Wednesday, January 5, 2011

menyambut tahun baru bersama Maher Zain | 1000Jiwa1hati

SELAMAT TAHUN BARU 2011.masih
tak terlambat kan nak wish? =.="

macam dapat entry lepas, aku ada sebut yang aku nak pergi celebrate tahun baru ni.
memang sebelum-sebelum ni tak pernah lagi.1st time tuuuuu..
so tahun ni, sejak kehilangan tittle 'teen' ni, aku juga turut menyambut sambutan tahun baru nie..heeee :)

alhamdulillah kali ni aku berpeluang untuk bersama dengan jiwa-jiwa remaja lain menyambut tahun baru.
pada mulanya memang terfikir nak tarik diri sebab banyak lagi program lain yang clash time tu.
dah la aku nak sangat-sangat pergi mukhayyam kat Ulu Yam tu.
tapi, aku langsung tak menyesal untuk pilih program ini dan sacrifice the others ^_^'

para fasi ada sikit briefing last pagi tu.
dan time tu ada seorang daripada kami yang menjadi mangsa pick pocket, 
so dia tarik diri..kesian betul dan sungguh menakutkan.
kejadian tu berlaku di terowong dari stesyen lrt pasar seni.
pagi tu aku memang pergi sorang-sorang stesyen ktm Kuala Lumpur, 
dan nasib baik tak ada apa-apa berlaku di terowong tu.alhamdulillah :)


lunch nasi ambang :) sedappppp~
sponsor by JAWI if im not mistaken...^_^'


group kami harimau hijau. AL-JANNAH
 sementara menunggu ketibaan baby-baby buah xD
kalian memang terbaik lahhh! :)


sesi pendaftaran peserta 


majlis ucapan perasmian


sesi sidang akhbar dan bergambar dan berTV. rasanya ada di RTM pada jumaat ni..tengok2 xD


solat maghrib & isyak berjemaah, dan talk bicara orang muda.
perkongsian yang sungguh menarik dengan tajuk yang lebih specific PROAKTIF! 


ABJZ show. Wardina sebagai pengacara dan dia mintak maaf sebab program terpaksa lambat beberapa minit dan kami diminta menunggu, dan penantian kami pasti akan berbaloi katanya.



kami diberi kejutan yang amat terkejut la bila Maher Zain turut serta malam tu..
errkkk aku terus speechless dan try to behave myself <3 control ayuuuu..
tak dapat aku bayangkan betapa teruja nya semua muka orang time tu =.="



majlis diteruskan dengan forum daripada panel yang sungguh hebat, 
prof Dr. Harlina & Ummi Roses.
Dr Har lebih memfokuskan mengenai remaja dan perasaan dari sudut scientific  pasal hormon-hormon segala tu,
dan ummi roses lebih berkongsikan tentang pengalaman.
memang sungguh menarik!! dan banyak memberi kesan kat jiwa remaja aku ni.
terima kasih yang amat!!



forum diselang-selikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid saff-one dan ibu aisyah.
memang sungguh menarik!! 
ada satu lagu tu sungguh menarik dan baru pernah dengar malam tu
nak kena download ni =.=


kemuncak majlis ialah ikrar ANDA BIJAK JAUHI ZINA.
diketuai oleh Amirul Faiz, fasi paling muda >.< dak UIA jugak tuuu
time ni memang sungguh bersemangat lahh!! 
dengan penuh rasa rendah diri dan kami berjanji nak elakkan zina, dan aku pegang janji itu.
inshaAllah semoga kami terus bersama dengan hidayah-Nya.

mengikut perancangan sepatutnya majlis tu habis pukul 11 tapi habis pukul 12 so dengar la letupan bunga api di kawasan terdekat tuuu..
area masjid negara tu pun agak sesak dengan pengunjung yang datang untuk menyambut tahun baru X__x
sepatutnya ada task force malam tu, tapi tak jadi...huk3 kecewa2 ~_~'

sebelum tidur kami buat LDK, dan aku as fasi lebih banyak mendengar sebab ahli group aku semua terbaik laa!!
mereka memang sungguh supportive dan banyak memberi pendapat, so aku lebih banyak diam mendengar masing-masing bersemangat untuk share pendapat masing-masing ^_^'
lepas bacaan al-Mulk dalam kumpulan, kami pun tidur...zzz


majlis qiamullail yang diimamkan oleh Imam muda Azhar.
kemudian solat subuh dan tazkirah Hari Baru, Pagi tahun baru.
pengisian untuk aku 0% kerana sudah bermimpi..ngaaa~


Imam Muda Azhar bersama ketua pengarah program :)

Group C52..u all are the best!! sayang korang lebih laaa...


majlis penghujung oleh dengan sedikit bekalan take home message from Ummi Roses.
walaupun dah banyak kali dengar benda tu, tapi masih boleh meleleh dengan pengisian tersebut..
zassssss..memang dalam dia menyinggah dihati ini >.<"




terima kasih kepada semua yang terlibat.
semoga apa yang kita dapat tu bermanfaat untuk kita dan jugak untuk semua :)
big thanks to raudhatus Sakinah.
harap sangat sangat dapat join program seumpama lagi ^_^'

lagi gambar boleh tengok di sini juga sini jua sini malah sini mahupun sini dan banyak lagi la...

Related Post



3 comments:

  1. aisey,why x kasitau kat saya ada program,boring kot xtau buat time new year,anyway thanks to Allah,you manage to meet Maher zain and Imam muda

    ReplyDelete

thanks =)