Tuesday, June 14, 2011

satu benda je yang membezakan kita semua

kadang-kadang kita rasa kita ni sama tapi tak
serupa,
pelik tapi benar.erk (kaitan?)

ok, beberapa hari lepas di twitter aku ada terperasan tweet satu RT dari sorang artis ni.
ada orang tweet dia something dan tulis lebih kurang cenggini
" tgk ni ada orang menghina Allah,teruknya!"
then #retis tu RT dan reply
"tak takut Allah la tu!"

so apa makna TAKUT bagi kita tu ya?

contoh pasal kes twitter tu,
artis tu rasa ketakutan kepada Allah tu bila ada yang menuturkan kata-kata yang menghinakan Allah.
dan bagi dia setakat berlakon berpegangan tangan dan berpelukan tu bukan lah sesuatu yang menghinakan, dan sebab tu dia tak takut.

tapi dalam situasi lain plak,
ada yang rasa TAKUT walaupun nak nak bercakap dengan orang yg bukan mahramnya tanpa sebab.
sebab TAKUT menimbulkan masalah dihati.



ada yang TAKUT untuk solat lambat,
ada yang biasa-biasa je
dan ada jugak yang tak TAKUT langsung walaupun tak solat.
ce tanya orang yang istiqamah tak tinggal solat kenapa dia tak tinggal solat.
sudah tentu jawapannya kerana TAKUTKAN ALLAH.

situasi lain,
ada yang rasakan wanita free hair tu tak takut Allah,
dan yang berpendapat wanita bertudung tapi berbaju ketat, short sleeve, seluar jeans ketat, tak berstoking tu tak takut Allah,
dan ada yang rasa selagi tak tutup aurat dengan sempurna tu tak takut Allah.
ce tanya kenapa orang yang istiqamah menutup aurat dengan sempurna dengan pakai pakaian longgar dan tak ketat, berstoking dan bertudung menutupi dada tu kenapa mereka berpakaian begitu.
kompem-kompem jawapan dia kerana TAKUTKAN ALLAH.




lagi situasi,
mungkin ada yang rasa tayang gambar bogel dan mengaku tak dara dah tu sebab tak takut Allah,
tapi ada jugak yang tak terfikir yang duk mengutuk, memaki hamun dan menyumpah seranah orang tu sebab tak takut Allah.

nyata, semua itu yang membezakan kita.
kita ni sekadar penyeru, bukan penghukum.
dan kita sebenarnya semua sama je tarafnya.
kecuali ketaqwaan kita.


".......Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" 
(al-Hujurat, ayat 13) 

Related Post



18 comments:

  1. @Taufan Bin Ribut

    permantapkan iman, inshaAllah makin bertaqwa lah ;)

    ReplyDelete
  2. yeah! sama2 blaja cash flow! =.=

    ReplyDelete
  3. manusia (kite2 ni) terlalu pikir benda yg besar, sampaikan benda kecik kita tak pandang..

    ReplyDelete
  4. @Shakinah Sholehuddin

    setuju. benda-benda yang walaupun kecik terus dipandang rendah.

    analoginya, kekadang kita sibuk menghafal formula calculus yang susah, dan ilmu bundar yang belajar masa sekolah rendah pun boleh lupa. (pengalaman sendiri >.< )

    ReplyDelete
  5. apabila badan tidak boleh bergerak dan mulut tertutp rapat maka dengan sendirinya akan takut x terhingga...dan saat itu akan berfikir cukupkah belom amalan aku selama ini...adakah pekerjaan aku itu adalh halal...renung-renungkanlah... (tp sini nk tanya sikit la nak tag nama orang dalam comment macm na bagu tunjuk ajar sikit boleh x???),,,

    ReplyDelete
  6. @chegu abbas

    masa tubuh badan kita menjadi saksi apa yang kita buat, time tu mmg takleh nak buat apa dah.

    emm.. tag yang macam @chegu abbas ni ke? ni dah auto set bila tekan reply to the comment.

    ReplyDelete
  7. haah ,,,mcm na nk buat ye ada reply tu...

    ReplyDelete
  8. @chegu abbas

    refer kat link bawah ni :)

    http://www.spiceupyourblog.com/2010/03/reply-button-option-blogger-comments.html

    ReplyDelete
  9. betol2..ehehe..yuyue datang cinie nak kenal-kenal awak..and follow awak..der mase awak datang kenal-kenal yuyue tauuu...follow kalau sudi :).. http://www.pwencessyuyue.co.cc

    ReplyDelete
  10. aku TAKUT nak komen psl ni..
    aku hamba yang lemah..

    ReplyDelete
  11. @amirfazwan

    sebab aku hamba yang lemah la aku ulas pasal isu ni. ingatkan diri sendiri, dan supaya orang mengingatkan aku takot satu hari nanti aku termakan dengan kata-kata sendiri.

    ReplyDelete

thanks =)