Showing posts with label #TalkAboutIt. Show all posts
Showing posts with label #TalkAboutIt. Show all posts

Friday, April 10, 2020

Bahana program motivasi




Depression tak wujud?
Ni la sebabnya kenapa aku sangat tak berkenan dengan so called program motivasi. Terlalu mengagungkan perasaan positif sampai teruk menghukum segala perasaan negatif. Tak semua, tapi banyaknya yang terlalu judgemental. Sedangkan kita dituntut meraikan juga perasaan negatif. Kita manusia, ada perasaan. Hiduplah dalam realiti. Dan kita dibenarkan untuk ada perasaan negatif. Tak salah nak bersangka baik, cuma perlu berpada. Aku bukan nak ajak supaya kita jadi negatif, tapi nak kita be realistik.
Aku pun sama dulu, tak membenarkan perasaan negatif dalam diri. Dari kecik setiap kali nak beli buku, beli buku motivasi. Aku jarang meluahkan perasaan negatif sebab taknak orang kata lemah la, lembik la, tak bersyukur la, takde kebergantungan pada Allah la dan sebagainya. Yela, ego sebagai akhwat dan sebagai graduan psikologi. Aku ikat diri aku untuk sentiasa positif, sampai la aku sendiri kena depression. Pastu pulak lambat dapatkan rawatan sebab rasa aku tak boleh lemah. Bila dah depression pun still nak self-blame sebab sentiasa fikir negatif. Rasa tak guna dapatkan rawatan sebab rasa semunya bergantung pada diri kita. Konon-kononnya la.
Teruk sebenarnya akibat bila buang terus perasaan negatif tu. Aku taknak orang jadi macam aku, sebab tu aku nak share. Pandangan-pandangan kurang bijak macam dalam printskrin ni la yang menyebabkan orang lambat mendapatkan rawatan. Bila lambat dapatkan rawatan, kemurungan makin teruk. Aku doktor kata mungkin antara sebab aku bertukar diagnosis dari major depressive disorder ke bipolar disorder mungkin sebab kemurungan dah makin teruk. Tapi ada jugak kemungkinan lain.
Dah terbiasa dengan pandangan depression tu tak wujud. Sampai kata sebenarnya kita tak ada depression. Kalau depression tak wujud, takde la wujudnya jabatan psikiatri dan kesihatan mental apa semua tu. Macam jugak penyakit buah pinggang. Penyakit tu wujud sebab tu adanya department nefrologi. Mental illness ni real sampai wujudnya hospital sakit mental. Masa belajar dulu, ada 4 hospital psikiatri di Malaysia. Yang famous di semenanjung ni Hospital Bahagia Ulu Kinta (Tanjung Rambutan), and Hospital Permai. Lagi 2 dekat Sabah and Sarawak. Dekat Selangor pun hampir semua hospital ada psikiatris. Ada klinik pun ada.
Aku quote macam dalam prinskrin tu “our mind is powerful tool. Hadiah dari Allah. Gunakan ke arah kebaikan yang memberi manfaat bukan membawa mudarat”. Tapi nak tau apa yang boleh membawa mudarat? Bila kita tak guna hadiah dari Allah tu untuk memberi pandangan. Ya, pandangan seperti itu sangat memberi mudarat dan bahaya. Boleh buat pesakit triggered. Punya la pesakit struggle deal dengan depression, dikata ibarat suburkan kemurungan. Depression tu sangat pedih, so takde orang pun nak suburkannya.
Punya la banyak informasi pasal kemurungan ni, sampai ada iklan dalam TV untuk call Talian Nur 15999 bila depression. Iklan befrienders pun bersepah, dan betapa pentingnya sampai free kalau nak call befrienders. Macam-macam lagi usaha untuk menggalakkan pesakit meluahkan dan mendapatkan rawatan. Tapi kalau kita menafikan kewujudan depression, macam mana nak bagi galakan pada pesakit untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.
Lately aku banyak tulis pasal stigma kesihatan mental ni je. Sebab tiba-tiba banyak pulak pandangan sebegini. Aku tau tulis panjang-panjang bukan orang nak baca pun. Tapi kalau sorang baca, dan sorang tu pegi mendapatkan rawatan, aku syukur dah. Aku just taknak orang menderita dalam diam macam aku sebelum ni. Sedangkan benda ni penyakit dan boleh dirawat. Ada kemurungan bukan bererti kita lemah.
Harap lepas ni takde lagi pandangan stigma tentang kesihatan mental. Usah minta dikecam. Btw pemilik printskrin ni dah delete post dia. So jangan kecam dia. Jangan ikut tips dia untuk unfollow group atau page pasal kemurungan. Kalau tak follow tu yang boleh bagi info yang tak tepat macam ni.


Monday, April 6, 2020

Stigma terhadap penyakit mental

“Tak solat ke?”
Tu mungkin antara soalan pertama yang keluar kepada pejuang kemurungan atau pejuang sakit mental lain lepas mereka declare ada penyakit mental. Takde la pesakit nak bagitau siap buat solat sunat sekali.
Seperti sakit-sakit lain yang ada stigma, penyakit mental pun ada. Sebagai contoh, pesakit HIV mungkin dipandang sebagai orang yang banyak berzina. Sedangkan banyak kemungkinan lain yang menyebabkan HIV.
Penting untuk tahu apa itu stigma supaya kita tidak tersilap cakap yang mana boleh trigger pesakit-pesakit mental. Komunikasi yang tidak betul boleh menyebabkan keadaan pesakit menjadi bertambah teruk. Terutama jika stigma itu diungkapkan oleh orang tersayang yang diharapkan memahami keadaan pesakit.
Ni senarai stigma kepada pesakit mental yang dikongsikan oleh pejuang-pejuang sakit tersebut:
1. Gila
2. Emo
3. Tak solat/tak kusyuk solat
4. Tak bersyukur
5. Kurang iman
6. Jauh dari Tuhan
7. Bandingkan dengan orang yang lebih susah
8. Bandingkan dengan orang di negara bergolak
9. Saka/sihir/santau/mistik
10. Overthink
11. Sensitif
12. Mengada
13. Buat-buat/berlakon
14. Nak perhatian
15. Terlalu ikutkan perasaan
16. Terlalu negatif
17. Lemah semangat
18. Kurang kasih sayang
19. Lemah pengurusan stres
20. Dikuasai syaitan
21. Pemalas
22. Kuat bagi alasan
23. Tak cukup sabar
24. Tak move on
25. Ganas/muka penjenayah
Moga-moga stigma itu tak diungkapkan lagi walaupun dengan niat baik. Usah disebut atau ditanya stigma berkaitan. Semoga Allah beri kelapangan untuk masyarakat memahami mengenai penyakit mental dan seterusnya tidak menyebabkan pesakit menderita dalam diam disebabkan stigma ini.
Pesakit mental perlukan telinga untuk mendengar. Kalau sekali pesakit curhat, dapat respon “banyakkan bersyukur barulah tak murung”, agak-agak akan ada sesi curhat seterusnya tak? Moga kita dikurniakan rasa empati pada keadaan sekeliling.

Sunday, April 5, 2020

Ungkapan berbisa kepada pesakit mental


Doktor PSY datang bagi tisu and cakap‬
‪“Its good for you to cry. Kalau saya pun akan nangis puas puas”‬
‪Rasa lega sikit lepas doktor cakap macam tu so nangis la tak hengat dunia acah acah nak puas.‬
‪Doktor pegi and student medic datang‬
‪“Sabar ye, jangan nangis. Jangan layankan sangat perasaan.” Sambil peluk dan usap badan aku.‬
‪Aduhh ðŸ˜…‬
‪Tapi aku faham la dia masih student. So tak amek hati pun.‬
‪HO pun penah cakap macam tu. MO department lain pun mungkin akan cakap benda yang sama.‬
‪Kemahiran empati sangat penting bagi semua, bukan sahaja doktor. Penting untuk tahu bagaimana deal dengan seseorang yang sedang menghadapi konflik.‬
Gambar bawah ni aku ada share minggu lepas di page. So share balik untuk santapan pelajar medic dan semua.

Saturday, April 4, 2020

Depression sebab jauh dari Tuhan?

Depression atas SATU sebab je jauh diri dari Tuhan?



Berat fitnah ini.
Jom kita tengok apa punca-punca yang boleh mengakibatkan depression.
======================
Penyebab/ Punca Kemurungan
======================
* Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) 

* Baka keturunan: seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya 

* Persekitaran: Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial 

* Ubat-ubatan: Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan 

* Penyakit-penyakit lain: Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan 

* Corak pemikiran: terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya. 

* Stressor: stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal. 

* Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut. 

* Kehilangan orang yang disayangi 

* Baru melahirkan anak 

Dengan mengetahui faktor risiko, inshaAllah kita boleh cuba mengelak tapi perlu tahu, tak semua perkara dalam kawalan kita.
—
Sumber tu copy paste dari web KKM je. Sekarang ni banyak info dihujung jari, so boleh search dulu sebelum mengeluarkan pandangan.
Kenapa kita tidak boleh ada stigma seperti diatas? Sebab nanti kalau kita ditakdirkan untuk kena depression (nauzubillah), kita sukar untuk mendapatkan rawatan pakar disebabkan kita merasakan hanya dengan mendekatkan diri dengan Allah, kita boleh ‘sembuh’ dari depression. Tak semudah tu. Tapi tak bererti kita tak perlu dekatkan diri dengan Tuhan. Tak depression pun kena dekatkan diri dengan Tuhan.
Depression ni penyakit, perlukan rawatan. Banyak fasiliti kerajaan menyediakan rawatan untuk pesakit kemurungan. Siap ada hospital special lagi untuk orang yang mengidap penyakit mental. Orang sakit darah tinggi bukan dapat penyakit tu disebabkan jauh diri dari Tuhan, begitu jugak pesakit depression bukan dapat depression sebab jauh diri dari Tuhan.
Tidak salah memberi pendapat, namun perlulah meletakkan pada tempatnya. Bertaqwalah dan mudahan kita tidak menjadi penyebab orang lain untuk tidak mendapatkan rawatan, inshaAllah.

Friday, April 3, 2020

Perumpamaan sakit mental dan sakit fizikal


Sering kita mendengar orang menasihati pesakit mental dengan nasihat yang tidak tercapai dek akal oleh pesakit-pesakit mental.




Thursday, October 3, 2019

Serangan Panik semasa Majlis Akad Nikah



Serangan panik ke?
Aku pun taktau apa kisah mereka ni. Tapi masa mereka nikah haritu ramai yang share berita mengenainya, so aku assume mereka ni artis popular la kot. Ke ramai tak kenal?

Lebih tular mengenai mereka ni lepas video sarung cincin tersebar. Keadaan Ardell yang menggigil dan sukar bernafas. Ramai cakap dia mengada-ngada and berlakon. Kena kecam habis. Siap ada yang buat parodi katanya. Hello?

Lepas tu keluar pula PC yang bagitau apa yang berlaku masa majlis sarung cincin tu. Ardell ada kongsikan yang dia ada kemurungan dan anxiety. Dan dia jugak menyeru supaya bagi yang tak faham mengenai kemurungan dan anxiety boleh merujuk pada psikiatri. Aku rasa tu saranan yang sangat bernas.

Ya, salah satu challenge bagi pengidap sakit mental adalah stigma masyarakat. Masyarakat kita ni terlalu prihatin sampai semua benda nak kecam tanpa cuba memahami. Dah la nak stuggle dengan sakit, kena lagi kecaman orang sekeliling yang tak faham. Double sengsara.

Bila tengok keadaan Ardell dalam video yang tular tu, aku teringat aku pernah berada ditempat yang sama. Serangan panik tu sangat real! Bukan kita jenis tak reti bercakap depan ramai orang. Bukan jugak kita jenis asocial yang tak bergaul dengan masyarakat.

Tapi masa serangan panik tu tiba, sekecil-kecil perkara macam nak bernafas pun kita lupa. Ya! Memang sengsara dengan badan menggigil, tak boleh bernafas, berpeluh, sakit dada dan macam hilang arah. Orang yang tak faham pasti akan kata mengada-ngada la, terlalu ikutkan perasaan la apa la.

Gais, aku taktau nak terangkan dengan details keadaan serangan panik tu macam mana. Tapi untuk lebih dekat dengan kita, mungkin boleh tengok orang yang takut dengan kucing la. Nampak macam mengada-ngada kan? Tapi mereka memang tak dapat dekat dengan kucing. Boleh melompat dan umpama hilang arah. Mungkin ada yang beranggapan “kucing je pun?”. tapi struggle mereka hanya mereka je paham.

Ingat lagi beberapa tahun lepas, aku memang tak boleh berjumpa manusia. Terperap je dalam bilik. Rasa takut sangat kalau jumpa manusia. Sampai rasa nak pakai topeng kalau jumpa manusia. Ye, aku lebih takutkan manusia dari hantu. Masa tu sangat seksa. Aku bukan jenis tak bergaul dengan masyarakat pun sebelum tu kan? Segenap pelosok masyarakat dah aku terjah.

Time kena serangan panik tu, takde benda lain di fikiran selain nak pegi hospital. Malu dah dengan doktor asyik ke hospital je. Sakit dada, buat ECG tapi normal. Lepas sekian lama tak jumpa manusia, lepas aku kembali nak berjumpa manusia tu, memang sakit jiwa yakmat. Time tengah solat terawih kat masjid, terus tinggalkan saf dan lari ke hospital. Fuh.

Nak bagi tips sikit la bagi yang selalu kena serangan panik. Masa tu aku bagitau psikiatris aku tentang situasi aku masa tu. Doktor kata kena serang panik la tu, so dia mintak buat deep breathing. Aku cakap la masa tu nak bernafas pun tak sempat nak fikir. Dia cakap sebab tu kena kerapkan buat deep breathing tu supaya badan akan automatik praktis untuk bernafas.

Dia bagi contoh, kalau kena kejar anjing dan kita nak lari guna basikal, kita kena praktis dulu naik basikal tu. Kena mahir naik basikal baru boleh lari dari anjing. Kalau tak reti naik basikal, macam mana nak lari dari anjing menggunakan basikal. Macam tu jugak dengan deep breathing. Kena praktis selalu supaya bila kena serangan panik, automatik kita boleh bernafas dengan baik.

Nak deal dengan manusia ni perlukan kemahiran empati dan beberapa kemahiran lain. Bukan kena reti mengecam je. Empati ni bilamana kita cuba letak diri kita dalam kasut orang tu. Baru la kita cuba memahami dan tak rasa nak merendahkan struggle orang lain. Ni lagi satu tips nak bagi kalau nak belajar empati. Kena la join SEMINAR MENANGANI STIGMA KESIHATAN MENTAL. Psikologis Klinikal akan mengisi kekosongan jiwa kita dengan kekdah2 untuk berempati. Nak berempati atau teruskan mengecam? Pilihan ditangan anda.

Monday, September 5, 2016

Hypomania

psychiatrist said,
"pesakit kadang suka kalau hypomania, lebih banyak idea, bersemangat"

but the reality,
lebih mereput di another poll, most of the time.
mereput,
mereput.
takut,
risau,
mereput.
tahape hape.

then,
dan bila berada dalam poll tu,
sebenarnya,
dah buat orang menyampah kita,
dah makin susahkan orang lain sebab makes thing complicated,
jadi syaitan sebab membazir pelbagai.
kadang rasa tak dapat nak bezakan antara syaitan dan diri sendiri.
annoying dengan semua benda,
sedangkan orang takde buat salah apa pun.
rasa macam banyak mana dah la iblis dah ditelan ni.


kadang rasa macam tak ada harapan,
yang ada hanyalah perlu mereput.
#MereputTillJannah

tapi kadang,
terlalu mengharapkan keajaiban.
moga :')

Sunday, September 4, 2016

Blurr

Blur
Kabur
Gelap
Kelam
Jerebu
Confuse
Lampi


---

Ada blur yang boleh setel.

Kalau gambar kabur,
boleh padukan pixel.

Kalau mata kabur,
boleh tambah power.

Bokeh menambahkan seri.

tapi kalau diri blur,
what to do?

---

pernah kena tegur sambil orang tu buat muka annoying
"amenda la yang awak blur sangat ni"

ada yang kata
"ingat bisu tadi"


---

orang kata,
jangan terlalu overthink.
tapi benda yang di overthink kan tu pun terjadi.

tak kisah pun orang nak tegur,
memang betul blur, lampi dan macam tak sedar duk buat apa.
kadang bila dah betul-betul bersedia untuk buat sesuatu,
tapi bila berhadapan dengan manusia boleh jadi blank.
semua yang dilakar di otak hilang.
walaupun yang telah ditulis kan dialog untuk dipraktiskan dulu.
apa yang nak dikata tak terkeluar.
lepas tu macam lupa nak cakap apa sebenarnya.

cuma alhamdulillah,
ada sinar kembali.
bila aku berjumpa seseorang,
dan dia tegur dengan penuh sopan dan polite.
aku ingat lagi ayat nya
"how you present yourself is so weird"

rupanya ada pun manusia yang boleh tegur dengan elok.
syukur bila rasa diri ni bukanlah terlalu sampah dalam society.

moga Allah ampunkan dosa yang menghalang,
dan diberi kesembuhan :)


#MereputTillJannah