Friday, July 3, 2020

Risiko berita palsu terhadap pesakit mental





“kalau berita ni palsu takpe, asal dapat beri pengajaran”

Hahhh. Ingat semudah tu ke? 

Umpana dah sebarkan fitnah lepas tu lepas tangan. Tak boleh macam tu gais.

Nak tau apa implikasi kalau kita suka sebar benda palsu ni?


Aku amek satu contoh je dari sudut kesihatan mental. Mungkin orang susah nak brain, but let me share something.

Pernah dengar satu sakit mental yang namanya PANIC DISORDER? Ni salah satu penyakit bawah kategori anxiety.

Pesakit akan sentiasa rasa gementar, berdebar-debar, takut hilang arah dan lain-lain perasaan yang mencemaskan.

Dan lebih perit, bila setiap saat rasa dah nak mati.

Ya, sentiasa sayu, rasa betul-betul dah dekat nak mati.

Tengok muka anak-anak rasa sayu je, sampai terfikir kalau aku mati nanti sapa nak jaga anak-anak aku, mak bapak aku, suami aku.

Kalau duk sorang-sorang rasa macam mana kalau aku mati orang akan tahu ke mayat aku ada kat sini.

-

So apa kaitannya dengan sebarkan berita palsu?

Bila kita anxious, apa kita buat? Normal je kalau dalam era teknologi Cyberjaya Putrajaya ni kita guna hujung jari untuk search tanda-tanda yang kita alami kan?

Macam tu jugak pesakit panic disorder. Akan search pelbagai gejala yang dialami.

Tapi yang parahnya, hasil carian tu lebih meningkatkan panik.

Sebagai contoh bila kita search “maksud mimpi patah gigi”, maka keluarlah jawapan "petanda nak mati."

Contoh lain, kalau search “sebab mata kiri kelip-kelip”, maka keluarlah jawapan "petanda nak mati"

Nah lagi contoh, kalau search “berdenyut-denyut di pusat” muncullah jawapan "petanda 40 hari nak mati.

Allahu.

Mudanya kita membuat andaian.

Mati tu Allah je tahu bila.

Pesakit panic disorder ni sampai takut kalau ada berita-berita kematian. Terutama kematian mengejut. Mula la trigger rasa adakah aku akan mati mengejut jugak?

Bukan tu je, dengar perkataan MATI pun boleh trigger. So mereka akan menggunakan initial M sebagai untuk menggantikan perkataan Mati.

Seksa kan?

Sebagai pesakit, apa perlu dibuat? Nak mengadu dekat family, dikata kita buat-buat. Ingat mudah ke nak cakap “aku rasa betul-betul dah nak mati” dekat orang lain. Tapi kekecewaan yang diperoleh bila orang yang tak faham akan terus balas dengan tazkirah “Ingat Allah la kalau dah nak mati”. Free je dapat balasan “mengada-ngada betul”

—-

Bagaimana untuk kita membantu pesakit panic disorder?

1. Elakkan sebarkan berita palsu dan khurafat.
2. Kerap bertanya khabar.
3. Dengar luahan mereka tanpa nasihat seperti “jangan la takut mati, semua orang pasti mati. Takkan la tu pun nak down”
4. Ajak mereka bertemu pakar.

Kenapa pesakit rasa begitu? Sebab mereka sakit. Sakit mental. Bukan sebab jauh dari Tuhan. Bukan sebab banyak buat dosa.

Buat pesakit, elakkan google kalau ada tanda-tanda. Rujuk mereka mereka yang sepatutnya. Limitkan sosial media terutama waktu covid-19 yang sangat triggered.

Yang ada gejala, its okay, itu bukan tanda kelemahan. Kalau perlu, segera dapatkan rawatan. Panic Disorder ni boleh diubati, inshaAllah.

Kredit gambar: KKM

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)