Ceramah perdana perkongsian daripada Ustaz Syazwan dan Ustaz Dr Zul Azlin, pensyarah kanan perubatan psikiatri USIM, 30 April 2017 di Taman Melati.
---
memang masyarakat kita selalu kaitkan antara dua benda tu, dan memilih untuk tidak berjumpa doktor sebab rasa sekadar ada 'gangguan' then boleh sembuh lepas gangguan dibuang.
tetapi, dalam kesihatan diri, ada 4 elemen penting yang menjadi faktor penyakit dan juga faktor penyembuh;
1) Fizikal - perubahan dalam badan
2) Psikologi - cara berfikir
3) Sosial - persekitaran
4) Spiritual - Semangat dan hubungan
4 elemen penting ni perlu dilihat, dan bukan dari satu aspek sahaja. masyarakat kita mungkin akan jumpa pengamal perubatan tradisional samada ustaz atau bomoh dan kena diagnose saka, jin, sihir, santau dan lain-lain. kehadiran perkara-perkara ghaib memang tak dapat dinafikan, dan rasulullah adalah seorang yang paling mahir dalam perkara ghaib since wahyu juga adalah perkara yang tidak nampak secara lahiriah. tetapi rasulullah tetap merujuk kepada yang pakar jika apa-apa berlaku kepada individu yang datang berjumpa rasulullah.
Secara clinical, kehadiran penyakit mental memang ada dekat pesakit. kehadiran yang lain-lain, mungkin ada dan mungkin tak ada. jadi tak salah untuk mengamalkan kaedah rawatan secara holistik.
cuma pemilihan perawat perlulah juga diperhalusi. pilihlah yang dithiqahi. jauhi bomoh. ruqiyyah syariyyah juga ada dalil, jadi tak salah untuk mendapatkan bantuan pengamal perubatan ruqiyyah untuk membacakan. bacaan juga harus jelas. yang penting, amalan diri sendiri seperti manzil dan mathurat sangat lah penting. tak kira sakit ke tak, amalan kena jaga.
Rawatan Islam? Mendapatkan rawatan di hospital juga meripakan sebahagian daripada rawatan islam sebab mengikut panduan yang islam gariskan
0 advice(s):
Post a Comment
thanks =)