Tuesday, July 14, 2020

Betul ke sakit mental takkan sembuh, kena makan ubat sampai mati?



Aku penah pegi kursus kesihatan mental.
Ada satu kata sakit mental takkan sembuh.
Ada satu lagi kata boleh sembuh.
So mana satu?

Pada aku, boleh sembuh ke tak boleh ke,
Yang penting aku yakin yang penyakit ni boleh DIRAWAT.

Dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan rawatan dengan terbaik,
Merangkumi aspek-aspek bio-psiko-sosial-spiritual.

Aku ingatkan dah 2020 takde lagi orang ada stigma pasal rawatan kesihatan mental ni.
Rupanya masih ada geng ‘alami’ yang duk hasut orang jangan makan ubat la apa la.
Ye, mereka tu wujud. Bila ditanya bagaimana fisiologi fungsi otak manusia pun tak tahu.
Tapi taktahu la macam mana mereka boleh yakin sampai boleh menghasut orang.

Kalau sebut sakit mental boleh dirawat, tak semestinya bererti kena makan ubat.
Tapi kalau kena makan ubat pun apa salahnya?

Just makan ikut dosage dan waktu yang ditentukan.
Dan pastikan jugak teruskan rawatan susulan untuk pantauan dan perkembangan.

Alhamdulillah sekarang aku dah symptom-free lebih 6 bulan.
Doktor pun dah kurangkan ubat.
Patutnya makan lithium siang dan malam, sekarang makan malam je.
Lepastu olanzapine pun dah kena makan sebiji je.

Alhamdulillah.
Bila mintak nak stop makan ubat, doktor kata kena kurangkan sikit-sikit. Tak boleh terus stop.
So takpe je. Makan jela kan?
Kalau ada rezeki untuk stop, inshaAllah satu hari nanti.
Kita boleh usaha mana kita mampu jela.

So sebab apa aku ‘sembuh’?
Sebab ECT?
Sebab dah kawen?

Sebab dah boleh keluar dari trigger?
Sebab doa mama?
Sebab jawapan tahajjud?
Sebab ubat yang sesuai?
Sebab support yang sangat power?


Wallahua’lam.
It is not as simply as one single factor.
Banyak faktor yang menyumbang.
Aku pun taktau mana satu faktor utama.
Bagi aku semua sekali tu penting.
Beserta faktor-faktor lain.

Sebab tu kita jangan mudah-mudah judge orang berdasarkan apa kita nampak je.
Contohnya “Ek eleh, clash dengan pakwe pun nak stress. Aku relax je cari pakwe baru”.

Bukan semudah itu gais.
Ada banyak lagi faktor yang mungkin kita taktahu.
Mungkin dia ada masalah lain seperti kewangan, famili, kawan-kawan, kena buli, trauma lampau dan lain-lain lagi.
Clash tu faktor pencetus yang mengakibatkan depression je.
Lain-lain tu ada lagi.

Dan kena tengok benda-benda lain jugak.
Macam dia dah couple 4 tahun, yang kita baru couple 4 bulan so tak rasa sangat kalau clash.
Tak pun, dia dah jumpa family nak dekat sangat dah nak nikah. Preparation pun dah buat, tiba2 clash.
Anggaplah ada benda yang kita taktahu.
Siapa kita nak judge?
Sebab tu please elakkan diri sendiri compare masalah dengan masalah orang lain, sebab ni membuatkan kita judge orang tu dan meremehkan masalah yang dia alami.

Kita ni banyak benda kita tak tahu.
Just nak ajak kita sama-sama tak menyalahkan sesuatu atas apa yang kita nampak je.
Sebagai contoh isu yang tengah hot sekarang.
Kita kata orang dulu-dulu sihat sampai tua sebab jaga pantang.
So kita claim kalau tak pantang tu yang cepat sakit.
Sedangkan kita tak tengok faktor-faktor lain macam kerja-kerja yang dibuat, exercise, makan ulam-ulam segar dan lain-lain tu.
So kita mudah-mudah come up to conclusion mereka masih kekal sihat sebab pantang lepas bersalin.

A tak semestinya cause B.
Dan B tak semestinya sebab A.

Sama jugak,
Mendekatkan diri dengan Tuhan boleh membantu rawatan sakit mental.
Tapi mengidap sakit mental tak semestinya sebab tak dekatkan diri dengan Tuhan.
Usah bermudahan capai kesimpulan macam tu.

Kita jugak tak boleh claim “aku tak minum ais dah sebab kalau minum ais nanti perut buncit”
Betul ke sebab minum ais? Ke sebab tak bersenam? Ke sebab makan tak hengat?
Banyak faktor kita kena consider.
Jangan claim sesuatu yang tak significant.

Dalam isu kesembuhan ni, elakkan la kita overclaim.
“Aku dulu pun kemurungan jugak 20 tahun. Lepas aku amalkan vitamin C, terus aku sembuh”
Ada 2 isu kat sini.
Satunya bila ditanya siapa yang diagnose, katanya diagnose sendiri. Lepas tu sendiri syok sendiri kata dah sembuh.
Entah-entah sekadar stress. Patutlah mengaku dah sembuh.
Satu lagi, kalau betul memang disahkan kemurungan pun, betul ke sebab vitamin C sahaja?
Atau sebab lain-lain jugak?

So gais,
Aku takde jawapan sama ada penyakit mental boleh sembuh atau tak.
Tapi aku yakin, kita perlu usaha untuk mendapatkan rawatan secara ihsan(terbaik) dan itqan(bersungguh).
Rujuk pakar, usah terpengaruh dengan mereka yang sekadar cakap-cakap tanpa asas.
Kalau jadi apa-apa pada kita, bukan mereka yang akan bertanggungjawab.

Related Post



1 comment:

  1. Teruskan menulis kak ��������

    ReplyDelete

thanks =)