Thursday, February 10, 2011

bantahan penjualan arak dan kondom di kawasan UIA Nilai

najis arak itu tentu menjadi sesuatu benda yang
dibenci dan ditegah oleh masyarakat islam, jugak agama lain.
banyak kesan buruk arak terhadap individu, pelajar, masyarakat dan semua la.

beberapa hari lepas kami pemimpinan pelajar 3 badan majlis perwakilan pelajar CFS UIA Nilai dah bertentang mata untuk bincang tentang kes ini.

memang dugaan sungguh.
berapa hari je lagi nak final exam,
tiba-tiba ada bukak kedai yang jual benda-benda yang tak elok mata memandang ni plakkk..
sejujurnya aku kalau boleh taknak involve,
pernah aku msg kawan-kawan taknak datang meeting ( buat-buat busy ) =.='
tapi aku tahu kalau tak datang aku akan rasa tak tenang so aku datang jugak.
tugas dan tanggungjawab takkan terhenti dek exam! =)
mardhatillah yang dikejar, inshaAllah ^_^'

cuba click gambar, jadi apa? =.="


setelah dibincangkan dan diambil kita beberapa faktor,
kami bersetuju untuk menyuarakan pandangan dan kemahuan kami untuk membantah penjualan benda tu.
atau dengan kata yang lebih sopan, kami mahu mereka berhenti terus daripada menjual semua benda tu >.<"

mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan tu,
lagi-lagi sebab kawasan ini bukan lah hak milik sepenuhnya kawasan CFS UIA Nilai,
tapi kedai tu betul-betul di mahallah (asrama) budak lelaki.
sebulat suara, dan dipersetujui oleh beberapa pihak tertentu,
bantahan tersebut akan disuarakan mengikut procedurenya.

walaupun di peti ais tempat terpamernya arak-arak tersebut ada tulis arak tidak boleh dijual kepada orang islam,
tapi nyata info itu kurang diambil perhatian oleh pembeli malah penjual di kedai itu kerana experimen sudah dilakukan.
ada antara crew kami yang try membeli arak, dan mereka ceritakan pengalaman mereka.
dak tu tanya, boleh ke dia beli arak tu ( muka 'pelakon' tu totally looks malays, dan takde rupa korean punnn )
dan cashier tu lekk je, siap tanya soalan 
" dah biasa minum kan?" =.="
jadi dapat di conclude kan yang memang sungguh mudah untuk seorang islam memberi arak di situ.


antara sebab bantahan ini diteruskan adalah :

1. majoriti yang duduk di kawasan tersebut adalah pelajar cfs uia nilai. dan untuk menghormati kawasan pelajar universiti ISLAM antarabangsa Malaysia. dah la dekat dengan masjid jamek bandar baru Nilai. majoriti islam di kawasan itu, jadi sungguh tak releven la penjualan arak dibuat dikawasan itu. tak nak la student menjadi mangsa pengambilan arak ini..
2. pelajar pusat asasi uia memang tidak dibenarkan kawen ( sebab tu aku tak kawen lagi =.=" ) jadi penjualan kondom pun tak sesuaiii jugak dikawasan itu. ke ada sebab lain kondom digunakan? o.0'
3. dan antara sebab yang kukuh, ada je cawangan kedai tu ditempat lain yang tidak menjual arak. antaranya di kawasan yang berdekatan USIM. arak dikawasan berdekatan USIM pun sudah dikosongkan sebab mendapat permintaan daripada MPP dan majlis rukuntetangga kawasan perumahan kat situ. niceeee ^_^'

jadi tak salah usaha ini dilakukan di sini kan?
bantahan yang dilakukan secara sopan santun macam katon
yang penting usaha yang mantap dan ikhlas telah dilakukan dengan sepenuhnnya.
Allah tidak melihat kepada hasil, tapi usaha tu yang diutamakann~
kalau tidak mampu ubah dengan tangan, kita kena ubah dengan lisan,
jika tak mampu jugak kena ubah dengan iman, yaini selemah-lemah iman.

takkan nak tunggu tin dan botol arak berterbangan dikawasan mahallah, 
baru nak ambil tindakan kannn~
cegah sebelum parah, prevent is better than cure (^^,)

terima kasih kepada semua gabungan bertindak untuk program ini.
semoga segalanya berjalan lancar, inshaAllah =)
arahan daripada pihak atasan sedang dinanti-nantikan.
dan nampaknya ramai menyokong dan memberi galakkan.
terima kasih juga kepada siswa/i USIM yang turut memberi sokongan padu ;)


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(surah Muhammad, ayat 7) 

Related Post



6 comments:

  1. dulu taman ak de kedai runcit jual arak...
    tp lps 1bln ak tgk kedai tu x jual da...msti ad yg komplen tu..huhu

    ReplyDelete
  2. perlu dicegah awal, sedangkan yg disorok pun boleh diperolehi inikan pula terang-terangan..

    ReplyDelete
  3. aku bantah jugak!!!
    haihhh da la campor2 air lain nye tmpt iskk

    ReplyDelete
  4. patutnye xleh jual kt mne2 pn...bru betol...

    p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

    ****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****

    ReplyDelete
  5. asal der nk jual bnder tuh kt UlA? o.O

    ReplyDelete
  6. asal der nk jual bnder tuh kt UlA? o.O

    ReplyDelete

thanks =)