Monday, July 13, 2020

Dilema pesakit mental

Selain stigma yang selalu aku tulis, ada juga stigma yang nak tak nak kena face jugak oleh pesakit mental terutama bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti kerajaan. Aku simpulkan kepada 3 ‘peluang’ pesakit untuk berhadapan dengan kes ini.

Apa pun, aku tak salahkan mereka total. Sebab ada antara mereka sendiri tak rasa sakit mental tu macam mana. So tu agak susah nak faham. Malah, perkara tu juga bukan bidang mereka. Sama macam kita, kita pun mungkin senang buat silap dalam sesuatu bidang kita.

Dilema yang aku nak ulas adalah dilema pesakit mental dengan perawat kesihatan yang bukan dalam bidang psikologi atau psikiatri.

Pertama, dilema first time berjumpa GP untuk dapatkan rawatan kesihatan mental.

Sekarang banyak kesedaran tentang kesihatan mental ni, jadi ramai yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan rawatan. Tapi bila pegi jumpa GP, mereka kata awak sekadar perlu bersyukur, dan dekatkan diri dengan Allah. Ni pengalaman sendiri la. Pesakit dah la sangat susah nak dapatkan rawatan, sebab takutkan rejection, takutkan stigma masyarakat apa semua. Bila dah ada keberanian, terpaksa pulak berhadapan dengan GP yang tidak faham. Tapi tak semua ye. Sekarang alhamdulillah dah semakin dengar banyak feedback positif pesakit yang mendapatkan saringan di klinik kesihatan. So harap bagi yang belum dapatkan rawatan, dont worry okay.

Kedua, di unit kecemasan. Aku sebagai pesakit, almost setiap kali appointment, doktor remind untuk segera ke unit kecemasan. Tapi bila di unit kecemasan, ada yang tak rujuk ke psikiatri pun sebab katanya kita nampak okay. Aku alhamdulillah dipermudahkan sebab most of the time kalau klinik refer ke unit kecemasan, MO kecemasan akan rujuk psikiatris. Tapi ada pengalaman kawan-kawan yang tak berapa indah. Ada yang dikatakan salah guna unit kecemasan. Dilema besar kat sini bila disuruh ke unit kecemasan, tapi bila sampai, mereka pula tak faham. Again, tak semua. Ada ramai lagi yang okay. Macam pengalaman aku tu, okay je.

Ketiga, kegunaan ambulan. Aku taktau macam mana pengalaman orang lain. Tapi setelah beberapa kali buat suicide prevention plan, doktor suruh aku call ambulan kalau tengah tak okay. Yang last skali buat, doktor siap suruh aku tandatangan, as in dah buat perjanjian la macam tu. Tapi aku tak penah lagi call ambulance sebab aku tau akan ada suara-suara sumbang yang tak memahami. Takut orang kata kita salahguna ambulan. Mungkin mereka tak nampak urgency nya sebab mereka tak face pesakit sebagaimana doktor di jabatan psikiatri hadap. Setiap dari kita ada definisi berbeza mengenai makna ‘keperluan’ tu. Disebabkan pengalaman dan background yang berbeza.

Sebagai contoh, mungkin petugas kesihatan yang selalu deal dengan pesakit accident akan rasa accident tu lebih perlu dan lebih urgent. Tetapi staff kesihatan di unit psikiatri pulak memandang suicidal thought as perlu dan urgency. Mungkin pada mereka, kalau lambat seminit selamatkan orang yang suicidal, mereka akan mati. Sebab pesakit masa tu mungkin dalam keadaan kurang kewarasan. Doktor psikiatri faham, tapi mungkin tak bagi petugas kesihatan yang lain. Again, tak semua sebab some of them paham je.

Mengikut pengalaman sendiri, doktor penah nak refer aku ke hospital, dan dia suruh naik ambulan. Aku kata taknak sebab kata boleh drive sendiri. Tapi dia jawab “takpe la naik ambulan. Tengah jem sekarang ni kalau pegi sendiri” masa tu memang tengah peak hour pun. Aku nak naik ambulan tu pun fikir 7175927364718 kali jugak, yela takut kena cop gedik la mengada la. Serbasalah dibuatnya.

Aku jugak penah jadi participant untuk PRO exam di satu hospital university. Masa tu tengah ada krisis, dan suicidal. Pakar psikiatri terus refer kecemasan. Hospital universiti tu sebelah je hospital yang dia refer tu, tapi doktor pakar tu tak bagi aku drive sendiri ke hospital. Dia hantarkan. And yeah, macam aku kata atas tu, walaupun kita rasa kita okay, tapi doktor ambil preventive measure mengambilkira beberapa faktor pencetus melalui assessment mereka.

Again, aku tak salahkan semua perawat kesihatan. Some of them memang sangat-sangat membantu. Mungkin rezeki aku, ditemukan dengan mereka-mereka yang sangat memahami. Setelah lebih 13 kali masuk wad, aku boleh nampak betapa struggle nya kakitangan kesihatan, dan aku yakin, beban yang mereka pikul lebih banyak dari apa yang kita nampak, bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

That why, kalau ada apa-apa berlaku, aku takkan terus salahkan mereka. Seperti diri kita ada limitasi dalam sesuatu bidang tu, mereka juga begitu.

Teruskan berdoa supaya kita ditemukan dengan orang-orang yang dapat memudahkan urusan kita. Dan semoga kita juga dapat mudahkan urusan orang lain.

Diharapkan stigma dalam kalangan perawat kesihatan akan semakin terhakis, dan tidak memandang rendah pada struggle pesakit. Dan lebih diharapkan pesakit tak bermudah-mudahan mengambil kesempatan pada servis yang ada demi kepentingan diri sehingga orang luar memandang pesakit mental ni sebagai individu yang bermasalah.

Sebagai pesakit, memang serba salah dibuatnya. Buat tu salah, tak buat pun salah. Takpela, apa yang penting kita dah usaha yang terbaik. Lain-lain tu, memang kita tak dapat nak puas hatikan semua pihak.

Setiap dari kita mungkin punyai cerita tersendiri. Tentu kita banyak belajar daripadanya, dan semoga menjadi ikhtibar untuk orang lain juga.

Related Post



0 advice(s):

Post a Comment

thanks =)