Kadang,
beza apa yang kita nampak dengan apa yang kita lihat.
Kan?
Juga, apa yang kita lalui memang tak sama dengan apa yang dilalui orang lain.
Analogi diatas cukup untuk menjelaskannya.
Jika kita jadi orang yang melihat,
stop judging.
Sentiasa befikir positif dan husnuzon.
Anggap ada perkara yang kita tak tahu disebaliknya.
Jika kita jadi orang yang dilihat,
stop excusing.
Jangan ambil mudah semua perkara untuk membuatkan kita jadi mangsa keadaan.
Cuba terbaik dalam apa yang kita lakukan
berusaha mencapai Ihsan, InshaAllah Allah bantu :)
---
Teringat kisah K-kop dan remaja bertudung.
Sepatutnya tak bertudung pun,
tapi as Muslim kita mestilah segan jika ada yang buat sebegitu.
Sebab Islam bukan atas tudung :)
Kita semua duta kepada agama kita tak kisahlah bertudung atau tidak.
Mereka diuji dengan pekara yang mereka minat.
Bagaimana pula kita jika diuji dengan perkara yang sangat kita minat?
Moga apa yang kita minat bukan lah merugikan supaya tak memberi kesan buruk kepada kita dan juga orang sekeliling.
Personally,
aku sendiri masih tak faham kenapa boleh minat sangat dengan k-pop.
Tak dinafikan juga mereka memang ada salahnya.
Tapi tak tersanggup nak menyalahkan sepenuhnya.
apatah lagi memaki hamun sebagai mana sebahagian 'pejuang' keyboard lakukan.
jadi, apa beza kita dan mereka jika begitu?
Bukankah kita semua duta agama kita? :)
Didoakan mereka supaya terbuka hati untuk lebih memanfaatkan masa dan wang untuk perkara yang lebih berfaedah.
dan untuk diri kita sendiri juga :)
---
teringat juga,
bilamana dalam keadaan diuji.
nak kejar flight sebab dah terlalu lambat.
dekat trafik light berkira-kira samada nak berhenti atau tidak ketika lampu merah.
dalam keadaan lambat sebab tetiba yang boleh hantar ke airport tak dapat dihubungi,
maps location salah so sesat,
dengan tak check-in lagi.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
samada dosa kemungkaran atau maksiat yang kita lakukan.
atau pun kerana berburuk sangka.
Bersihkan hati, putihkan hati,
mungkin tak perlukan Qu Puteh
=)
Moga Allah Reda.
0 advice(s):
Post a Comment
thanks =)