Sunday, November 8, 2009

TUDUNG TAK WAJIB?



“Yus, boleh i tanya u satu soalan.” Tanya Lissa memulakan perjumpaan petang itu kepada saya.“Satu soalan berharga 5 ringgit.” Saya bergurau dengan beliau.
“Tak kisah, 10 ringgit pun i sanggup bayar.” Kami gelak.

Petang itu Lissa menghubungi saya, katanya ada benda penting yang mahu dia tanya . Kebetulan ketika itu saya berada di Borders, Time Square sedang mencari buku untuk dibeli. Saya menyuruh Lissa berjumpa di Starbuck.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Lissa. Kalau ada pun hanyalah di alam maya. Dengan kemudahan Yahoo Messenger (YM) beliau sering bertanya pelbagai perkara tentang agama, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hak-hak wanita.

“Mengapa Islam mewajibkan perempuan pakai tudung.” Tanya Lissa.


Pertamanya saya cuba mencari jawaban yang sesuai untuknya. Lissa yang berada di depan saya ini bukanlah seorang Muslimah yang bertudung litup, beliau hanyalah seorang perempuan yang sedang mencari makna menjadi seorang Muslim.

“Tudung tak wajib pun.” Jawab saya selamba.

“Eh, biar betul.”

“Tudung tak wajib, tapi menutup aurat itu wajib.”

“Ohh. Aurat itu macam mana pula” Saya tak nampak yang Lissa faham, tetapi dia sedang ligat berfikir.

“Aurat itu menutup sebahagian tubuh badan yang tidak boleh ditayangkan kepada orang lain secara terbuka. Macam tayang free dekat wayang.” Usik saya. Lissa cuba membetul-betulkan duduknya.


“Jangan terasa hati. Saya tak perli awak, tapi memberitahu definasi aurat. Lagipun kita jumpa ini pun nak bincang pasal ini kan?” Dia mengangguk kemudian senyum.


“Awak percaya tak, dalam al-Quran Allah sebut pasal aurat ini pertama sekali pada lelaki. Bukan pada perempuan.” Saya cuba mencari poin lain untuk tidak membuatkan beliau kurang selesa membincangkan perkara ini.


“Entah, tak tahu pun.” Jawab lissa jujur.


“Dalam surah An-nur surah yang ke 24 ayat 30, Allah berfirman, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Saya cuba mengingat-ingat kembali potongan ayat dari surah an-Nur.


“Dalam ayat ini, orang pertama yang diingatkan tentang aurat ini ialah lelaki, bukannya perempuan. Maknanya, dalam hal aurat tidak adil jika kita hanya membicarakan tentang wanita. Sepatutnya lelaki perlu lebih tahu dan aware dengan perkara ini.”


“Awak sokong lelaki ke perempuan?” Tanya Lissa. Kami tergelak.

“Ok, lepas itu.” Gesa lissa.

“Lepas ayat tentang aurat ini ditujukan kepada lelaki, barulah Allah tujukan perintah menuntup aurah ini kepada wanita. Firman Allah dalam surah yang sama tapi ayat ke 31, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,....”


“Awak tahu tak, arahan menutup aurat ini adalah antara kebaikan yang besar Allah berikan kepada wanita.”


“Kenapa pula? I rasa selesa saja pakai macam ini.”


“Betul ke awak selesa? Cuba kalau ada orang pandang awak macam ini.” Saya bulatkan mata, kemudian pandang tanpa kelip pada Lissa.


”Eh, seram sejuk juga.” Lissa menyuruh saya berhenti.


“Ha, tau pun. Itu sebab Allah perintahkan sama ada lelaki mahupun wanita untuk menutup aurat. Lebih-lebih lagi untuk melindungi wanita dari benda-benda macam itu lah.”


“Firman Allah dalam surah al-Ahzab surah ke 33 ayat 59, “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu..”


“Dalam ayat ini, Allah kata tujuan perintah Dia kepada umat Islam untuk menutup aurah ialah supaya perempuan-perempuan tidak diganggu dan mudah untuk kita kenal.”


Very impress. Tak tahu pula i dalam al-Quran ada sebut pasal gangguan ini. Al-Quran dah lama kan?”


“Yup, lebih dari 1400 tahun al-Quran diwahyukan. Kandungannya penuh dengan hikmah dan kebaikan. Sama ada untuk masa depan, mahupun sekarang.”


“Awak tahu tak. Kalaulah tak ada arahan menutup aurah ini, saya yakin gejala sosial yang dasyat akan jadi. Masing-masing akan membuat etika pakaian sendiri, dan masyarakat akan hilang moral di atas perkara ini.”


For Example, kalau tak ada arahan ini sure bogel pun masyarakat boleh terima kan? Ish, gile!” Saya gelak kecil mendengar contoh yang diberi Lissa.


By the way, kalau i tutup semua badan i kecuali muka dan tangan yang u kata tadi. Then i nak macam bergaya sikit, ala macam fashion-fashion sikit boleh tak?”


Of course boleh. Tapi awak kena berpada-pada lah dengan fashion yang dipakai itu. Janganlah terlalu ranggi. Kejap saya ada contoh pakaian Muslimah yang bergaya.” Saya pusing laptop saya ke arah Lissa dan menunjukkan gambar seorang Muslimah Turki berpakaian.


“Wah, great. Smart-lah dia pakai macam ini. Tapi kan, i takutlah nak terus pakai macam ini.” Lissa suarakan keresahan dia.


“Ikut kemampuan Lissa. Kalau Lissa nak berubah perlahan-lahan pun tak kisah. Sebab Islam bukanlah agama yang mendesak. Tapi agama yang selalu bagi kemudahan dan bertolak ansur dengan penganutnya. Mula-mula, pakai pakaian yang longat sikit.” Lissa senyum. “Kemudian barulah tutup kepala, dan seterusnya. Awak yang tahu keadaan awak, jadi awak berhak ke atas diri awak.”


“Eh dah pukul 6. Saya nak balik. Malam ini saya ada meting. InsyaAllah kalau ada masa kita boleh borak lagi.” Ujar saya pada Lissa. Saya kemas-kemas kemudian memberikan buku Ask Brother Shah kepada beliau.


“Ini buku tulisan guru saya, Brother Shahkirit. Saya tengah terjemah buku ini dalam bahasa Melayu. Awak ambil ini, kemudian baca dekat rumah. Apa-apa yang awak tak faham, jangan malu-malu untuk call saya.” Saya akhiri perjumpaan tersebut.


“Kalau tak call u pun, nanti i YM u.”

“Okeyh”


ketika berjalan2 aku terjumpa benda yg agak menarik dan tertarik ini.. sedikit sebanyak yg aku nak ulaskan dari pandangan kaca mata aku yang tak berspek ini.. kte tgk la budaya skrg, memandang orang yang memakai tudung tu baek.. as an example, cam cite nur kasih ( cite yang agak hot skrg nie , aku le antara penggemar nye =.=" ) tudung itu yang menjadi persoalan n sering diketengahkan utk melabelkan org baek.. mmg la ble ditanya kenapa pakai tudung, jawapannya adelah untuk menutup aurat.. tp knp ade yg bg jawapan camtu, tp kenapa tak pakai socks? kenapa dedahkan dada? kenapa short sleeve? kenapa baju ketat n nipis? kalau pakai long sleeve pun perlu ke selak tinggi2?

n isu lagi skrg yg menjadi trend, pasai SELENDANG.. ade yg berpendapat tak elok pakai selendang sbb nipis, tapi kenapa memakai tudung nipis tidak menjadi persoalan plak? pada pendapat aku la, tak salah utk pakai selendang yang functionnya juga utk menutup aurat, selagi benda tu dibuat dengan cara yg btui.. ada je selendang tak nipis..? kalau nak pakai tudung nipis tu tak salah, pakai la inner. tak mati kepanasan punya. kita pakai tudung pun memang nak tutup aurat kn, so kalau still nampak aurat, pe cer?

berbalik kepada aurat, kenapa susah sangat untuk kte tutup aurat dengan sempurna? adakah kita pakai tudung sebab budaya? orang lain pakai so kita nak pakai jugak? kte nampak majoroti orang islam pakai tudung, so kita pun nak tergolong dalam majoriti tu? tu la yang terjadinya pakai tudung dlm kampus je, then kalu luar kampus terbang sudah tudung? budaya, budaya.. sangat mempengaruhi minda kita ( penjenayah minda )

hurmm... jadi, fikir la balik apa tujuan kita bertudung.. apa tujuan kita menutup aurat.. even aku areefah, tapi aku pun tak baper arif dalam bab camnie. tu yang aku juga turut nak memperingati diri sendiri sebab aku nie pun normal human being. selalu je leka lagi2 pasal maruah dan pergaulan nie.. ( well jiwa remaja ) tapi aku tak kata la tittle remaja tu sebagai alasan untuk hanyut dalam dunia yang penuh dusta nie.. so, sekadar berkongsi apa yang terlintas.. justeru, kalau salah dipohon n dirayu sangat untuk membetulkannya..

sekiannn~

Related Post



11 comments:

  1. yeah. masa muda remaja belia adalah asset kita untuk hari di sana nanti.
    masa muda akan ditanya!
    thanks for this good reminder!

    ReplyDelete
  2. welcomey ;p

    bg sape2 yg telah mensetkan mind zaman muda adalah zaman utk bersuka ria n buat ape saje, think la bnyk2 kali ye

    ReplyDelete
  3. cam name aku. except aku x dabel s..
    hahaha....

    insaf jap bace neh.

    hrp dapat berubah ke arah yg lebey baek. ;]

    ReplyDelete
  4. hoho lisa,ko ke yg dalam watak tu??kih3?

    neway, sama la kte lisa, hope n akan cuba berubah ke arah lebih baek

    ReplyDelete
  5. sama2, sama2. :|
    ekceli susah jugak nak baca,
    kena highlight dlu baru bleh bca..
    sbb gelap. -.-"

    aku membayangkan keadaan sekarang.

    ReplyDelete
  6. u mean merah n hitam is gelap?
    from aku view, it okay, coz contra la juga colour..

    keadaan wat?

    ReplyDelete
  7. artikel yg ko kopi masuk page tu la..
    tulisan die gelap..
    tu yg susah nk baca..
    yg komen ko tu..
    senang..
    mmg kontra habis..

    keadaan remaja zaman sekarang.
    diorang kenal apa itu tudung,
    tapi x kenal apa itu aurat. -.-"

    ReplyDelete
  8. aku pakai tudung oke.
    n ttp la gk aurat. hehe.

    yeah, hoping for dat too.

    ReplyDelete
  9. stoking kaki jgn lupa.... kan terselak betis time nek tgga...
    aku sdh x larat nak tggung dosa....
    kasihi lah kami yg tidak berdosa....

    ReplyDelete
  10. faiz, ha sokong ayat ko..
    tahu apa itu tudung tatau apa itu aurat..

    lisa, good c:

    la asyraaf, socks n sarung kaki tak sama ka =.="

    ReplyDelete
  11. mula2 baca, ingatkan "saya" tu efa, huhu..
    apa2 pun, setuju dgn kata2 efa, tak salah kalau pakai selendang yg tak jarang dan menutup apa yg patut, cthnya pashmina...(ruqaiyah hmy)

    ReplyDelete

thanks =)