Monday, February 7, 2011

malang tak ada bau wangi macam aku

malang memang tidak
berbau.
tapi pasti sesuatu perkara yang terjadi kat kita tu adalah rahmat-Nya..
Dia kasihkan hambaNya ^_^

semalam kami pergi melawat our deputy president FRC.
dia baru terlibat dalam kemalanga ngeri beberapa hari lepas.innalillah~
pada mula nya kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas kekangan kenderaan.
ada satu kereta je, so ingat biar brothers sahaja pergi.
aku tak kisah kalau tak dapat pergi sebab walaupun aku vice beliau,
tapi aku takla rapat sangat dengan dia macamana budak-budak arabic rapat dengan dia.
so orang lain lebih layak untuk mengisi tempat dalam kereta.

tapi memanglah kalau ada jodoh tak kemana kann~ ^_^'
pagi tu dah la aku tidur dekat pukul 5.nak siapkan reports laa konon...
dan pagi tu pukul 8 baru diberitahu ada kereta.
aku sebenarnya pagi tu fikir sejuta kali jugak nak pergi atau tidak sebab project database tak sattle lagi.
tapi sebab meraka kata nak pergi sekejap sahaja, aku pun ikut je la.
dah la dah sewa kereta, rugi plak kalau aku tak pergi~

aku ada setengah jam untuk bersiap, dengan air tak adanyaa..
tapi ada la air botol yang aku simpan so boleh buat mandi =.="
dan sebab nak cepat, aku pakai t-shirt dan jeans aje.
tak perlu iron >.< ( nak cepat punya pasaiii )
aku tak kisah pakai apa, asalkan aku tak lambat dan  tak menyusahkan orang lain tunggu, 
dan pakaian aku betul~

pukul 9 lebih baru bertolak ( kami semua melayu ) :P

kereta-mate : driver - shahril.nadiah, fatin, hakim
( nak isi angin pun tak reti ) zzz

kereta jiran-mate :driver - halim. kun, hawa, adibah, syahmi



sebabkan sesat, mahfuz terpaksa menjemput kami di bemban.
mereka melepaskan kerinduan kat mahfuz, dah lama kott tak jumpa >.<"
sebak tengok keadaan mahfuz macamtu
alhamdulillah keadaannya masih ok =)


alhamdulillah tiba juga dengan selamat dan masih cun ^_^


semangat mahfuz bercerita kejadian yang menimpanya..
dari A-Z 
semoga kami dapat ikhtibar daripadanya ^_^'
nikmat tangan ditarik untuk seketika... 

berposing sebelum balik ^_^'

bergambar bersama mak dan ayah mertua mahfuz xD


tata melaka ^_^'

malang tidak berbau lagi,
kereta yang kami tunggang naiki mengalami sedikit demam.
masalah tayar plakkkk~
nasib baik ada hero-hero yang reti pasang ganti tayar ^_^'



sampai je ke nilai, kami bersurai.
kereta lagi sejibik boleh plak pergi berpicnic.
tapi aku memang taknak pun sebab kerja banyak tak siap lagi -,-"
memang sungguh rasa bersalah la dengan teammate projek database sebab tak dapat siapkan sama-sama.
im sooooooooooo sorry X__x
dan famili aku plak datang, so kami pergi melantak sebab kebuluran >.<

apa pun, 
dipendekkan kisah daripada kemalangan mahfuz tu,
beliau terlelap ketika menunggang motorsikal.
memang agak tragis kisahnya tuu...ngilu weyhh >.<' ( berat mata memandang berat lagi bahu memikul )
aku pun paham, masa kejadian tu memang minggu peak dengan assignment dan quizess..
dan program FRC plak lepas tu memang seminggu straight ada aktivitnya.

memang tak sampai seminggu lagi nak final exam ni. final sem pulak tuuuu..
harap mahfuz sihat dan boleh ambil exam.
dah la dia kidal, dan patah plak tangan kiri..
tapi aku kagum semangat dia duk practice tulis menggunakan tangan kanan ^_^
teruskan usaha murni anda.
all the best!!
kami keluarga FRC sentiasa support dan mendoakan kesihatan anda :)
inshaAllah ada jalannya ^_^
tapi dengar gosip-gosip carry mark dia pun dah tinggi ( tak perlu ambil  final exam pun boleh lulus kot ) :P

tentu dia terharu dengan kedatangan kami xD
tapi memang hak diziarahi itu milik setiap insan yang sakit.
semoga dengan kedatangan kami, mahfuz lebih sihat dan bersemangat! inshaAllah....

Related Post



3 comments:

  1. sebab tu aku prefer tundakan kelas jika penat
    takut benda2 macam ni berlaku bila nak pergi kelas nanti..
    nauzubillah

    ReplyDelete
  2. ni yg buat takot nak bawka moto pasni =='

    ReplyDelete
  3. lpas ni aku nk drive jet pjuang la... =.='

    ReplyDelete

thanks =)