Tuesday, December 8, 2020

Kenangan sebagai pesakit mental



Aku ternampak ada pesakit mental tulis
“Aku dah taktau macam mana rasanya menjadi normal. Sebab dah lama berperang dengan sakit ni sampai la sekarang”

Lebih kurang cenggitu la.

Allahu, sedih.

Sebab teringat apa yang pernah aku alami sebelum ni. Lebih kurang 5 tahun berperang dengan diri sendiri. Takde waktu pun yang okay. Cuma mampu berpura-pura okay. Sentiasa rindukan diri yang lama.

Tapi syukur sangat sekarang.

Memang dah ‘terlupa’ macam mana perasaan masa sakit tu. Setiap waktu rasa nak tamatkan hidup, setiap waktu dibisikkan dengan perkara negatif, setiap waktu menyalahkan diri sendiri, setiap waktu ada rasa untuk self-harm.

Last aku rasa lain macam adalah pada minggu terakhir Januari 2020. Masa tu pegi ke unit kecemasan hospital. Sakit dada, tak boleh bernafas dan aku tak ingat sangat dah apa yang dialami masa tu. Cek ECG sampai 3 kali, result semua okay. Doktor ambil darah untuk cek sakit2 lain, tetap negatif. Masuk wad pantauan dan doktor bagi ubat tahan sakit, still sakit. Doktor jugak bagi ubat pencair darah, tetap rasa sama. Lepas tu doktor discaj je dia kata mungkin panic attack je tu. Semalaman je duduk wad pantauan tu. Sakit mental ni bukan melibatkan emosi je ye kawan-kawan. Tapi jugak melibatkan fizikal.

Dan sekarang dah almost setahun aku CLEAN dari self-harm. Perasaan tu memang tak muncul langsung. Allahu taktau nak describe perasaan macam mana. Yela masa sakit dulu, aku rasa langsung takde perasaan untuk sembuh. Sentiasa rasa kelam, suram gelap gelita.

Last masuk wad psikiatri November 2019. Masa tu mungkin doktor dah ‘give up’ dengan aku sebab dah macam2 dibuat tetap tak okay jugak. So doktor buat ECT. Taktau sebab ECT atau sebab penyakit atau memang aku pelupa. So aku memang banyak kes tak ingat.

Mungkin selalu letih sebab masih makan ubat, tapi taktau la kalau sebab memang aku pemalas pun. Tapi KETENANGAN (sakeenah) tu yang aku impikan selama ni. Aku akui, memang sejak sakit aku banyak futur dan mutabaah amal pun kelaut, tapi inshaAllah aku akan try improve balik.

Sekarang memang tengah looking forward untuk wasail tarbiah. Selalu rasa eksaited nak buat itu ini, tapi aku boleh 89% yakin tu bukan sebab aku manic, tapi tu memang diri aku yang dulu. Kalau manic biasanya akan banyak spend, tapi kali ini takde. Makna kata, aku bukan sahaja dah tak rasa emosi yang dibawah, tapi jugak tak rasa emosi yang extreme. Yang sedang-sedang sahaja gittew.

Seperti punca penyakit mental yang mengandungi banyak penyebab, aku percaya aku ‘sembuh’ ni pun disebabkan banyak elemen. Aku taktau nak pinpoint mana-mana yang paling utama sebab bagi aku, semua tu membantu.

Macam mana nak sembuh, or at least rasa sakeenah tu bagi pesakit depression?

1. benda ni WAJIB. Jumpa doktor/psikologis untuk bantuan. Amalkan apa yang diajar, dan jangan malu untuk kongsikan apa kita rasa. Be bold with them. Memang kita akan ada perasaan yang orang tak faham kita, doktor tak membantu pun. But trust me mereka sangat do the best for us.

2. Usahakan untuk pergi terapi. Kalau available di hospital yang kita dapatkan rawatan susulan tu bagus la. Kalau tak dapat, dan ada duit lebih pegi la dekat klinik psikologi swasta. InshaAllah sangat berbaloi. Tapi make sure kita nak dapatkan terapi tu daripada orang yang sepatutnya. Elakkan dari pegi jumpa so called motivator yang guna approach salah. Risau makin teruk nanti.

3. Elakkan dari individu toksik. Aku alhamdulillah persekitaran okay cuma ada beberapa orang toksik yang acah bagus suruh berhenti ubat dan tak payah jumpa doktor. Nampak mereka macam baik dan nak menolong, kan? Tapi sebenarnya tak. Sekadar makin terukkan keadaan. Individu toksik jugak yang mudah sangat judge kita “tengok muka dah tau lemah”. Allahu, boleh pulak so called ‘orang agama’ hukum kita macam tu? So elakkan mereka. Buang karen je.

4. Dapatkan support dari orang sekeliling. Aku alhamdulillah family sangat membantu. Kawan-kawan pun sangat membantu. Pada aku takde lagi orang yang dekat2 aku ni jadi toksik. Yang toksik ni biasanya orang yang tak kenal kita. Usrahmate pun membantu contohnya tolong pegangkan kad bank time aku tengah manik. Dan mereka memahami yang aku malam2 tidur awal so takleh usrah malam. Jadi dibuat usrah waktu pagi lepas subuh. Alhamdulillah

5. Bagi aku pemakanan pun kena jaga. Tapi aku main bedal je semua benda. Penah cuba untuk amalkan diet suku suku separuh, tapi tumpas. Cuma alhamdulillah sebab sekarang selalu haus, so banyak minum air kosong. Minima 2L sehari. Bagi aku 2L tu agak banyak la sebab dulu2 jarang minum air masak. Aku pun setiap hari makan buah2 segar. Selain sedap, sebab dia juga sihat.

6. Bersenam ni penting. Tapi tu la. Hmmm sukar diungkapkan. Berat badan aku naik mendadak. Sebab tu aku mintak doktor kurangkan ubat, tapi dia tak bagi kurangkan dulu so dia tanya bersenam tak. Aku just kata aku brisk walk nanti inshaAllah dah ada event lari lari, aku nak participate.

7. Buat apa kita suka. Macam aku, aku suka bersosial dan berpersatuan. Alhamdulillah sekarang jadi pengarah program untuk Kempen Kesihatan Mental 2020. Aku rasa hati aku terisi dengan buat benda2 ni. Sebab minat kot kan. Tapi bagi yang sedang dalam kemurungan yang teruk, usah kacam diri kalau tak mampu bersosial. Memang tu salah symptom kemurungan jugak. Macam aku dulu deactivate blog, FB, twitter, IG dan lain2. Sampai twitter terus kena automatik delete WhatsApp pun delete so terkeluar dari semua group.

8. Buat apa kita selesa. Contohnya kalau perlukan masa bersendirian, just do it. Mungkin expert tak setuju dengan benda ni, tapi bagi aku orang kemurungan ni memang sangat perlukan waktu untuk berseorangan. Cuma jangan terlalu lama. Ambil masa, dan kembali bangkit lepas tu.

9. Lower expectation. Dont expect much la kiranya. Buat apa kita mampu je. Kalau tak mampu, bagitau diri kita yang boleh cuba next time pula. Mungkin sebab aku jenis yang letakkan high expectation dalam diri aku, so aku memang akan buat apa-apa dengan all out. Tapi sejak jumpa clinical psikologis, aku bagitau macam mana nak teruskan hidup dalam keadaan aku tak mampu kerja, tak mampu buat kerja rumah, even sangat susah nak lepaskan diri dari katil. So dia suruh buat sikit2 dan reward diri bila mampu buat apa yang kita tak mampu buat masa tu.

10. Jangan compare diri kita dengan orang lain. Benda ni bagi aku, kita akan rasa rendah diri sebab macam-macam tak mampu buat. Kita juga akan sering salahkan diri sendiri sebab orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Memang tak mudah untuk stop menyalahkan diri sendiri, ditambah lagi dengan orang sekeliling yang juga duk compare mereka dengan orang lain tapi inshaAllah tu sedikit sebanyak boleh buat kita pleasure bila stop kecam diri sendiri. Macam dulu aku berharap untuk GOT, tapi bukan sahaja tak GOT malah master yang orang buat 2 tahun tu tapi aku sampai 4 tahun. Tapi alhamdulillah aku dapat terima semua tu, dan alhamdulillah dapat jugak grad.

11. Maafkan diri. Terima diri seadanya. Jangan terlalu hukum diri yang kita sakit ni sebab salah kita totally. Setiap orang ada silap. Jika memang betul kita ada buat silap, ambil pengajaran dari benda tu dan azam untuk tak ulangi lagi. Salahkan diri hanya akan lebih memburukkan keadaan. Trust me.

12. Jaga mutabaah amal. Macam aku kata, mutabaah amal aku agak kelaut tapi inshaAllah akan berusaha untuk improve. Mathurat, quran, solat sunat, puasa, sedekah tu jangan tinggal. Tak mudah nak istiqamah tapi koho koho, biar lambat asal selamat. Benda ni semua memang tak dapat dinafikan mampu beri ketenangan, tapi kena take note yang penting jugak mendapatkan rawatan kalau kita kemurungan. Macam aku dulu masa teruk memang benda2 ni tak membantu untuk rasa tenang, tapi lepas dapat rawatan alhamdulillah improved. Niat jugak kita berusaha untuk sembuh sebab kita nak ibadah yang berkualiti.

Ni semua sekadar usaha kita. Memang nobody perfect, tapi kita cuba buat yang terbaik untuk sembuh dari penyakit mental. Again, memang aku tak sembuh sepenuhnya tapi alhamdulillah aku rasa symptom-free sejak awal tahun 2020. Aku berbesar hati untuk kongsikan dengan orang ramai sebab aku tau, ada orang diluar sana yang rasa keseorangan dalam menjalani hari2 bersama penyakit mental. Tapi ketahuilah ramai lagi yang bersama kita. You are not alone.

Kalau nak tahu cerita lebih banyak dari pesakit mental, jemput hadir ke program Chit Chat Kesihatan Mental 2020. Ada pesakit depression, pesakit anxiety, pesakit skizoafektif, malah special jugak kita ada pengalaman dari penjaga (caregiver) pesakit mental. Mudahan mereka boleh memberi inspirasi kepada anda semua. Kalau tak dapat hadir tapi berminat untuk memberi sokongan dari sudut kewangan, boleh PM. Mudahan dapat membantu menangkis stigma mengenai kesihatan mental, inshaAllah.

Sebagai penutup, aku berharap supaya aku tak lupa diri bila dah sembuh, dan jugak menjadikan aku lebih kuat untuk bantu insan2 sekasut. Doakan aku dapat sambung belajar terima kasih semua yang sentiasa support aku selama ni. Moga jannah buatmu.

Pengimpi kesembuhan,
Areefah



Related Post



1 comment:

  1. Mengalami benda yang sama sekarang ni.Tidak pernah dapat bantuan kerana tinggal didaerah terpencil di sabah.lagi2 kalau kongsia dengan siapa2 keadaan kita,tidak kira keluarga atau orang sekitar,akan dipulau dan di hina.penyakit taboo dikalangan orang sini.semua pun menjauhkan diri dari kita.apatah lagi kalau lelaki,di hina keluarga sendiri dan tidak dipedulikan.rasa hendak tamatkan hidup terlalu kuat.mood sentiasa tidak baik.lapar tapi tiada selera makan.selalu rasa penat,mahu keluar dari rumah pun betul2 tiada mood.jangan cakap mahu keluar rumah,keluar dari bilik pun tiada mood.fikiran melayang-layang.terasa diri "Hollow dan empty".wajah sentiasa nampak mcam marah,pertuturan mcam robot.kadang2 kasar.very impulsive buat keputusan tanpa fikir consequences.betul2 penat hodup macam ini.menjauhkan diri dari orang lain dan keluarga.seperti ada dinding sekeliling saya dan saya tidak dapat keluar untuk bersosial,bercampur gaul,berbual dengan orang lain.mostly i am on my own.i hate myself.perasaan self loathe kuat sangat.but i do not hate life in general..i just hate myself.life in itself is beautiful..i jus hate myself.family member ingat kita attention seeker.semua benda pun tidak kena..penat betul hidup macam ini..bukan penat dari segi fizikal tapi penat dari segi mental..banyak lagi hendak tulis tapi panjang ni saja pun mental sudah penat..tidak boleh berfikir seperti seorang normal.

    ReplyDelete

thanks =)