Wednesday, April 1, 2020

Jannah My Motivation



Kalau dulu, aku akan berpegang pada motivasi aku ni.
Kalau penat, kalau malas, aku fikirkan syurga. Masa tu konon-konon tak boleh kata diri malas atau penat. Rasa tak layak nak sebut 2 perkataan tu sebab rasa aku bukan buat apa pun. Aku masih kuat berpegang pada syurga sebagai motivasi. Konon-konon kalau kita sebut “aku penat” or “aku malas”, tu kita kita ada mindset sebegitu, so kita akan jadi begitu. Sebab tu sekarang aku sensitif betul bila orang sebut pasal mindset la, law of attraction tu.
Dulu aku kuat berpegang pada kata-kata “kita adalah apa yang kita fikirkan.” Blog aku pun tajuk sebegitu. Tapi aku takkan ubah di blog tu sebab aku nak aku sedar dengan kesilapan untuk terlalu percayakan mindset. Buku law of attraction tu pun aku dah baca sebelum ni. Sekarang baru aku realise benda tu tak sihat zahirly batinly. Dan aku jua realise kalau kita fikir tentang pisang, kepala kita takkan berubah jadi pisang. Begitu juga kalau kita sekadar mindset untuk sembuh dari penyakit, kita takkan sembuh. Kita juga tak boleh nak halang diri kita dari kemurungan dan anxiety sekadar dengan mindset. Tidak! Nak sembuh perlu ada mindset untuk sembuh? Selama 30 tahun ni tak penah lagi dengar ada orang yang taknak sembuh. Aku penah dapat ayat “Areefah tak sakit pun. Tu sekadar mindset”. Aneh kan orang macam ni? Mandai je. Lagi aneh dia mengaku dia student clinical psychology di UIA. Memalukan department kesayangan aku je! Ya, beliau layak dikecam. Mesti lecturer2 sedih dengan wujudnya golongan sebegini.
Satu hari, segalanya berubah 180 degree celcius. Sampai 1 tahap, aku cuba sedaya upaya untuk berpegang pada motivasi tu tapi tetap tak boleh. Aku umpama kena ikat dekat katil. Tak boleh bergerak. Aku juga tak boleh halang kepala hotak aku dari overthink. Aku dah start tak prgi keje dan usrah. Takut berjumpa manusia. Masa tu memang rasa kelam terus. Secara cliche nya kalau kita resah, dan kita baca Quran, mathurat, solat taubat apa semua, boleh hilang rasa tu. Tapi semua tu tak membantu semasa depression teruk. Ajaib kan? Tapi syukur, pengajaran buat diri, aku belajar yang barah takkan sembuh dengan sekadar baca Quran dan mendekatkan diri dengan Allah.
Aku mencari motivasi di tempat lain pula. Search ceramah-ceramah agama pasal kemurungan. Malangnya semua seakan menjatuhkan orang yang mengidap depression. Contohnya “orang beriman takkan murung”. Time tu mula la blame diri sendiri “aku ni tak beriman ke?” Penat blame diri macam-macam. Masa tu memang keseorangan. Takde orang faham dan diri sendiri pun tak faham apa yang berlaku pada diri sendiri.
Alhamdulillah, dalam aku search-search untuk rule out apa yang terjadi pada aku, aku terjumpa satu website ni. Subhanallah, really describe what I feel. Ni la website pertama yang tidak judgemental mengenai pesakit kemurungan. Aku start rasa lega. Sebab tu pentingnya hapuskan stigma kesihatan mental. Stigma kata pesakit tak kuat iman tu hanya akan menyebabkan pesakit blame diri. Salah satu simptom kemurungan adalah rasa bersalah yang amat dan blame diri sendiri. Dah la penat blame diri sendiri, orang lain blame diri kita pulak. Langsung tak membantu. Not at all. Serius rasa tenang bila baca. Perasaan “I am not alone” tu sangat real. Ni link website tu https://www.virtualmosque.com/…/living-with-depression-and…/
Spiritual tu penting. Tapi harus kena pada tempatnya. Dan paling penting kena ada usaha. Aku paling tak setuju kalau ada yang kata perlu dekatkan diri dengan Allah, dan tak perlu mendapatkan rawatan. Rawatan tu salah satu usaha yang Allah beri pada kita melalui mereka yang pakar. Bukan sekadar berserah tanpa usaha. Jangan bagi tips kalau nak sembuh dari depression kena solat 5 kali sehari. Solat tu takyah tunggu sakit, memang wajib kena buat. Takkan kau ingat Tuhan time sakit je?
Aku just nak kita sedar yang its okay not to be okay. Kita perlu recognize jugak ‘negative’ feeling dalam diri. Elakkan terlalu memandang benda positive tanpa sedar yang kita juga manusia. Alhamdulillah sekarang degree psikologi aku make sense bila sedar semua ni, dan psikologi bukanlah program2 motivasi yang umpama langsung tak beri peluang kepada ion negatif untuk masuk dalam otak.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)