Thursday, July 6, 2017

Legit 'diagnoser' & diagnosis

Kemunculan doktor google, professor celup dan segala macam tittle atau gelaran daripada individu yang tak bertanggungjawab semakin mengharukan dan merunsingkan. Aku tak tahu sangat mengenai penyakit-penyakit lain. Tapi aku percaya, untuk penyakit-penyakit yang kronik, perlu dirujuk kepada pakar, bukan GP yang diagnose, apatah lagi mereka yang takde kaitan langsung.
Begitu jugak dengan penyakit mental. Hanya 2 profession yang boleh diagnose
1. pakar psikiatri
2. Pakar psikologi klinikal
Pelatih dalam kedua bidang tu pun mendapat supervision pakar dalam bidang tersebut.
Jadi, elakkan lah budaya diagnose diri sendiri ni ye? 
1. Obsessive Compulsive Disorder : buat benda berkali-kali, lupa tu tak semestinya OCD.
2. Obsessive Compulsive Personality Disorder : perfectionist tu tak semestinya OCPD
3. Major depressive disorder : sedih sebab putus cinta, stress ditempat kerja tak semestinya MDD
4. Generalised Anxiety Disorder : selalu risau, asyik berfikir tak semestinya GAD
5. Panic Disorder : takut mati, sakit jantung/dada, heartburn tak semestinya PD
6. Agoraphobia (/other specific phobia) : sesak nafas, takut, menggigil tak semestinya Agoraphobia
7. Social Anxiety Disorder : takut diperhatikan, takut kena judge tak semestinya SAD
8. Sleep Disorder : Tak boleh tidur tak semestinya sleep disorder
9. Eating Disorder : Kurus kering, muntah2 tak semestinya eating disorder
10. Bipolar Disorder : Mood swing tak semestinya bipolar disorder
11. Borderline Personality Disorder : Nak bunuh diri or self harm tak semestinya BPD
12. Premenstrual Dysphoric Disorder : PMS tak semestinya PMDD
13. Attention Deficit Hyperactive Disorder: tak boleh fokus, hyper tak semestinya ADD/ADHD
14. Autism Spectrum Disorder : Learning problem/ hyper tak semestinya ASD
15. Schizophrenia : berhati-hati, dengar2, nampak2, bau2 tak semestinya skizo.
16. Post-partum Depression: Meroyan, bencikan anak dan blues tak semestinya PPD
17. Post-traumatic stress disorder: Trauma tak semestinya PTSD
Dan lain-lain lagi.
Kenapa aku tulis tak semestinya? Sebab ada kemungkinan ye jugak. 
Sebab tu penting untuk mendapatkan diagnose yang sepatutnya dan daripada individu yang sepatutnya. Antara sebab pentingnya mendapatkan diagnose yang tepat;
1. Intervention dan rawatan yang diterima bersesuaian.
2. Tidak memandang rendah orang yang betul-betul sedang struggle dengan penyakit tersebut contohnya "aku pun OCD tp mampu je yakin ambil wuduk tak berulang2. Yakinlah!" Err
3. Berada dibawah pantauan untuk perkembangan kesihatan. Contohnya perubahan dari segi symptom.
4. Tidak ditipu dengan scammer pseudoscience/ pseudopsychology
5. Penyakit tak makin melarat ke sesuatu yang lebih severe.
Kalau tengok nama2 dalam list di atas, ada perkataan disorder. Maksudnya kecelaruan. Teringat 'the only psychotherapy class', masa belajar pasal DISORDER ni. Melibatkan ketidakmampuan dari fungsi sosial, aktiviti harian dan perhubungan. (Ok belajar je masa kelas abnormal dan clinical) 
Jadi, harapannya semua dapatkan diagnosa daripada mereka yang sepatutnya, dan elakkan self-diagnose. Sebolehnya, elakkan jugak self-help yang memudaratkan. Demi kesejahteraan mental jangka masa panjang. Nak pergi terapi atau rawatan, sila dapatkan daripada individu sepatutnya juga. Supaya tak ditipu dengan kesan placebo dan makin mensakitkan. Laju-laju dapatkan rawatan mereka-mereka yang sepatutnya, jangan tunggu sehingga dah teruk, dan jangan tunggu jumpa bomoh dulu. Jangan jumpa bomoh.
Kalau ada lagi disorder yang perlu diberi perhatian, boleh di tambah. Dan kalau ada kesalahan info, minta dibetulkan. 
Gambar kredit : @Relate Malaysia


Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)