Monday, October 12, 2015

Bina Masalah

Ujian masa, kesihatan, hati?

Bila masa sangat limited dengan tugasan yang banyak,
baru kita nak menyesal dengan masa-masa yang kita buang.
dosa-dosa kecil yang berterusan.
tidur yang berlebihan,
makan yang berlebihan,
hiburan yang berlebihan.
distraction daripada pelbagai sudut.
masa banyak masa apa kita buat?


Bila kita sakit,
baru nak menyesal
pemakanan yang tak sihat,
riadah yang kurang,
tidur yang tak tersusun.
masa sihat apa kita buat?

bila dah hati bermasalah,
baru nak menyesal dengan pergaulan yang tak terjaga,
mutabaah yang tak terlaksana,
baru sikit ujian yang Allah bagi supaya kita sedar,
seksa mana pun, tak seseksa hukuman di Sana nanti.
urusan atau alasan?

Semua masalah tu,
kalau kita jaga hubungan dengan Allah,
inshaAllah Dia akan jaga kita.


"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri"
(Yunus 10:44)



Ujian yang kita reka sendiri.
dek kealpaan diri sendiri.
moga Allah ampunkan dosa-dosa.

#MogaAllahJaga  



Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)