Saturday, July 11, 2020

“Bisikan syaitan je tu. Jangan layan. Pegi amek wuduk dan pasang ayat ruqyah”



Kalau ada orang mengadu kata ada dengar-dengar suara bisik suruh buat benda yang tak elok, akan ada yang nasihat,

“Bisikan syaitan je tu. Jangan layan. Pegi amek wuduk dan pasang ayat ruqyah”

Biasa dengar kan?


—-

Tak salah nak buat benda tu. Benda baik. Tapi yang jadi masalah bila pesakit rasa tu sekadar bisikan syaitan, dan mengabaikan aspek lain sampai tak berjumpa doktor.

Seeloknya, yang tukang nasihat tu pun boleh pegi amek wuduk dan dengar ruqyah. Sebab apa? Sebab syaitan memang sifat dia membisikkan perkara tak elok. Jadi syaitan jugak mungkin sedang bisik sesuatu pada kita. Bukan pada orang yang dengar-dengar bisikan sahaja. Suara syaitan tu ghaib. Semua orang syaitan bisikan perkara tak elok waima orang alim pun.

Ni antara stigma sakit mental yang lebih membarah. Bukan apa, sebab kita orang melayu, tak terlepas dari sesuatu yang melibatkan adat. Nasihat-nasihat sebegitu datang secara spontan disebabkan pengalaman lalu sama ada dari pengalaman orang lain atau dari cerita yang kita duk tonton.

—-

Sebenarnya apa yang berlaku pada pesakit?

Dia KEMUNGKINAN ada simptom-simptom halusinasi bilamana boleh terdengar suara-suara yang tidak ada. Ia dipanggil auditory hallucination. Pesakit juga ada yang ternampak sesuatu yang tak wujud atau terbau sesuatu yang tak wujud.

Tak semestinya pesakit skizofrenia je ada simptom-simptom ni. Pesakit kemurungan juga mungkin boleh mengalami gejala-gejala tu.

So kalau ada simptom-simptom tu, bawak-bawak la rujuk pakar. Benda boleh dirawat. Antaranya dengan ubatan. Ada ubat antipsikotik yang boleh membantu mengurangkan gejala tu. Sebab tu penting mendapatkan rawatan. Untuk elakkan pesakit buat benda yang tak sepatutnya seperti cederakan diri atau cederakan orang lain.

Kalau dah dapatkan rawatan pakar, tak kisah pun nak dapatkan rawatan alternatif. Mungkin boleh buat kita lebih tenang. Tapi dapatkan rawatan dari perawat yang dithiqahi. Jangan jumpa bomoh atau perawat yang mengaku ‘ustaz’ tapi mengamalkan sesuatu yang diragui.

Jadi please gais. Kalau ada orang mengadu mendengar suara-suara, dont simply take it easy. Ajak pegi jumpa professional. And listen to them attentively.

Sampaikan info ni pada orang-orang yang kita sayang. Supaya pesakit tak lebih menderita dek orang keliling yang tebal dengan stigma

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)