normal lah bilamana wanita cakap nak ganti puasa, tapi
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Monday, August 1, 2011
Sunday, July 17, 2011
Apa yang jadi pada blog kita selepas kita mati?
salam nisfu syaaban :)
dalam salah satu teka-teki Iman al- Ghazali ada bertanya,
dalam salah satu teka-teki Iman al- Ghazali ada bertanya,
Tuesday, June 14, 2011
Saturday, August 7, 2010
tudung yang seksi
yeah, tudung tu memang tak wajib pun.
tak kisah la nak pakai tudung ke tak ke.
kalau rasa cantik dengan bertudung, maka pakai la tudung.
kalau rasa tak bertudung tu lebih cun, maka tak payah la pakai tudung.
jadi itu tak perlu jadi isu kan?
yang nak diisukan sekarang pasal tudung seksi ni
Friday, January 15, 2010
finding true love
090110
FINDIING TRUE LOVE
MOSQUE HALL
9.30am – 4.30pm
Even kesorangan.ramai yg balik mggu nie..aku melangkah sorang2 nak juga ikuti program ni =.=
“mujahidah itu pahit, syurga itu manis”
Program semperna raudhah fest nie sgt menarik bg ak. Dak2 uia tak ramai sangat yang join. Tu pun mujo ade dak2 USIM yang join. Penuh la gak dewan.. Kalau ikot tentative program, patotnya mula kul 8.30 tp ak bgn lmbt =.= dah kul 8.30 lebih ak terjaga so rasa cam tak sempat, n ak sambung tdo balik keroh3..& malam b4 tu ak ada terpk yang ak sudah agak sembuh dari penyakit hati, so takpe la kot kalu tak join ( perasan yang aku mampu bertahan ) =.= tapi rezeki ak utk turut join prog tu.kul 9.30 ada announcement kata prog masih tak start n tatau cane time tu telinga ak peka plak dengan announcement =.= aku terus mandi n join la prog tu..
Slot pagi oleh ustazah Fatimah syarha.n slot ptg oleh ustaz Pahrol Mohd Juio.thanks sgt utk talk yg sgt menarik! Sape tak kenal mereka kan? N utk kak ha yang masih dlm pantang tp sanggup dtg =.=” tyme jumpa beliau kt pj, beliau still mengandung. N now dah ade puteri =)
FINDING TRUE LOVE.saya sudah.anda bagaimana?okay, so ak nak share la sket apa yang diperoleh~
FITRAH CINTA
Mcm ak slalu kata, aku tak kata couple itu haram, n aku juga tak kate couple itu halal mahupun harus atau sunat..tapi pandai2 la pk kannya.. berkata mengenai cinta.cinta mmg fitrah setiap insan. Kalau dah nama pun fitrah, mmg kita tak boleh lari dari semua itu. Tapi hati2 sebab kalau silap langkah, fitrah boleh jadi fitnah. Jd cinta pun tak perlu dikotori dengan fitnah. Remember, kita tak mampu utk hilangkannya, tapi kita mampu mengawalnya.
Simboliknya disini, ia diumpamakan seperti berpuasa. Kita puasa, tahan nafsu makan.makan tu juga fitrah kan.. dah tahu time berbuka puasa tu maghrib, nie belum zuhur lagi kita dah duk ngadap makanan tu..duk pegang2 makanan tu, belek2 la..mana nya tak menjurus kita utk makan apa yang ada depan mata tu kan... dah jadi haram~ sama jugak la dengan cinta.. dah tahu time sekolah lagi, so tak boleh nak mencintai monyet, tapi kita saja nak try2.. mana tak terjebak ke menda yang haram.. tp bg ak cinta nie special sket. Karena ianya ada cara yang nak halalkannya.tp sanggupkah time sekolah lg dah nak halalkannya kan…?
CINTA IS A VERB ( tanggungjawab )
CINTA IS NOT A WORD
Pandangan setiap orang adelah berbeza so pasal cinta nie pun ade banyak pandangan
Remaja – biasa
Akal – psikologi
Nafsu – seks
Hati – hadiah
*kalau cinta hanya berkehendak seks, itulah cinta yang Allah kurniakan kepada haiwan.
PERINGKAT CINTA
1. Cintakan Allah & rasulullah
2. Cintakan keluarga, anak, suami isteri, harta, & apa saja yang boleh dicintai
3. Cinta yg tak melebihi cinta 1,2
Boleh rujuk surah ke 9, at-taubah ayat 24 yg bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
So, dimanakah tahap cinta monyet?
Maaf utk kata.Xde dlm list pun.so boleh masuk list cinta yang tak diiktiraf dengan kata yang lebih sopan cinta hina
ISLAMIC LOVE / ISLAMIC COUPLE
Cam b4 aku kata ikut pandangan aku yang dhaif ni, couple tu aku tak kata salah, tak juga kata betul. So sama juga dengan phrase Islamic love. Wujud atau tidak frasa ini sbenarnya? Tapi, wujud or tak wujud , itu bukan ukurannya, Cuma cara perlaksanaan dan cara pemahaman kita terhadap frasa itu. N pemahaman ak terhadap itu ada lah kelakar.maaf..
Tapi igt la, syaitan tu sgt2 rajen n tak kenal apa itu erti putus asa.
Kte tak couple disuruhnya kte couple,
then dia sengat lg, couple tak slalu sms tak best la, sms je tak best kalau tak call, call tak best kalau tak jumpa, jumpa tak best kalau tak pegang2, pegang ringan2 tak best kalau tak buat berat2, kalau terlanjur pun, anak tu tak nak gugurkan & seterusnya syaitan meneruskan kerjayanya dengan mantop.
Mgkn akan ramai yang akan kata, mereka couple tapi sampai peringkat bold je, tapi sampai bila kita mampu bertahan sampai tahap tu sahaja. Dan yakinkah kita mampu bertahan dengan benda yang dah tak bape nak betul?
PERATURAN CINTA
Cinta nie pun ada peraturannya.
- Dasar cintakan Allah
- Tak langgar syariat.
- Tak lebihi cinta Allah
N dalam apa jua perkara pun, peraturan lbey kurang camni kan. Peraturan nie bukan lah menyusahkan kita. N apa yang Allah ciptakan sume ada hikmahnya. Kalau kita langgar, kita juga yang dpt rasa akibatnya. Ha… kan dah kne batang hidung sendiri. Situasi nie disamekan dengan situasi sperti lampu isyarat. Mmg la time drive sometime rasa cam perjalanan terganggu kalau ade traffic light tu, lg2 kalau kte nak rush kan?tapi tak ke lagi haru hidup kte nie kalau tade lampu isyarat tu. So igt la, peraturan apa2 pun bukan utk menyusahkan, sebaliknya utk menyelamatkan kita.pay now, play later, susah2 dlu, senang kemudian.pk kan relationnya~
N kne igt jua, even cinta itu sangat indah.tapi takde keindahan dalam perkara maksiat kepada Allah. Berhati2 kalau apa yang kita lakukan tu termasuk dalam perkara yang mempersendakan agama.. nauzubillah… kita kne la mengutamakan pencipta cinta.. zat yang bg kite peluang merasakan cinta tu. Tapi sayang, kita slalunya akan utamakan hadiah dari orang yang memberi hadiah. Situation ni boleh di bandingkan dengan situasi ni. Ibu kte dah hadiahkan kte phone baru. Dah la tak ucap thanks dah tu asik duk lalai je gne phone tu utk contek dengan couple kte tu. Sampai ibu kte diabaikan. Same juga dengan cinta. Kita tak mengikut suruhan zat yang telah kurniakan kita cinta tu. Tp kte gunakannya salurkannya dengan cara yang salah plak tu..ish3~ igt la, anugrah Allah tu kita tak mampu nak hitung apa tah lg nak balas.cane kalau kte kena tarik sume nikmah tu..
So kita perlulah kawalkannya supaya tak melanggar peraturan cinta.knp perlu kawal?
- Selamatkan cinta dari dikotori – cinta tu sgt2 suci
- Selamakan orang yang bercinta dari terjerat dlm perangkap kecewa cinta sia2
- Selamatkan masyarakat dari gejala social.
FRUST
Oh hoo~ ni part tragis ( tp bukan ke sume part dlm topic nie tragis =.= ) saketnya kalau rasa frust. Sama ada frust karena putus cinta atau frust karena cinta ditolak. Lg2 kalau first love.. aiyyak!! Cam duri tusuk jantung n siat2kannya. Cinta pertama la katakana. Aku pun pernah alaminya. N sejujurnya sampai sekarang 1st love masih bersemi dalam sanubari ~_~! ( ak berani mention here karena no one know sape 1st love aku karena 1st love tu umum, setiap orang laen penilaiannya mengenai cinta pertama ) tapi igt, cinta utama lebih utama dari cinta pertama.
Sebab apa kita rasa terseksa sangat jika putus cinta?sebab kte cinta dengan landasan yang salah. Nie baru sikit ujian psychology yang kita dpt masa kt dunia nie, camne azab akhirat kelak? Dengar word azab pun dah meremang bulu roma, apatah lg kalau dah kena..nauzubillah~
Lagi2 bg kaum sejenis ak nie ha. Termasuk la ak, sangat2 mudah tenggelam dlm emosi.tapi sbenarnye laki lbey teruk kalau frust dlm cinta kan?tp mgkn kte tak Nampak sgt sbb laki nie jarang ade yang frust. Sbb mereka jarang sungguh2 dlm cinta monyet nie..MOSTLY la,tak semua.
“ LELAKI MEMBERIKAN CINTA KERANA MAHUKAN SEKS,
PEREMPUAN MEMBERI SEKS KERANA MAHUKAN CINTA”
Jadi, apa yang ak dpt katekan kt sini, mostly cinta sebelum kawen nie banyak berteraskan nafsu semata2.kalau bukan pasal nafsu, takkan nak couple ye tak? ~_~! So pk, pk kan lah. Love or lust?
UBAT HATI
Tutup pintu fitnah lg2 yang melibatkan komunikasi.kalau dah tahu kte mmg da gle bayangkan orang tu, elakkan la komunikasi dengan dia. Makin gila lah kita nanti.igt la mati slalu~
Hm…mostly ble ak bangkitkan pasal isu nie, orang yang sedang couple akan bangkit dengan hujahnya yang ‘mmg kalau ada jodoh tak kemana.tapi kte kena usaha, baru la jodoh tu tak kemana.n couple tu adalah sebahagian usaha’…errr.. berusaha atas dasar yang diragu- ragukan, perlukah? Allah pun dah kata, perkara halal n haram tu jelas. So kalau yang syubhah tu, tgglkan la. Byk lg cara utk kita berusaha nye~ antara nya, lg2 nie utk muslimah la ye..
1. Mensolehahkan diri. Boleh jugak kot nak mmbuat nick name kte solehah =.=! igtlah, produk solehah nie mendapat permintaan tggi di dunia lg la diakhirat kelak. N kalau kte solehah, dapat la kte pasangan yang soleh. Lelaki yang soleh utk perempuan yang solehah and vice versa.. yakin la dengan janji Allah.. jadi maka jadilah~
2. Berusaha kawal diri jangan mudah menyerah kalah. Wahai kawan2 ku yang solehah, igt la laki tu sgt ske cabaran. Mgkn, kalau makin kita lari mereka akan rasa tercabar, n lg la mereka akan giatkan usaha utk dptkan kte. Igt jua, perempuan yang mudah menyerah, pasti lg mudah dipersia.paham la perangai lelaki camne kan..apa pun ak tak menyalahkan mne2 pihak. Indirecty, kte boleh didik si kumbang tersebut.
3. Kawan la dengan kawan2 yang solehah. Slalunya orang2 begitu, orang2 yang dekat dengan nya jua soleh.mane tahu lekat sorang dua =.= tp igt, kte berukhwah, bukan tu tujuannya. Sekadar wasilah..
4. Kte ni perempuan, kalau dah desperate sangat, tak salah nak start. Tapi gune la cara yang btul. Sama jua dengan laki. Cara yang BETUL.
5. Minta parent carikan.
And if dah couple, nak buat camne kan.b4 nie kte tak tahu.so sekarang dah tahu,pandai2 la pk cara yang patot dan terBAEK. Nak clash sayang plak kan~ tapi tak sayangkan diri ke…sanggup rasa azab akhirat?nauzubillah..Kalau mampu, clash la.kalau tak mampu tu, couple la dengan cara yang betul. Tak payah duk contek2 dah. Tak pun kawen jela terus kan..dah halal tuu..boleh buat apa sahaja..muda lg takkan nak kawen? Edeh, kenapa muda lagi boleh kapel plaknye.mne yang halalnya? Dah tak mampu sangat tahan, nak buat cane kan..
( 3 perkara yang bahaya kalau dilambatkan : solat, urus jenazah, KAWEN )
*kalau salah sila betulkan~
RUMUSAN
Emm..susah utk kte lari dari fitrah nie kan..sgt2 susah..n sbenarnya apa yang aku coretkan di atas nie mmg sume tepat2 kena batang hidung aku snirik. Ade jela yang akan singgah kt hati aku nie.
Tapi Alhamdulillah sekarang segalanya semakin okay. Tapi aku nie pun manusia lemah goyang rapuh turun naek.jadi kawan2 yang ku sayang slalu la remind me okay. Ak mmg sangat kritikal bab2 ikhtilat nie..
Pasal cinta dan kawen. Asal sebut psal kawen je, ramai nak pandang n tunding jari kt aku =.=’ hoho..i likeee..mgkn sbb ak slalu sebut n menyokong early marriage. Ak pun slalu cakap aku nak kawen awal walaupun takde lg calonye pun. Tak salah kot tade calon tapi nak kawen awal. Kalau takde orang nak kawen awal dengan aku pun, mgkn ak belum cukup solehah dan terlalu byk nak diperbetukan..N sejujurnya ak mengaku yg ak nak camtu, daripada yang slalu duk kate aku sangat gatal sbb nak kawen awal, tapi mereka duk couple, macam orang dah kawen tu, apa cerita.agak2 mana lebih gatal?better menggaru dengan cara halal.anyway, ak mmg gatal. hik3 [^_^]v
Since ak dah jumpe ‘true love’ aku tak nak la sorang2 je merasainya. Tak best rasa best sorang2, aku nak kawan2 juga rasakannya. Tapi aku tahu sangat susah utk aku share sume nie dengan mereka. Apa pun ak akan cuba.. bg kawan2 ku perempuan yang memerlukan aku, I’ll always be there for u.. tlg la menggunakan aku~ apa pun kawan2 yang dicintai sekalian, kembalilah ke cinta yang sbenar. Utk cintai orang laen, kita perlu cinta kan diri snirik. Utk cintakan diri, kita perlu citailah Illahi.
N ak mintak maaf kalau ade sapa2 terasa hari dengan apa yang ak merepek sedikit sebanyak. N apa2 yang salah tu aku merayu utk diperbetulkan.tapi sesungguhnya aku mmg nak bg pembaca terasa. Tu pun if ada yang bace.. sesungguhnya ini utk semua n khas utk 1991ian...Sekian utk kali nie..
Salam cinta dari Nur Areefah~
<3
Sunday, November 8, 2009
TUDUNG TAK WAJIB?
“Yus, boleh i tanya u satu soalan.” Tanya Lissa memulakan perjumpaan petang itu kepada saya.“Satu soalan berharga 5 ringgit.” Saya bergurau dengan beliau.“Tak kisah, 10 ringgit pun i sanggup bayar.” Kami gelak.
Petang itu Lissa menghubungi saya, katanya ada benda penting yang mahu dia tanya . Kebetulan ketika itu saya berada di Borders, Time Square sedang mencari buku untuk dibeli. Saya menyuruh Lissa berjumpa di Starbuck.
Saya tidak pernah berjumpa dengan Lissa. Kalau ada pun hanyalah di alam maya. Dengan kemudahan Yahoo Messenger (YM) beliau sering bertanya pelbagai perkara tentang agama, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hak-hak wanita.
“Mengapa Islam mewajibkan perempuan pakai tudung.” Tanya Lissa.
Pertamanya saya cuba mencari jawaban yang sesuai untuknya. Lissa yang berada di depan saya ini bukanlah seorang Muslimah yang bertudung litup, beliau hanyalah seorang perempuan yang sedang mencari makna menjadi seorang Muslim.
“Tudung tak wajib pun.” Jawab saya selamba.
“Eh, biar betul.”
“Tudung tak wajib, tapi menutup aurat itu wajib.”
“Ohh. Aurat itu macam mana pula” Saya tak nampak yang Lissa faham, tetapi dia sedang ligat berfikir.
“Aurat itu menutup sebahagian tubuh badan yang tidak boleh ditayangkan kepada orang lain secara terbuka. Macam tayang free dekat wayang.” Usik saya. Lissa cuba membetul-betulkan duduknya.
“Jangan terasa hati. Saya tak perli awak, tapi memberitahu definasi aurat. Lagipun kita jumpa ini pun nak bincang pasal ini kan?” Dia mengangguk kemudian senyum.
“Awak percaya tak, dalam al-Quran Allah sebut pasal aurat ini pertama sekali pada lelaki. Bukan pada perempuan.” Saya cuba mencari poin lain untuk tidak membuatkan beliau kurang selesa membincangkan perkara ini.
“Entah, tak tahu pun.” Jawab lissa jujur.
“Dalam surah An-nur surah yang ke 24 ayat 30, Allah berfirman, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Saya cuba mengingat-ingat kembali potongan ayat dari surah an-Nur.
“Dalam ayat ini, orang pertama yang diingatkan tentang aurat ini ialah lelaki, bukannya perempuan. Maknanya, dalam hal aurat tidak adil jika kita hanya membicarakan tentang wanita. Sepatutnya lelaki perlu lebih tahu dan aware dengan perkara ini.”
“Awak sokong lelaki ke perempuan?” Tanya Lissa. Kami tergelak.
“Ok, lepas itu.” Gesa lissa.
“Lepas ayat tentang aurat ini ditujukan kepada lelaki, barulah Allah tujukan perintah menuntup aurah ini kepada wanita. Firman Allah dalam surah yang sama tapi ayat ke 31, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,....”
“Awak tahu tak, arahan menutup aurat ini adalah antara kebaikan yang besar Allah berikan kepada wanita.”
“Kenapa pula? I rasa selesa saja pakai macam ini.”
“Betul ke awak selesa? Cuba kalau ada orang pandang awak macam ini.” Saya bulatkan mata, kemudian pandang tanpa kelip pada Lissa.
”Eh, seram sejuk juga.” Lissa menyuruh saya berhenti.
“Ha, tau pun. Itu sebab Allah perintahkan sama ada lelaki mahupun wanita untuk menutup aurat. Lebih-lebih lagi untuk melindungi wanita dari benda-benda macam itu lah.”
“Firman Allah dalam surah al-Ahzab surah ke 33 ayat 59, “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu..”
“Dalam ayat ini, Allah kata tujuan perintah Dia kepada umat Islam untuk menutup aurah ialah supaya perempuan-perempuan tidak diganggu dan mudah untuk kita kenal.”
“Very impress. Tak tahu pula i dalam al-Quran ada sebut pasal gangguan ini. Al-Quran dah lama kan?”
“Yup, lebih dari 1400 tahun al-Quran diwahyukan. Kandungannya penuh dengan hikmah dan kebaikan. Sama ada untuk masa depan, mahupun sekarang.”
“Awak tahu tak. Kalaulah tak ada arahan menutup aurah ini, saya yakin gejala sosial yang dasyat akan jadi. Masing-masing akan membuat etika pakaian sendiri, dan masyarakat akan hilang moral di atas perkara ini.”
“For Example, kalau tak ada arahan ini sure bogel pun masyarakat boleh terima kan? Ish, gile!” Saya gelak kecil mendengar contoh yang diberi Lissa.
“By the way, kalau i tutup semua badan i kecuali muka dan tangan yang u kata tadi. Then i nak macam bergaya sikit, ala macam fashion-fashion sikit boleh tak?”
“Of course boleh. Tapi awak kena berpada-pada lah dengan fashion yang dipakai itu. Janganlah terlalu ranggi. Kejap saya ada contoh pakaian Muslimah yang bergaya.” Saya pusing laptop saya ke arah Lissa dan menunjukkan gambar seorang Muslimah Turki berpakaian.
“Wah, great. Smart-lah dia pakai macam ini. Tapi kan, i takutlah nak terus pakai macam ini.” Lissa suarakan keresahan dia.
“Ikut kemampuan Lissa. Kalau Lissa nak berubah perlahan-lahan pun tak kisah. Sebab Islam bukanlah agama yang mendesak. Tapi agama yang selalu bagi kemudahan dan bertolak ansur dengan penganutnya. Mula-mula, pakai pakaian yang longat sikit.” Lissa senyum. “Kemudian barulah tutup kepala, dan seterusnya. Awak yang tahu keadaan awak, jadi awak berhak ke atas diri awak.”
“Eh dah pukul 6. Saya nak balik. Malam ini saya ada meting. InsyaAllah kalau ada masa kita boleh borak lagi.” Ujar saya pada Lissa. Saya kemas-kemas kemudian memberikan buku Ask Brother Shah kepada beliau.
“Ini buku tulisan guru saya, Brother Shahkirit. Saya tengah terjemah buku ini dalam bahasa Melayu. Awak ambil ini, kemudian baca dekat rumah. Apa-apa yang awak tak faham, jangan malu-malu untuk call saya.” Saya akhiri perjumpaan tersebut.
“Kalau tak call u pun, nanti i YM u.”
“Okeyh”
dipetik dari http://www.yussamir.com
ketika berjalan2 aku terjumpa benda yg agak menarik dan tertarik ini.. sedikit sebanyak yg aku nak ulaskan dari pandangan kaca mata aku yang tak berspek ini.. kte tgk la budaya skrg, memandang orang yang memakai tudung tu baek.. as an example, cam cite nur kasih ( cite yang agak hot skrg nie , aku le antara penggemar nye =.=" ) tudung itu yang menjadi persoalan n sering diketengahkan utk melabelkan org baek.. mmg la ble ditanya kenapa pakai tudung, jawapannya adelah untuk menutup aurat.. tp knp ade yg bg jawapan camtu, tp kenapa tak pakai socks? kenapa dedahkan dada? kenapa short sleeve? kenapa baju ketat n nipis? kalau pakai long sleeve pun perlu ke selak tinggi2?
n isu lagi skrg yg menjadi trend, pasai SELENDANG.. ade yg berpendapat tak elok pakai selendang sbb nipis, tapi kenapa memakai tudung nipis tidak menjadi persoalan plak? pada pendapat aku la, tak salah utk pakai selendang yang functionnya juga utk menutup aurat, selagi benda tu dibuat dengan cara yg btui.. ada je selendang tak nipis..? kalau nak pakai tudung nipis tu tak salah, pakai la inner. tak mati kepanasan punya. kita pakai tudung pun memang nak tutup aurat kn, so kalau still nampak aurat, pe cer?
berbalik kepada aurat, kenapa susah sangat untuk kte tutup aurat dengan sempurna? adakah kita pakai tudung sebab budaya? orang lain pakai so kita nak pakai jugak? kte nampak majoroti orang islam pakai tudung, so kita pun nak tergolong dalam majoriti tu? tu la yang terjadinya pakai tudung dlm kampus je, then kalu luar kampus terbang sudah tudung? budaya, budaya.. sangat mempengaruhi minda kita ( penjenayah minda )
hurmm... jadi, fikir la balik apa tujuan kita bertudung.. apa tujuan kita menutup aurat.. even aku areefah, tapi aku pun tak baper arif dalam bab camnie. tu yang aku juga turut nak memperingati diri sendiri sebab aku nie pun normal human being. selalu je leka lagi2 pasal maruah dan pergaulan nie.. ( well jiwa remaja ) tapi aku tak kata la tittle remaja tu sebagai alasan untuk hanyut dalam dunia yang penuh dusta nie.. so, sekadar berkongsi apa yang terlintas.. justeru, kalau salah dipohon n dirayu sangat untuk membetulkannya..
sekiannn~
Subscribe to:
Posts (Atom)