Wednesday, July 8, 2020

Antara tips untuk sihat dari penyakit mental




Sejak aku reveal pasal penyakit mental yang aku alami, ramai PM minta pendapat dan share pengalaman.

Maaf kalau yang tak terbalas tu. Akan cuba balas sikit demi sikit.

Antara soalan yang hampir setiap orang tanya adalah apa tips-tips untuk sihat dari penyakit mental tak kisahlah kemurungan, anxiety, bipolar, skizofrenia dan lain-lain.

Aku sekarang ni pun tak fully recovered lagi tapi alhamdulillah dah semakin stable. Jadi aku banyak share ikut pengalaman sendiri je.

Dan antara jawapan yang selalu aku bagi adalah kita kena berada dalam suasana yang positif.

Aku yakin, ramai sekali baca akan faham berada dalam kalangan orang yang sentiasa positive dan selalu nak motivate kita untuk jadi positif. Kan?

Tapi aku tak berhenti pada ayat tu. Aku akan elaborate apa maksud positif yang aku maksudkan.

Yang aku maksudkan positif adalah suasana yang memahami, dan tidak judgemental. Bukan suasana pemikiran positif sehingga membuahkan hasil negatif.

Sebagai contoh, positive thinking yang menghasilkan sesuatu yang negatif adalah mereka yang kerap kali menghukum.

“Tak payah pun makan ubat tu, kau kena sentiasa positif nanti sembuh la”

“Jangan terlampau melayan sangat perasaan tu”

“Kalau kau bersyukur confirm takde rasa nak bunuh diri tu”

“Ingatlah orang lain yang lagi mencabar kehidupan mereka”

Dan nasihat yang seumpama. Aku yakin ramai pesakit mental akan mendapat nasihat ‘positif’ sebegitu.

Nampak macam positif kan? Ala takkan nak suruh bersyukur pun tak boleh kan? Tapi ya, itu yang dipanggil toxic positivity. Bilamana positif thinking yang terlampau nak push perasaan positif sampai menafikan perkara negatif yang mana kita sebagai manusia normal untuk ada perasaan negatif.

Sorry to say, but for me mereka adalah toksik dan sangat perlu dijauhi.

Dulu pun masa mula-mula sakit, aku search video-video motivasi konon nak bagi aku ada semangat. Tapi malangnya video2 yang aku jumpa tu masing-masing menghukum pesakit mental tak beriman la, jauh dari tuhan la, tak bersyukur la.

Oleh sebab itu, aku makin menhukum diri aku dengan kata-kata sedemikian. Dan keadaan aku makin teruk sebab rasa diri tak berguna, rasa menyusahkan dan tak ada guna hidup lagi.

Tapi alhamdulillah as time goes by, dengan bantuan info2 dan kenalan dalam bidang psikologi ni, aku realise yang menghukum diri sendiri hanya akan menerukkan keadaan.

Aku slowly jauhkan diri aku daripada toksik dan alhamdulillah aku semakin stable. Tapi syukur sebab orang sekeliling aku semua sangat membantu. Mereka tak judgemental. Cuma ada seketul dua yang sebegitu. Tu pun so called perawat alternatif dan ‘motivator’.

Tapi tak semua berpeluang menjauhkan diri dari insan-insan toksik ni disebabkan kekangan tinggal sebumbung atau kerja secarpet. Tapi jika ada ruang, cuba cari jalan untuk tidak perlu bertentang mata dengan mereka.

Jadi, untuk menjaga kesihatan mental kita, elakkan la terjebak dengan mereka yang toksik ini. Mungkin sukar sebab kita rasa nak jaga perasaan orang, tapi ketahuilah bahawa kesihatan mental kita sangat penting untuk dijaga.

Bukan selfish, tetapi berhati-hati.

Bacaan lebih lanjut:
https://www.muftiwp.gov.my/…/4431-al-kafi-1698-hukum-menjau…


Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)