Thursday, April 9, 2020

Orang murung ni kufur ke

Orang murung ni kufur? Pulakk.
Baru je tulis dalam post sebelum ni pasal stigma sebegini la yang boleh membuatkan orang Islam menjauh dari orang-orang yang so called beragama malah boleh memalukan islam. Ni lagi la terus cop orang kufur. Allahu.
Adakah kita hukum orang kufur ni kita yakin yang kita akan masuk syurga?
Takkan nak kena depression dulu baru nak stop menghukum orang sebegini.
Usah dimintak. Seksa sangat depression ni. Yang penah alami je faham macam mana peritnya.
Lagi teruk bila ada stigma sebegini. Kita makin susah nak dapatkan bantuan atau jumpa pakar. Takkan nak jilat ludah sendiri balik kan?
Again, depression ni penyakit. Tak ada orang mintak untuk kena sakit ni. Mana ada orang sakit cancer dapat cancer sebab kufur, macam tu jugak depression. Malah mengikut statistik, sakit kemurungan ni akan jadi sakit kedua tertinggi pada masa akan datang. Betapa crucialnya penyakit ni, dan menunjukkan sesiapa sahaja boleh alaminya. Tak kiralah ustaz ke, doktor ke, psikologis ke, kaunselor ke, penceramah ke, motivator ke, cikgu ke.
Bukankah jika ada informasi dan maklumat yang bersepah mengenai sesuatu tu tapi kita taknak ambil tahu tu dikira kufur nikmat? Hidup ini bukan pertandingan siapa yang lebih alim dan siapa yang akan masuk syurga atau neraka. Tu kerja Allah.
Semoga beroleh hidayah dan diberi kelembutan hati untuk terima ilmu yang bukan dalam bidang kita.
Usah terus mengecam pesakit mental, tapi bagi la sokongan.
Islam tu agama yang rahmah.
Berhati-hati dalam memberi pandangan.
Ittaqullah.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)