Tuesday, January 11, 2011

janji melayu sungguh laa

tentu ramai sudah tahu dan terbiasa bila masa kita akan
menggunakan term janji melayu ni kan?
sebab istilah ini semua kita yang melayu ni dah mind setting yang melayu perlu macam tu..
seharusnya tak perlu digunakan ( erkk aku yang guna ) =.="
tak apa je nak guna, asalkan menjadi pemangkin bila kita terasa cabaran daripada word ni,
bukan la untuk terus kita hanyut mengikut arus kemodenan term tersebut...

tak tegur rasa bersalah, kalau tegur lagi la rasa bersalah.
tapi aku ambil keputusan untuk turut menegur, tak ada sebab lain melainkan sebab aku sayang :')
memang kalau boleh aku tak nak marah, tak nak spoiled mood setiap orang.
dan again, aku tak marah langsung, sekadar menegur diri sendiri jugak ^_^'
aku tak tujukan kepada pihak tertentu..sekadar mahu mengajak sama-sama muhasabah diri =)

benda yang orang rasa ianya sangat simple tapi bagi aku ni, aku sangat sensitif pasal pengurusan masa ni.
memang selama ni aku pendam, dan dalam masa yang sama aku berharap agar setiap orang akan sedar.
( selama ni memang terasa nak ketuk kepala sendiri, sebab sekadar berharap tapi tak ambil keputusan untuk menegur..apa ingat sekadar berharap dan diam tu tu boleh buatkan orang sedar ke? so lame la areefah ) =.='
sejujurnya aku sangat kecewa dengan sikap yang ambil mudah tentang masa ni.
alaa, masa je pun...~


bagi aku, benda untuk buat kita termotivasi untuk menghormati waktu ni, simple je..---> disiplin diri..
tapi sekarang aku nak stress kan point tidak pentingkan diri.
maksudnya, bila kita tak pentingkan diri sendiri dan nak mengutamakan orang lain, tentu kita takkan menzalimi masa orang yang lain yang menunggu kita.
kalau kita tak pentingkan diri, masakan kita sanggup nak suruh orang memanti kita kan?
penantian itu sangat menyiksakan :D

satu lagi sikap 'melayu' ni bila kata ada program pukul 7, bererti pukul 7 tu laa masa untuk bertolak.
kan?kan?kan?
memang dah setting dan dah terbiasa macam tu, tu dah jadi tabiat yang susah nak buang.
ala bisa tegal biasa gitu...ngehhh~

kagum sungguh dengan jam ni, tapi kalau ada jam canggih tak reti hargai masa tak ada makna jugak =.='





ambil contoh yang berlaku paling terdekat dengan diri aku sendiri,


dah janji untuk bertolak pukul 7.15 dan kena berkumpul di satu tempat yang agak jauh.
jam 6.50 aku dah siap dan pukul 7lbeh sket tu dah gerak dan menanti manusia lain.
tapi malangnya majoriti datang melebihi 7.20 ada yang pukul 7.30 lebih baru 
tiba,
sedangkan kereta dah nak gerak tapi terpaksa menunda sebab kan diri kita.. effectnya mengganggu perjalanan, dan jugak kesan yang paling nampak kita dah kacau perjalanan program.
jugak mengganggu mood orang lain :D


macam tu jugak ketika ada hal di satu tempat yang memakan masa untuk pergi,
sepatutnya kita dah bajet perjalanan kita walaupun berjalan kaki untuk ke tempat tu berapa lama.
dulu memang kalau ada apa-apa aku akan tunggu kawan-kawan untuk pergi bersama,
niat aku, nak supaya mereka cepat, tu je =.="
tapi masih tak ada perubahan setelah sekian lama, so lately aku ambil keputusan untuk pergi sorang-sorang.
tapi baru-baru ni ada hal kat tempat yang agak jauh, malam pulak tu jadi aku kena la tunggu kawan-kawan untuk pergi bersama.
memang tak berani la nak pergi sorang..time tu memang aku pentingkan diri, pentingkan keselamatan diri jugak =.=

masa tu memang aku pun baru balik dari satu program, dan aku dah set kena curik masa lain untuk buat hal peribadi.
seperti yang dijanjikan, benda tu akan berlaku pukul 8malam.
sekarang maghrib pun dah agak lewat tapi bagi aku pukul 7.20 ke pukul 8 tu sangat lama.
lepas maghrib, hajat dan bertadabbur sikit, aku dah siap pukul sebelum 7.45 dan send sms kepada semua kawan-kawan untuk pergi bersama.
sementara tu sempat lagi berFB tuuuu..
malang tak berbau masing-masing memberi respon negatif ( negatif bermaksud tak boleh bersama on time )
so after 7.50 baru la aku bergerak dari bilik dan menunggu yang lain.
jam 8.20 baru semua tiba..zzz



selfish begini takpe jugak =.="

mengikut point tak mementingkan diri sendiri tadi,
maksudnya kita try sacrifice benda yang berkaitan dengan diri kita sahaja.
kalau tak sempat nak makan ke, tak sempat nak mandi ke, tak sempat iron baju.
try tunda benda tu sebab kita dah berjanji dengan orang lain.
dan paling penting, sebenarnya sempat je nak buat semua benda tu tapi bukan la dalam masa yang lama.
dah tahu kita tak cukup masa, tak perlu la nak mandi macam tak pernah mandi seharian..
mandi ala kadar jelaa ^_^'

aku suka pergi program yang sungguh padat, kat situ la dapat menguji disiplin aku.
pernah pergi satu program yang sungguh padat, dan masa tu nak solat pun macam tak sempat.
so buat yang rukun je, asalkan yang wajib tu betul dan tak berterabur.
jangan nak buat yang sunat jugak tapi laju sampai berterabur yang rukun tu...
alfatihah entah ke mana, toma'ninah pun tak ada..
ini aku cakap in case kalau kita sedang main kejar-kejar dengan waktu...


sibuk macamana pun, utamakan solat

dan bercakap pasal solat ni, memang solat pun dapat mendisiplinkan diri kita.
kalau kita always solat awal waktu, masuk waktu je terus solat, pasti laaa kita dapat disiplinkan diri kita.
satu faktor kita tak menepati masa ialah kita tak menghormati waktu solat jugak, kan?
aku jugak memang selalu ambil lewa bab ni, so harap peringatan untuk diri aku ni terkesan la ;-)
dan lagi, nak manage masa dalam keadaan yang agak pack,
always keep our wuduk.. maksudnya bila masuk je waktu solat boleh terus solat.
kalau sempat, dan nak ambil wuduk lagi, pun boleh..
aku cakap dalam situasi yang dimana kita memang sedang kejar masa yang amatt.
sebetulnya memang kita dianjurkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk pun kannn~

dan untuk perempuan, memang kita diwajibkan pakai pakaian menutup aurat,
so kalau dah rasa pakaian kita tu dah fully cover aurah, terus solat jelaa...
nak pakai telekung pun kan mengambil masa..
kalau ragu-ragu dengan keadaan pakaian kita yang menampakkan aurat so tak boleh solat guna pakaian tu ( mungkin rasa ketat atau jarang atau sendat dll ) so kenapa tak ragu-ragu untuk pakai pakaian tu di hadapan umum?

kalau fully cover aurat, anytime anywhere boleh terus solat

kesimpulan nya, jangan la ambil ringan pasal MASA ni.
memang nampak kecil tapi memang sangat memberi effect untuk jangka masa yang lama..
walau dalam benda yang nampak macam simple, macam kalau ada group discussion ke, usrah ke, latihan bola ke, meeting ke apa ke...
tentu ramai yang berpendapat,"alaaaa, dengan kawan je pun..lek luuuuu...sap kok luu.."
tapi semua ni yang menjadikan bila kita dah terbiasa macam tu, nanti lama-lama untuk hal yang penting pun kita akan terbiasa dengan perangai kurang berdisiplin tu...

click untuk besarkan


Dari Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara yang jika siapapun mempunyai empat perkara tersebut, maka dia adalah orang munafik. Siapa yang mempunyai salah satu sifat daripadanya berarti dia bersifat munafik, sampai dia meninggalkannya yaitu apabila berbicara dia berdusta, apabila membuat persetujuan dia khianati, apabila berjanji dia mengingkari dan apabila bertikai dia melampaui batas.

(HR. Bukhari, Muslim) 


sekadar pendapat. sila tegur kalau pendapat aku ni bercanggah ^_^'
maaf jika ada yang terasa, memang tak point siapa-siapa.
aku juga sangat lemah dalam bab berdisiplin jadi selalu la ingatkan aku ye :') 

Related Post



15 comments:

  1. kalu terlewat camner...x sengaje uh....>.<

    ReplyDelete
  2. atas alasan?nama pun TER,its okay la ^_^
    aku tak kisah pun nak menanti orang tapi risaukan masa depan kalian....kalau dah terbiasa nanti, rosak masa depan keh3 :P

    ReplyDelete
  3. thank selalu je gune term janji melayu..sebab orang melayu sendiri yang menyalahgunakan term tuh..

    ReplyDelete
  4. tak suka guna term 'janji melayu' sebab tu kira doa tu...

    apapun memang ramai yang suka berjanji tapi tak tepati terutama masa. bengang betul. kadang2 saja lambat2 5 minit pun tak sampai .. dah tu kita jadi cam bangau tunggu dia. huhuh

    ReplyDelete
  5. Ak selalu pegang dengan ayat bapak ak ni..
    "biar kita tunggu orang...jangan orang tunggu kita..."

    ReplyDelete
  6. @Amalina Omar

    sepatutnya kita tak patut menghukum diri sendiri :)

    ReplyDelete
  7. @zool

    tu la mereka sudah mengamalkan konsep alah bisa tegal biasa dan biar lambat asal selamat =.="

    ReplyDelete
  8. @aeroz

    aku pun pegang pada ayat " biar orang susahkan kita, jangan kita susah kan orang" ( dont be selfish ) ^_^

    ReplyDelete
  9. nasib baik aku bukan melayu...huhu\
    selamatttttttttttt

    ReplyDelete
  10. aku memang paling taksuka bila orang yang aku dah janjikan tu datang lambat.

    ingat masa aku ni apa.? sampah alam.? banyak lagi keja aku nak buat.

    ini bukan janji melayu. ini janji palsu.

    oke., sila like comment saya ini terimakasih.

    tapi kengkadang tu aku cukup tak suka organizer yang acuh tak acuh. if apa ko cakap ini berdasarkan program apa-apa yg berkaitan dengan entri nih. kadang tu facy ada 10 orang., yang datang tepat masa 5 ja. mana yang lain.? oh. ada lagi urusan di tempat lain.? begitu.?

    aku pernah berada dalam kalangan facy zaman dulu-dulu. aku paling taksuka anak buah aku lewat. nak je tampar sekor-sekor. tapi sama usia kan.. kang putus kawan sebab ni macam buat lawak la pulak..

    ReplyDelete
  11. mslh cm nihh mmg da slalu sgtt la kn yela aku pn kdg2 ad gk TER lmbat huhu .. tp 2 la msg2 kne r pk n ad ksdran sndiri huhu ..
    just a simple opinion ...

    ReplyDelete
  12. ramai yg tksedar tntg ni..

    terutama org2 melayu...tk sedar org2 melayu diperlekehkan..salah sendiri juga kan..?

    tak susah mana pun nak tepati waktu..tak payah mana pun tuk kita mendisiplinkan diri..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HAPPY 55TH BIRTHDAY !!

    ReplyDelete
  13. Teruk sangat ke bangsa melayu hingga ada istilah "janji melayu" dan "macam ni la org melayu"?? Tidak kira anda hybrid atau robot ciptaan manusia, ada DNA melayu dlm diri anda dan sekiranya anda berkata sedemikian bermaksud anda berketurunan bangsa yang teruk? Adakah anda ber'DNA' yg teruk? Atau anda sendiri yg cakap saja lebih tapi habuk pun takde dan meletakkan kesalahan pada keturunan terdahulu anda yang membawa nama bangsa kononnya hybrid anda itu? Bodohkah melayu hingga dikata sebegitu? Adakah itu juga bermaksud anda membawa DNA bodoh juga? Tidakkah ianya memperlihatkan meter kebodohan diri sendiri? Lihat bangsa lain, adakah mereka menggelarkan sesuatu yg buruk ke atas bangsa mereka sendiri? Hell NO! Malah di Malaysia ini, lebih banyak kes penipuan dalam Janji CINA dan Janji India berbanding janji melayu. Anda bijak dan sekolah tinggi hingga pandai buat kira-kira? nilaikan sendiri harga nama bangsa anda sendiri.

    ReplyDelete

thanks =)