Friday, July 10, 2020

Aidilfitri 1441 Anugerah Buat Pejuang Sakit Mental

Aidilfitri 1441H mungkin satu bonus yang tak ternilai bagi pesakit mental.
Bukan mudah nak hidup berdepan dengan sakit mental.
Sebab sakit ni orang tak nampak, jadi orang susah nak appreciate.
Mungkin anggap pesakit lemah, terlalu layankan perasaan, tidak hormat orang lain, dan tak ada usaha untuk sihat.
Kan?
Apa pun, alhamdulillah raya kali ini memberi sinar bagi sebahagian pesakit mental.
Kenapa?

Sebab dah kurang aktiviti ziarah antara keluarga.
Antara kekangan bagi pesakit mental adalah berjumpa orang. Terutama bila kurang stabil.
Sukar digambarkan perasaan bila jumpa orang tu. Seribu satu perasaan yang sukar difahami dialami oleh pesakit.
“Pak Uda ni benci aku ke?”
“Dorang kata aku sombong sebab susah nak senyum ke?”
“Orang lain semua cantik, aku je serabai”
Dengan penat yang sukar diungkapkan. Tak ada mood. Rasa keliru dan lain lagi.

Perasaan rendah diri, tak kurang perasaan kena judge.
Pulak tu, kena tanya soalan-soalan menjerat seperti bila nak kawen, bila nak dapat anak, kenapa tak kerja dalam bidang yang belajar, dan lain-lain.
Nampak simple, tapi sebagai pesakit mental, pelbagai overthink menjelma.
Orang mungkin akan kata, kena lawan perasaan tu, jangan layan.
Tapi mereka tak tahu, kalau boleh senang-senang untuk lawan, pesakit pun dah tak terseksa sebegitu.
Orang kata pesakit mental berpura-pura sedih, tapi jauh disudut hati setiap pesakit, betapa strugglenya pesakit untuk berpura-pura happy.
Walhal, perasaan bersalah, rasa takut, gelisah, resah, sedih, penat, overthink tak penah lekang dek diminda.
Aku menulis bukan untuk menagih simpati, sekadar ingin masyarakat bukak mata mengenai realiti sebagai pesakit mental, dan supaya tidak mudah-mudah melabel pesakit mental.
Sebagai anggota masyarakat, apa yang boleh dibantu?
Kalau ada orang yang taknak berjumpa dengan orang, JANGAN PAKSA, dan JANGAN JUDGE.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)