Thursday, April 2, 2020

Ubat penyakit mental



Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 yang disambut setiap tahun pada 10 Oktober 2019, aku nak share pengalaman aku bersama ubat-ubat untuk sakit mental.
Makan ubat sakit mental memang banyak cabaran dan stigma. Ada yang suruh aku stop makan ubat. Ada yang siap suruh aku ‘detox’ badan guna air kelapa sebab ada ‘drug’ dalam badan. Depa ni mungkin main direct translate dari drug ke dadah sebab tu takut kemain. Yang lawak jugak, ada yang suruh aku stop makan ubat, dan dia suruh makan ‘makanan sunnah’ yang dia jual. Cliche sangat perangai.
Tu baru stigma. Cabarannya lagi, side efek. MashaAllah. Hanya Allah je tahu berapa teruknya side efek ubat. Ada yang mengantuk tak hengat. Bila asyik tidur, dikata pemalas dan terlalu layankan perasaan. Tak masuk dengan berat badan naik mendadak sampai cecah 60kg.
Plus, sejak akhir tahun 2017, aku tak penah missed makan ubat. Tapi one day tu, masa aku relapse, doktor kata aku tak makan ubat. Ayat dia sampai sekarang aku masih ingat. “Dari ujian darah yang dibuat, your blood tak sampai treaputic level. Your darah takkan menipu, so you la yang tipu”. Pehhh pedih beb. Dah la kita struggle hadap orang2 yang suruh berenti makan ubat, lepas tu kita pulak dikata tak makan ubat.
Bagi aku yang paling disaster adalah ubat quetiapine dan zolpidem. Seroquel ni tahap boleh tidur seminggu straight. Antara ubat paling lama aku makan, setahun lebih kot. Dos 400mg tak mengantuk sangat. Dos 200mg lagi mengantuk. Zolpidem jangan kata la. Terus bawak ke bulan dan tak sedar. Banyak benda yang dibuat diluar kawalan. Memalukan! Sekarang nampak zolpidem rasa scary sangat.
Ni senarai ubat psikiatri yang penah aku telan.
1) xanax
2) luvox
3) escitalopram
4) lamotrigine
5) aripiprazole
6) diazepam
7) soroquel XR (quetiapine)
8 )epilim chrono
9) clonazepam
10) Benzhexol
11) Risperidone
12) Lorazepam
17) Lithium
19) Seroquel IR
20) Zolpidem
25) Olanzapine
26) Sertraline
Untuk rakan-rakan sekasut, its okay to take meds untuk sakit mental. Ianya tak membuatkan kita less manusia. Ada yang kata kena makan ubat seumur hidup. Tapi aku yakin, one fine day inshaAllah aku boleh stop consume ubat. Buat masa sekarang, inshaAllah aku akan terus compliance dengan ubat. Tak kira la apa orang nak kata, aku nak sihat jadi aku tau apa yang terbaik untuk diri aku. Kalau benda tu bagi mudarat pada aku, takkan la aku nak buat pulak kan? Aku dah serik tak makan ubat. Moga Allah lindungi dari perkara yang tidak sepatutnya.
Ni la gambar farmasi dalam bilik aku.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)