapi tak mampu terbang ~_~ dengan bersosial jugak kita mampu memahami setiap perilaku orang lain dan tak da la terlalu mementingkan diri.
5. Kecerdasan fizikal.
- Jaga la fizikal kita ini leklok. Kalau dah diri pun tak dapat nak jaga cam na kita nak jaga pasangan kita tu.tak yah la nak smoking ke apa ke. Minda yang cergas bermula dari badan yang sihat ^_^
Dan apabila time discussion dan time pertanyaan dibuka, ade sorang akh ni bertanya dengan niat inginkan perbincangann pasal scholar yang mention about pengharaman couple ( then akh tu plak yang memberi ceramah ringkas =.= )
Apa pun, sebagai konklusinya aku berpendapat berpeganglah pada mana yang kita yakin dan patot. Perlu kah couple?apa rasionalnya?dan Tanya la pada diri kita untuk mencari jawapan yang terbaik. Bukan sahaja untuk kepentingan duniawi, malah untuk akhirat. Apa guna bahagia didunia tapi tidak di akhirat? Kita mahu balance keduanya bukan?
formulanya : surah annur ayat 3
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Bagi yang sedang bercouple tu, kalau anda yakin anda ada semua ini, dan mampu bertahan jadi teruskan lah kalau anda rasa itu yang terbaik. Kalau tak, batalkan je la hajat tu. Apa pun, aku paham tak semua mempunyai pendapat yang sama. Dan tak semua orang akan mudah nak terima pendapat yang bercanggah dengan pendapat kita. Ya, hidayah itu milik Allah. Tapi kejarlah ia~ sapa nak sumbangkan pendapat lagi, dipersilakan dengan lebar tangan membuka.apa pun, ni pendapat aku ni mgkn banyak ke-tidak-betul-lan-nya jadi diminta la betulkan apa yang salah tu dan seringlah ingatkan aku yang selalu alpa dan leka ni (^_^)v


kita pencuri?atau mangsa? o.0

Related Post



12 comments:

  1. erm pelik gop awat der galakkan?
    tapi xpe larh.. mmg amat bgus kalau pasangan dpt patuhi segala precaution tuh sume..
    cume sebole2 nyer elakkan kenal secara lebih rapat..

    bab jaga pergaulan tuh..
    xpyh la slalu berjmpe dan berdampingn kowt...
    zina nih bermula dgn mata
    walau dh cbe berkapel ikut landasana pun..
    who knows what happen next?

    ReplyDelete
  2. ada ke yang dapat ikut? just wonder itu jela..

    n itu la pasal..ianya bermula segalanya..tapi yang bercouple tu mgkn mereka rasa iman mereka kuat utk menangkis sebarang kemungkinan mendatang kot kan~

    http://nurareefah.blogspot.com/2010/01/finding-true-love.html

    ReplyDelete
  3. salam..menarik..=)
    btw just nak tnya amik mana terjemahan ayat tu?
    Bg aku la..tejemahan ayat tu kalau skali baca mcm xsesuai..sebab mana ada manusia yg nak nikah ngan orang yang buat jahat kan?
    so its better diterjemahkan perkataan "la yankihu illa" sebagai 'tidak kahwin melainkan'..atau
    'tidak boleh menikah melainkan'..
    mean kalau orang tu buat zina maka allah akan jadikan pasangan dia orang yang berzina juga, dan dia tidak akan dijodohkan dengan orang yang beriman..
    ni bukan la perkara pokok..sekadar menambah..takut ada yang silap pham ayat ni..=)

    ReplyDelete
  4. copy paste je =.=" coz paham camtu so tatau lak orang akan salah paham..
    if dilihat dari segi maksudnya sama je..okok, thanks tego..aku cuba letak terjemahan yang lbeh difahami...

    ReplyDelete
  5. remaja sekarang terlalu payah untuk terima hal-hal macam ni sedangkan dah banyak terbukti bahawa semua ni banyak betulnya. tapi tulah, bila terlajak satu je step termasuk dalam perangkap syaitan, susah syaitan nak lepaskan. so bagi yang masih belum ada apa-apa berhati-hatilah.pada yang dah ... tu fikir-fikirlah semula. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. iman kuat bolih la,tapi skang syaitan pandai tipu kita dengan menunjukkan perkara itu baik,kalau kita pikir betul2 ia adalah tak baik,

    i am not against the point given by that lawyer,but it is better stay away or can be said as keep safe..

    follow this term
    la takrabu zina..(sori arab x pandai)

    ReplyDelete
  7. he also mention yang benda ni mengikut peredaran zaman..
    meaning, kalau nak suruh mereka tu hindar terus, mmg tak laa..
    malangnya, i guess yang pergi tu MOSTLY yang suci dari benda2 camnie..

    ReplyDelete
  8. kalau tanya aku confem aku tak dpt ikot..

    nak promote hang ni~
    Jadilah spt kakak ipar saya yang tak kenal pon bakal suami die..jaga pandangan mata,hati,jiwa raga segala..tirulah seperti dia..HAHAHA

    ok tak promotion aku?

    ReplyDelete
  9. tanya apa ni adik ipar?
    emm, adik ada akak ipar laen ke? =.='
    bagusnya akak ipar ko tu ek..
    muehehhe
    untung abg jieha ^_^

    ReplyDelete
  10. ini orang kedua yang aku ketahui yang menggalakkan kapel.

    sebelum ni, ustazah form 5 aku dlu yang juga dulu penuntut law syariah dan dia sndiri ngaku pernah kapel..

    soalanku
    kenapa kena galak?
    bukan la aku konservatif pasal ikhtilat sume ni.


    but kalau berpandukan ayat al quran yang memang dah sah2 terang mengenai pergaulan lelaki perempuan,

    allah kata: la takrabuzzina.

    jangan dekati zina en..




    mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)

    aku ambil dari forum i luv islam.

    http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=47&thread_id=437

    papepun nice thread^^
    mengajak untuk berfikir.

    ReplyDelete
  11. sbenarnya bukan lebih kepada galak tapi dia lebih kepada nak memberikan amaran dan cara-cara yang betul untuk bercouple. meaning here,tak dapat prevent orang couple, at least dapat prevent couple dengann cara yang salah..
    apa pun, jika kita mampu fikir yang terbaek, buat la yang terbaek tuh

    ReplyDelete

thanks =)