Setahun ni memang banyak belajar mengenai ini :)
[Penulisan] DAKWAH ITU BERAT "Akhi, kenapa ya kita rasa berat di jalan dakwah ni? Ana tak sanggup dah la." Hmmmm.. Ana pon dah berkali-kali fikir benda yang sama. Kenapa ye berat? Ana hanya boleh bagitahu satu perkara. Dakwah ni perlukan ikhlas. Dia mengajar ikhlas. Dia membentuk ikhlas. Ikhlasnya kita sampai ringan atau berat kita akan terus berangkat. Kalau enta rasa berat & still buat dakwah, itu tanda ikhlas dah mula berputik dalam hati. Sebab itu dakwah ni berat. Nak bezakan siapa yang ikhlas. "Waaa~ basah...." Penulis merupakan Pengerusi IKRAM Siswa Cawangan UIA Kuantan |
Ujian ikhlas tu memang sangat unik.
Dah lama terlibat dengan macam-macam tapi tak pernah lagi diuji tahap ikhlas sehingga sebegini.
Sampai satu masa
ada rasa macam apa yang dibuat tu
tak ada guna pun
Sampai rasa macam
kenapa aku perlu buat semua ni,
kenapa perlu terhegeh-hegeh semua ni.
Tersentak bila ada yang ingatkan
"Kadang-kadang usaha yang kita buat ni tak nampak perubahannya sekarang. tapi inshaAllah usaha, pengorbanan yagn kita lakukan ni akan nampak hasilnya nanti. mungkin bukan zaman kita.
lagi 1, kita buat kerana Allah kan"
Ya Allah,
rasa macam tertembak sangat.
bukan sekadar teori ikhlas yang diperoleh,
bukan sekadar teori ikhlas yang diperoleh,
rasa macam loser sangat,
benda basic macam tu pun tak setel lagi ke.
Hebatnya ujian bila tengah down.
Macam-macam negativity boleh muncul.
Moga sentiasa positif dan bersangka baik dengan pertolongan Allah =)
Dan antara yang sangat terkesan semasa muktamar dakwatuna 1.0 tempoh hari,
bila sekali lagi diketuk dengan erti keikhlasan.
"Ikhlas tu bila kita ada dua pilihan didepan, dan kita akan pilih mana yang kita rasa Allah suka bila kita lakukannya"
Seriyesly,
secara praktikal nya bila kita alami sendiri,
memang lebih tertusuk dengan maksud yang diberikan tersebut.
Juga personally,
ikhlas adalah bila apa yang kita tuturkan di mulut sama dengan apa yang 'dituturkan' oleh hati.
bukanlah,
emot tapi sedang
------------------
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
------------------
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(Surah ah Hijr 15: 39-40)
0 advice(s):
Post a Comment
thanks =)