Thursday, October 3, 2019

Serangan Panik semasa Majlis Akad Nikah



Serangan panik ke?
Aku pun taktau apa kisah mereka ni. Tapi masa mereka nikah haritu ramai yang share berita mengenainya, so aku assume mereka ni artis popular la kot. Ke ramai tak kenal?

Lebih tular mengenai mereka ni lepas video sarung cincin tersebar. Keadaan Ardell yang menggigil dan sukar bernafas. Ramai cakap dia mengada-ngada and berlakon. Kena kecam habis. Siap ada yang buat parodi katanya. Hello?

Lepas tu keluar pula PC yang bagitau apa yang berlaku masa majlis sarung cincin tu. Ardell ada kongsikan yang dia ada kemurungan dan anxiety. Dan dia jugak menyeru supaya bagi yang tak faham mengenai kemurungan dan anxiety boleh merujuk pada psikiatri. Aku rasa tu saranan yang sangat bernas.

Ya, salah satu challenge bagi pengidap sakit mental adalah stigma masyarakat. Masyarakat kita ni terlalu prihatin sampai semua benda nak kecam tanpa cuba memahami. Dah la nak stuggle dengan sakit, kena lagi kecaman orang sekeliling yang tak faham. Double sengsara.

Bila tengok keadaan Ardell dalam video yang tular tu, aku teringat aku pernah berada ditempat yang sama. Serangan panik tu sangat real! Bukan kita jenis tak reti bercakap depan ramai orang. Bukan jugak kita jenis asocial yang tak bergaul dengan masyarakat.

Tapi masa serangan panik tu tiba, sekecil-kecil perkara macam nak bernafas pun kita lupa. Ya! Memang sengsara dengan badan menggigil, tak boleh bernafas, berpeluh, sakit dada dan macam hilang arah. Orang yang tak faham pasti akan kata mengada-ngada la, terlalu ikutkan perasaan la apa la.

Gais, aku taktau nak terangkan dengan details keadaan serangan panik tu macam mana. Tapi untuk lebih dekat dengan kita, mungkin boleh tengok orang yang takut dengan kucing la. Nampak macam mengada-ngada kan? Tapi mereka memang tak dapat dekat dengan kucing. Boleh melompat dan umpama hilang arah. Mungkin ada yang beranggapan “kucing je pun?”. tapi struggle mereka hanya mereka je paham.

Ingat lagi beberapa tahun lepas, aku memang tak boleh berjumpa manusia. Terperap je dalam bilik. Rasa takut sangat kalau jumpa manusia. Sampai rasa nak pakai topeng kalau jumpa manusia. Ye, aku lebih takutkan manusia dari hantu. Masa tu sangat seksa. Aku bukan jenis tak bergaul dengan masyarakat pun sebelum tu kan? Segenap pelosok masyarakat dah aku terjah.

Time kena serangan panik tu, takde benda lain di fikiran selain nak pegi hospital. Malu dah dengan doktor asyik ke hospital je. Sakit dada, buat ECG tapi normal. Lepas sekian lama tak jumpa manusia, lepas aku kembali nak berjumpa manusia tu, memang sakit jiwa yakmat. Time tengah solat terawih kat masjid, terus tinggalkan saf dan lari ke hospital. Fuh.

Nak bagi tips sikit la bagi yang selalu kena serangan panik. Masa tu aku bagitau psikiatris aku tentang situasi aku masa tu. Doktor kata kena serang panik la tu, so dia mintak buat deep breathing. Aku cakap la masa tu nak bernafas pun tak sempat nak fikir. Dia cakap sebab tu kena kerapkan buat deep breathing tu supaya badan akan automatik praktis untuk bernafas.

Dia bagi contoh, kalau kena kejar anjing dan kita nak lari guna basikal, kita kena praktis dulu naik basikal tu. Kena mahir naik basikal baru boleh lari dari anjing. Kalau tak reti naik basikal, macam mana nak lari dari anjing menggunakan basikal. Macam tu jugak dengan deep breathing. Kena praktis selalu supaya bila kena serangan panik, automatik kita boleh bernafas dengan baik.

Nak deal dengan manusia ni perlukan kemahiran empati dan beberapa kemahiran lain. Bukan kena reti mengecam je. Empati ni bilamana kita cuba letak diri kita dalam kasut orang tu. Baru la kita cuba memahami dan tak rasa nak merendahkan struggle orang lain. Ni lagi satu tips nak bagi kalau nak belajar empati. Kena la join SEMINAR MENANGANI STIGMA KESIHATAN MENTAL. Psikologis Klinikal akan mengisi kekosongan jiwa kita dengan kekdah2 untuk berempati. Nak berempati atau teruskan mengecam? Pilihan ditangan anda.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)