Wednesday, December 9, 2020

Meme bukan maksum

Mungkin orang yang melukis gambaran ini berniat baik untuk beri motivasi kepada warga lelaki di luar sana untuk terus kuat.

Tapi, maaf.

Benda-benda sebegini sangatlah toksik.

Tahu sebab apa? Sebab memberi peluang kepada lebih ramai lelaki untuk menafikan perasaan mereka, dan seterusnya membuatkan mereka tidak mendapatkan bantuan atau sukar untuk bercerita mengenai perasaan mereka pada orang lain.

Kenapa?

 Sebab takut kena cop yang bukan-bukan seperti dalam gambar.

“Pendam jela, nanti orang kata aku lembik”

“Biar jela, nanti orang kata aku nak cari perhatian”

“Biar aku menangis dalam hati je, nanti orang kata aku gembeng”

Kita selalu dihidangkan yang lelaki ni tak boleh tunjukkan kelemahan, kesedihan dan negatif.
Benda ni sangat bahaya sebenarnya. Bila mereka pendam, mereka akan lebih tersiksa, dan mungkin sampai satu tahap boleh bunuh diri.

Elakkan menafikan emosi, tetapi uruskan emosi dengan baik. Tu sepatutnya kita terap.
Sebenarnya banyak je orang lelaki zaman dulu yang juga mempunyai masalah kesihatan mental, tetapi mereka takde peluang untuk tunjukkan perasaan mereka sebab masa itu tak ada sosial media seperti sekarang.

Jadi perbandingan macam ni tak tepat pun sebenarnya.

Walau apa berlaku pun, penting untuk kita tidak bandingkan seseorang dengan seorang yang lain. 

Kerana kita ni secara fitrahnya berbeza. Berbeza dari pelbagai sudut. Juga berbeza dari segi ujian yang diterima.

Gambaran-gambaran seperti ini bukan sahaja mampu membuatkan lebih ramai trigger, tapi bahaya untuk si pelukis jugak. 

Iye la, bukan mudah untuk kita appreciate perasaan yang kita alami bila kita pernah buat komik-komik sebegini.

Mungkin sekarang bila kita tak diuji dengan sakit mental, kita mampu buat ‘jenaka’ sebegini, tapi bila kita ditimpa ujian nanti, percaya la. bukan mudah untuk kita mendapatkan rawatan sebab kita pernah invalidate perasaan orang lain. Jadi ada kebarangkalian untuk kita invalidate perasaan kita jugak.

Ini la yang dipanggil toksik positiviti, ye dak?

Nak tahu lebih lanjut mengenai toksik positiviti? Ikuti seminar Chit Chat Kesihatan mental yang akan membincangkan topik positiviti dari Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist dan slot-slot lain dari pakar dan survivors yang sangat hebat.










Tuesday, December 8, 2020

Kenangan sebagai pesakit mental



Aku ternampak ada pesakit mental tulis
“Aku dah taktau macam mana rasanya menjadi normal. Sebab dah lama berperang dengan sakit ni sampai la sekarang”

Lebih kurang cenggitu la.

Allahu, sedih.

Sebab teringat apa yang pernah aku alami sebelum ni. Lebih kurang 5 tahun berperang dengan diri sendiri. Takde waktu pun yang okay. Cuma mampu berpura-pura okay. Sentiasa rindukan diri yang lama.

Tapi syukur sangat sekarang.

Memang dah ‘terlupa’ macam mana perasaan masa sakit tu. Setiap waktu rasa nak tamatkan hidup, setiap waktu dibisikkan dengan perkara negatif, setiap waktu menyalahkan diri sendiri, setiap waktu ada rasa untuk self-harm.

Last aku rasa lain macam adalah pada minggu terakhir Januari 2020. Masa tu pegi ke unit kecemasan hospital. Sakit dada, tak boleh bernafas dan aku tak ingat sangat dah apa yang dialami masa tu. Cek ECG sampai 3 kali, result semua okay. Doktor ambil darah untuk cek sakit2 lain, tetap negatif. Masuk wad pantauan dan doktor bagi ubat tahan sakit, still sakit. Doktor jugak bagi ubat pencair darah, tetap rasa sama. Lepas tu doktor discaj je dia kata mungkin panic attack je tu. Semalaman je duduk wad pantauan tu. Sakit mental ni bukan melibatkan emosi je ye kawan-kawan. Tapi jugak melibatkan fizikal.

Dan sekarang dah almost setahun aku CLEAN dari self-harm. Perasaan tu memang tak muncul langsung. Allahu taktau nak describe perasaan macam mana. Yela masa sakit dulu, aku rasa langsung takde perasaan untuk sembuh. Sentiasa rasa kelam, suram gelap gelita.

Last masuk wad psikiatri November 2019. Masa tu mungkin doktor dah ‘give up’ dengan aku sebab dah macam2 dibuat tetap tak okay jugak. So doktor buat ECT. Taktau sebab ECT atau sebab penyakit atau memang aku pelupa. So aku memang banyak kes tak ingat.

Mungkin selalu letih sebab masih makan ubat, tapi taktau la kalau sebab memang aku pemalas pun. Tapi KETENANGAN (sakeenah) tu yang aku impikan selama ni. Aku akui, memang sejak sakit aku banyak futur dan mutabaah amal pun kelaut, tapi inshaAllah aku akan try improve balik.

Sekarang memang tengah looking forward untuk wasail tarbiah. Selalu rasa eksaited nak buat itu ini, tapi aku boleh 89% yakin tu bukan sebab aku manic, tapi tu memang diri aku yang dulu. Kalau manic biasanya akan banyak spend, tapi kali ini takde. Makna kata, aku bukan sahaja dah tak rasa emosi yang dibawah, tapi jugak tak rasa emosi yang extreme. Yang sedang-sedang sahaja gittew.

Seperti punca penyakit mental yang mengandungi banyak penyebab, aku percaya aku ‘sembuh’ ni pun disebabkan banyak elemen. Aku taktau nak pinpoint mana-mana yang paling utama sebab bagi aku, semua tu membantu.

Macam mana nak sembuh, or at least rasa sakeenah tu bagi pesakit depression?

1. benda ni WAJIB. Jumpa doktor/psikologis untuk bantuan. Amalkan apa yang diajar, dan jangan malu untuk kongsikan apa kita rasa. Be bold with them. Memang kita akan ada perasaan yang orang tak faham kita, doktor tak membantu pun. But trust me mereka sangat do the best for us.

2. Usahakan untuk pergi terapi. Kalau available di hospital yang kita dapatkan rawatan susulan tu bagus la. Kalau tak dapat, dan ada duit lebih pegi la dekat klinik psikologi swasta. InshaAllah sangat berbaloi. Tapi make sure kita nak dapatkan terapi tu daripada orang yang sepatutnya. Elakkan dari pegi jumpa so called motivator yang guna approach salah. Risau makin teruk nanti.

3. Elakkan dari individu toksik. Aku alhamdulillah persekitaran okay cuma ada beberapa orang toksik yang acah bagus suruh berhenti ubat dan tak payah jumpa doktor. Nampak mereka macam baik dan nak menolong, kan? Tapi sebenarnya tak. Sekadar makin terukkan keadaan. Individu toksik jugak yang mudah sangat judge kita “tengok muka dah tau lemah”. Allahu, boleh pulak so called ‘orang agama’ hukum kita macam tu? So elakkan mereka. Buang karen je.

4. Dapatkan support dari orang sekeliling. Aku alhamdulillah family sangat membantu. Kawan-kawan pun sangat membantu. Pada aku takde lagi orang yang dekat2 aku ni jadi toksik. Yang toksik ni biasanya orang yang tak kenal kita. Usrahmate pun membantu contohnya tolong pegangkan kad bank time aku tengah manik. Dan mereka memahami yang aku malam2 tidur awal so takleh usrah malam. Jadi dibuat usrah waktu pagi lepas subuh. Alhamdulillah

5. Bagi aku pemakanan pun kena jaga. Tapi aku main bedal je semua benda. Penah cuba untuk amalkan diet suku suku separuh, tapi tumpas. Cuma alhamdulillah sebab sekarang selalu haus, so banyak minum air kosong. Minima 2L sehari. Bagi aku 2L tu agak banyak la sebab dulu2 jarang minum air masak. Aku pun setiap hari makan buah2 segar. Selain sedap, sebab dia juga sihat.

6. Bersenam ni penting. Tapi tu la. Hmmm sukar diungkapkan. Berat badan aku naik mendadak. Sebab tu aku mintak doktor kurangkan ubat, tapi dia tak bagi kurangkan dulu so dia tanya bersenam tak. Aku just kata aku brisk walk nanti inshaAllah dah ada event lari lari, aku nak participate.

7. Buat apa kita suka. Macam aku, aku suka bersosial dan berpersatuan. Alhamdulillah sekarang jadi pengarah program untuk Kempen Kesihatan Mental 2020. Aku rasa hati aku terisi dengan buat benda2 ni. Sebab minat kot kan. Tapi bagi yang sedang dalam kemurungan yang teruk, usah kacam diri kalau tak mampu bersosial. Memang tu salah symptom kemurungan jugak. Macam aku dulu deactivate blog, FB, twitter, IG dan lain2. Sampai twitter terus kena automatik delete WhatsApp pun delete so terkeluar dari semua group.

8. Buat apa kita selesa. Contohnya kalau perlukan masa bersendirian, just do it. Mungkin expert tak setuju dengan benda ni, tapi bagi aku orang kemurungan ni memang sangat perlukan waktu untuk berseorangan. Cuma jangan terlalu lama. Ambil masa, dan kembali bangkit lepas tu.

9. Lower expectation. Dont expect much la kiranya. Buat apa kita mampu je. Kalau tak mampu, bagitau diri kita yang boleh cuba next time pula. Mungkin sebab aku jenis yang letakkan high expectation dalam diri aku, so aku memang akan buat apa-apa dengan all out. Tapi sejak jumpa clinical psikologis, aku bagitau macam mana nak teruskan hidup dalam keadaan aku tak mampu kerja, tak mampu buat kerja rumah, even sangat susah nak lepaskan diri dari katil. So dia suruh buat sikit2 dan reward diri bila mampu buat apa yang kita tak mampu buat masa tu.

10. Jangan compare diri kita dengan orang lain. Benda ni bagi aku, kita akan rasa rendah diri sebab macam-macam tak mampu buat. Kita juga akan sering salahkan diri sendiri sebab orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Memang tak mudah untuk stop menyalahkan diri sendiri, ditambah lagi dengan orang sekeliling yang juga duk compare mereka dengan orang lain tapi inshaAllah tu sedikit sebanyak boleh buat kita pleasure bila stop kecam diri sendiri. Macam dulu aku berharap untuk GOT, tapi bukan sahaja tak GOT malah master yang orang buat 2 tahun tu tapi aku sampai 4 tahun. Tapi alhamdulillah aku dapat terima semua tu, dan alhamdulillah dapat jugak grad.

11. Maafkan diri. Terima diri seadanya. Jangan terlalu hukum diri yang kita sakit ni sebab salah kita totally. Setiap orang ada silap. Jika memang betul kita ada buat silap, ambil pengajaran dari benda tu dan azam untuk tak ulangi lagi. Salahkan diri hanya akan lebih memburukkan keadaan. Trust me.

12. Jaga mutabaah amal. Macam aku kata, mutabaah amal aku agak kelaut tapi inshaAllah akan berusaha untuk improve. Mathurat, quran, solat sunat, puasa, sedekah tu jangan tinggal. Tak mudah nak istiqamah tapi koho koho, biar lambat asal selamat. Benda ni semua memang tak dapat dinafikan mampu beri ketenangan, tapi kena take note yang penting jugak mendapatkan rawatan kalau kita kemurungan. Macam aku dulu masa teruk memang benda2 ni tak membantu untuk rasa tenang, tapi lepas dapat rawatan alhamdulillah improved. Niat jugak kita berusaha untuk sembuh sebab kita nak ibadah yang berkualiti.

Ni semua sekadar usaha kita. Memang nobody perfect, tapi kita cuba buat yang terbaik untuk sembuh dari penyakit mental. Again, memang aku tak sembuh sepenuhnya tapi alhamdulillah aku rasa symptom-free sejak awal tahun 2020. Aku berbesar hati untuk kongsikan dengan orang ramai sebab aku tau, ada orang diluar sana yang rasa keseorangan dalam menjalani hari2 bersama penyakit mental. Tapi ketahuilah ramai lagi yang bersama kita. You are not alone.

Kalau nak tahu cerita lebih banyak dari pesakit mental, jemput hadir ke program Chit Chat Kesihatan Mental 2020. Ada pesakit depression, pesakit anxiety, pesakit skizoafektif, malah special jugak kita ada pengalaman dari penjaga (caregiver) pesakit mental. Mudahan mereka boleh memberi inspirasi kepada anda semua. Kalau tak dapat hadir tapi berminat untuk memberi sokongan dari sudut kewangan, boleh PM. Mudahan dapat membantu menangkis stigma mengenai kesihatan mental, inshaAllah.

Sebagai penutup, aku berharap supaya aku tak lupa diri bila dah sembuh, dan jugak menjadikan aku lebih kuat untuk bantu insan2 sekasut. Doakan aku dapat sambung belajar terima kasih semua yang sentiasa support aku selama ni. Moga jannah buatmu.

Pengimpi kesembuhan,
Areefah



Monday, December 7, 2020

Tak semua perkara memerlukan solusi

Tular gambar solat di highway ni.
Bukan nak komen pasal perbuatan solat ketika sedang musafir tu.
Tapi pasal perangai manusia bila berhadapan dengan post-post sebegitu.
Almaklumkan masyarakat kita ni ramai sangat rasa diri tu hakim.
Tapi habis-habis nak hukum, nak kecam.
Yang cakap baik-baik tu takpe la.
Ni ada yang siap mencarut membodohkan membangangkan mentololkan orang yang buat sebegitu.
Kalaupun orang tu salah,
Takpe kot kalau kita tak terus menerus mengecam orang tu?
Terutama bila mereka TAK TAHU apa mereka buat tu salah.
Dalam islam pun dimaafkan orang yang taktahu.
Tak cukup tu,
Ada jugak nak bagi nasihat yang kurang cerdik


“Kan boleh jamak la bodoh”

Aku mintak ajarkan niat jamak Subuh masih tak dapat sampai sekarang.
“Kan boleh solat kat R&R la bangang”
RnR ada setiap meter ke dekat highway tu?
Bila kita terlalu cepat menghukum dengan hanya sekeping gambar tanpa mengetahui whole story, akan keluar la nasihat yang kurang bijak.

Gais,
Kita ni bukan semua benda nak kena beri solusi.
Macam tu jugak bila kita dengar orang meluahkan perasaan.
Tugas kita bukan untuk beri solusi.
Elakkan memberi nasihat.
Pinjamkan telinga dan hati kita buat sementara waktu.
Dengarlah bukan untuk membalas,
tapi dengar untuk mendengar.
Bila kita dengar dan tak tertahan untuk membalas, mula la keluar nasihat-nasihat yang kurang bijak
“Kau tak boleh sedih-sedih”
Tak, masalahnya orang tu tengah bersedih. Nak suruh jangan bersedih macam mana?”


“Kau kena positive”
Aah la, mesti orang tu tak terfikir untuk be positif sebab tu dia tak boleh positif, kan?
“Kau kena reda”
Memang selama hidup, orang tu tak pernah reda eh?
Dan banyak lagi ‘nasihat-nasihat’ sebegitu.
Benda ni pun terjadi sebab kita tak dengar the whole story lagi, kita terus nak jump into conclusion umpama orang yang meluah tu takde sekelumit perasaan dan usaha pun untuk tak bersedih, untuk positif, untuk reda dengan apa yang berlaku.
Yela, takkan orang yang mengadu tu nak cerita yang dia buat segala solat sunat untuk melepaskan diri dari rasa apa dia rasa tu, kan?
Salah satu cara dia nak keluar dari apa dia rasa tu dah bagus dah, dengan open up pada orang lain.
InshaAllah benda tu sedikit sebanyak boleh membantu.
Jadi biarlah kita jadi yang makin membantu, bukan makin membebankan.
So gais,
Remember
“To love is to listen”
*Gambar sekadar hiasan



Tuesday, July 14, 2020

Betul ke sakit mental takkan sembuh, kena makan ubat sampai mati?



Aku penah pegi kursus kesihatan mental.
Ada satu kata sakit mental takkan sembuh.
Ada satu lagi kata boleh sembuh.
So mana satu?

Pada aku, boleh sembuh ke tak boleh ke,
Yang penting aku yakin yang penyakit ni boleh DIRAWAT.

Dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan rawatan dengan terbaik,
Merangkumi aspek-aspek bio-psiko-sosial-spiritual.

Aku ingatkan dah 2020 takde lagi orang ada stigma pasal rawatan kesihatan mental ni.
Rupanya masih ada geng ‘alami’ yang duk hasut orang jangan makan ubat la apa la.
Ye, mereka tu wujud. Bila ditanya bagaimana fisiologi fungsi otak manusia pun tak tahu.
Tapi taktahu la macam mana mereka boleh yakin sampai boleh menghasut orang.

Kalau sebut sakit mental boleh dirawat, tak semestinya bererti kena makan ubat.
Tapi kalau kena makan ubat pun apa salahnya?

Just makan ikut dosage dan waktu yang ditentukan.
Dan pastikan jugak teruskan rawatan susulan untuk pantauan dan perkembangan.

Alhamdulillah sekarang aku dah symptom-free lebih 6 bulan.
Doktor pun dah kurangkan ubat.
Patutnya makan lithium siang dan malam, sekarang makan malam je.
Lepastu olanzapine pun dah kena makan sebiji je.

Alhamdulillah.
Bila mintak nak stop makan ubat, doktor kata kena kurangkan sikit-sikit. Tak boleh terus stop.
So takpe je. Makan jela kan?
Kalau ada rezeki untuk stop, inshaAllah satu hari nanti.
Kita boleh usaha mana kita mampu jela.

So sebab apa aku ‘sembuh’?
Sebab ECT?
Sebab dah kawen?

Sebab dah boleh keluar dari trigger?
Sebab doa mama?
Sebab jawapan tahajjud?
Sebab ubat yang sesuai?
Sebab support yang sangat power?


Wallahua’lam.
It is not as simply as one single factor.
Banyak faktor yang menyumbang.
Aku pun taktau mana satu faktor utama.
Bagi aku semua sekali tu penting.
Beserta faktor-faktor lain.

Sebab tu kita jangan mudah-mudah judge orang berdasarkan apa kita nampak je.
Contohnya “Ek eleh, clash dengan pakwe pun nak stress. Aku relax je cari pakwe baru”.

Bukan semudah itu gais.
Ada banyak lagi faktor yang mungkin kita taktahu.
Mungkin dia ada masalah lain seperti kewangan, famili, kawan-kawan, kena buli, trauma lampau dan lain-lain lagi.
Clash tu faktor pencetus yang mengakibatkan depression je.
Lain-lain tu ada lagi.

Dan kena tengok benda-benda lain jugak.
Macam dia dah couple 4 tahun, yang kita baru couple 4 bulan so tak rasa sangat kalau clash.
Tak pun, dia dah jumpa family nak dekat sangat dah nak nikah. Preparation pun dah buat, tiba2 clash.
Anggaplah ada benda yang kita taktahu.
Siapa kita nak judge?
Sebab tu please elakkan diri sendiri compare masalah dengan masalah orang lain, sebab ni membuatkan kita judge orang tu dan meremehkan masalah yang dia alami.

Kita ni banyak benda kita tak tahu.
Just nak ajak kita sama-sama tak menyalahkan sesuatu atas apa yang kita nampak je.
Sebagai contoh isu yang tengah hot sekarang.
Kita kata orang dulu-dulu sihat sampai tua sebab jaga pantang.
So kita claim kalau tak pantang tu yang cepat sakit.
Sedangkan kita tak tengok faktor-faktor lain macam kerja-kerja yang dibuat, exercise, makan ulam-ulam segar dan lain-lain tu.
So kita mudah-mudah come up to conclusion mereka masih kekal sihat sebab pantang lepas bersalin.

A tak semestinya cause B.
Dan B tak semestinya sebab A.

Sama jugak,
Mendekatkan diri dengan Tuhan boleh membantu rawatan sakit mental.
Tapi mengidap sakit mental tak semestinya sebab tak dekatkan diri dengan Tuhan.
Usah bermudahan capai kesimpulan macam tu.

Kita jugak tak boleh claim “aku tak minum ais dah sebab kalau minum ais nanti perut buncit”
Betul ke sebab minum ais? Ke sebab tak bersenam? Ke sebab makan tak hengat?
Banyak faktor kita kena consider.
Jangan claim sesuatu yang tak significant.

Dalam isu kesembuhan ni, elakkan la kita overclaim.
“Aku dulu pun kemurungan jugak 20 tahun. Lepas aku amalkan vitamin C, terus aku sembuh”
Ada 2 isu kat sini.
Satunya bila ditanya siapa yang diagnose, katanya diagnose sendiri. Lepas tu sendiri syok sendiri kata dah sembuh.
Entah-entah sekadar stress. Patutlah mengaku dah sembuh.
Satu lagi, kalau betul memang disahkan kemurungan pun, betul ke sebab vitamin C sahaja?
Atau sebab lain-lain jugak?

So gais,
Aku takde jawapan sama ada penyakit mental boleh sembuh atau tak.
Tapi aku yakin, kita perlu usaha untuk mendapatkan rawatan secara ihsan(terbaik) dan itqan(bersungguh).
Rujuk pakar, usah terpengaruh dengan mereka yang sekadar cakap-cakap tanpa asas.
Kalau jadi apa-apa pada kita, bukan mereka yang akan bertanggungjawab.

Orang yang terfikir nak bunuh diri ni sebab iman tak kuat ke?




Bila kita ada kemurungan, mungkin sukar untuk kita luahkan, kan?
Mungkin sebab trust issue.
Mungkin juga sebab stigma.

Apatah lagi kalau kita suicidal, lagi sukar nak luahkan kan?
Sebab takut rejection, takut kena judge.
Takut kena kata mengada-ngada dan buat-buat.

Actually kalau orang meluahkan pasal kemurungan yang dihadapi pun dah satu kejayaan besar tau,
apatah lagi meluahkan pasal rasa suicidal.

Sebab tak semua orang ada kekuatan untuk buat itu semua.
Again, pasal STIGMA.

Stigma pasal suicidal ni pun berlaku dalam kalangan pesakit mental sekali.
Yela, sebab tak semua pesakit mental ada suicidal.
Ada yang alaminya, ada yang bernasib baik untuk tidak merasa.
Sebab setiap pesakit ada pengalaman atau symptom yang berbeza.

Mungkin orang kata, kalau kita tak fikirkan pasal suicidal tu, pasti kita boleh lupakannya.
Tapi malangnya tidak.

Suicidal ni real tau kawan-kawan.
Perasaan tu datang tanpa diundang.
Dan tak semudah untuk padam seumpama kita ‘memilih’ untuk switch off.
Suicidal bukan pilihan gais.

Basically ada 2 jenis suicidal ni.
1. Suicidal thought/ideation.
2. Suicide attempt.

So macam mana perasaan suicidal tu?
Boleh jadi menjelma dalam pelbagai bentuk.

Ada yang terbayang-bayang nanti kita mati apa akan jadi dengan orang yang kita sayang.
Ada yang sentiasa dalam kepalanya ada ‘suara-suara’ menyuruh untuk bunuh diri.
Ada pula yang bila naik kereta, rasa nak terjun dari kereta.
Ada jugak yang terfikir-fikir apa jadi kalau kita terjun dari bangunan.
Tak kurang juga, ada yang sentiasa ada bisikan yang kata “lebih baik aku mati dari selalu menyusahkan orang lain”

Macam-macam lagi perasaan suicidal tu.
Takde orang mintak dia datang.
Dan ianya bukan pilihan.

Malangnya tak ramai orang faham.

Benda biasa yang orang akan komen bila ada orang luahkan pasal perasaan suicidal adalah dengan bagi ‘tazkirah’ yang perasaan tu adalah berdosa.
Ada juga yang compare masalah dia dengan orang yang mengadu tu “masalah aku lagi besar dari kau, tapi takdelah sampai nak bunuh diri”

Dan banyak lagi stigma-stigma yang muncul dari orang sekeliling waima pesakit mental sendiri.

Sedangkan apa yang perlu kita buat bila orang luahkan pasal perasaan suicidal?
Kita perlu DENGAR TANPA JUDGEMENTAL.

Bila kita bagi nasihat, umpama kita judge yang dia tak fikirkan pasal agama.
Kita jugak mungkin dipandang sebagai takde empati bila nak compare masalah dengan orang yang sedang meluahkan.
Umpamanya kita nak kata “so kalau masalah kau lagi besar, aku takleh nak rasa suicidal?”

Takkan nak nasihat tu pun tak boleh?
Bukan tak boleh, boleh. Cuma tak sesuai.
Tak kisah content dia apa pun, elakkan bagi nasihat atau tazkirah.
Sebaliknya dengar dan dengar.
Acknowledge dan validate apa yang dia rasa.
Supaya dia tak rasa kita ni tak faham dia.

Kaedah lain juga adalah untuk mintak dia ceritakan apa dan bagaimana dia rasa.
Sebagai contoh, kalau dia rasa nak bunuh diri, tanya dia ada plan tak macam mana.
Boleh juga tanya dah berapa lama dia rasa macam tu.

Elakkan makin buat dia rasa bersalah seperti ayat “kau nak bunuh diri tak fikir keluarga ke bro?”
Bukan tak fikir. Mereka fikir dalam lebih dari kita fikir pun.
Cuma benda tu tak mengalang perasaan suicidal tu.
Orang ada kemurungan ni antara symptom dia adalah rasa serbasalah.
Bila kita makin buat dia rasa serbasalah, kita sebenarnya makin menerukkan symptom yang dia alami.

Elakkan juga cakap “Kalau fikir tuhan takkan ada perasaan nak bunuh diri tu”
Kalau semudah begitu, tentu dia tak menderita at the first place kan?

Kita kena faham, symptom kemurungan salah satu dia adalah suicidal.
Jadi, normal untuk orang yang ada kemurungan ada suicidal.
Macam orang yang ada kencing manis la, symptom nya adalah luka-luka di kaki.
Tapi tak semua orang ada kencing manis akan ada luka-luka di kaki.
Macam tu jugak orang yang suicidal.
Kalau kita boleh acknowledge orang yang ada kencing manis tu ada luka di kaki,
Kenapa kita tak boleh nak appreciate orang yang ada kemurungan tu ada symptom suicidal?

Remember
“lecturing doesn’t save lives,
Listening does”

Monday, July 13, 2020

Dilema pesakit mental

Selain stigma yang selalu aku tulis, ada juga stigma yang nak tak nak kena face jugak oleh pesakit mental terutama bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti kerajaan. Aku simpulkan kepada 3 ‘peluang’ pesakit untuk berhadapan dengan kes ini.

Apa pun, aku tak salahkan mereka total. Sebab ada antara mereka sendiri tak rasa sakit mental tu macam mana. So tu agak susah nak faham. Malah, perkara tu juga bukan bidang mereka. Sama macam kita, kita pun mungkin senang buat silap dalam sesuatu bidang kita.

Dilema yang aku nak ulas adalah dilema pesakit mental dengan perawat kesihatan yang bukan dalam bidang psikologi atau psikiatri.

Pertama, dilema first time berjumpa GP untuk dapatkan rawatan kesihatan mental.

Sekarang banyak kesedaran tentang kesihatan mental ni, jadi ramai yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan rawatan. Tapi bila pegi jumpa GP, mereka kata awak sekadar perlu bersyukur, dan dekatkan diri dengan Allah. Ni pengalaman sendiri la. Pesakit dah la sangat susah nak dapatkan rawatan, sebab takutkan rejection, takutkan stigma masyarakat apa semua. Bila dah ada keberanian, terpaksa pulak berhadapan dengan GP yang tidak faham. Tapi tak semua ye. Sekarang alhamdulillah dah semakin dengar banyak feedback positif pesakit yang mendapatkan saringan di klinik kesihatan. So harap bagi yang belum dapatkan rawatan, dont worry okay.

Kedua, di unit kecemasan. Aku sebagai pesakit, almost setiap kali appointment, doktor remind untuk segera ke unit kecemasan. Tapi bila di unit kecemasan, ada yang tak rujuk ke psikiatri pun sebab katanya kita nampak okay. Aku alhamdulillah dipermudahkan sebab most of the time kalau klinik refer ke unit kecemasan, MO kecemasan akan rujuk psikiatris. Tapi ada pengalaman kawan-kawan yang tak berapa indah. Ada yang dikatakan salah guna unit kecemasan. Dilema besar kat sini bila disuruh ke unit kecemasan, tapi bila sampai, mereka pula tak faham. Again, tak semua. Ada ramai lagi yang okay. Macam pengalaman aku tu, okay je.

Ketiga, kegunaan ambulan. Aku taktau macam mana pengalaman orang lain. Tapi setelah beberapa kali buat suicide prevention plan, doktor suruh aku call ambulan kalau tengah tak okay. Yang last skali buat, doktor siap suruh aku tandatangan, as in dah buat perjanjian la macam tu. Tapi aku tak penah lagi call ambulance sebab aku tau akan ada suara-suara sumbang yang tak memahami. Takut orang kata kita salahguna ambulan. Mungkin mereka tak nampak urgency nya sebab mereka tak face pesakit sebagaimana doktor di jabatan psikiatri hadap. Setiap dari kita ada definisi berbeza mengenai makna ‘keperluan’ tu. Disebabkan pengalaman dan background yang berbeza.

Sebagai contoh, mungkin petugas kesihatan yang selalu deal dengan pesakit accident akan rasa accident tu lebih perlu dan lebih urgent. Tetapi staff kesihatan di unit psikiatri pulak memandang suicidal thought as perlu dan urgency. Mungkin pada mereka, kalau lambat seminit selamatkan orang yang suicidal, mereka akan mati. Sebab pesakit masa tu mungkin dalam keadaan kurang kewarasan. Doktor psikiatri faham, tapi mungkin tak bagi petugas kesihatan yang lain. Again, tak semua sebab some of them paham je.

Mengikut pengalaman sendiri, doktor penah nak refer aku ke hospital, dan dia suruh naik ambulan. Aku kata taknak sebab kata boleh drive sendiri. Tapi dia jawab “takpe la naik ambulan. Tengah jem sekarang ni kalau pegi sendiri” masa tu memang tengah peak hour pun. Aku nak naik ambulan tu pun fikir 7175927364718 kali jugak, yela takut kena cop gedik la mengada la. Serbasalah dibuatnya.

Aku jugak penah jadi participant untuk PRO exam di satu hospital university. Masa tu tengah ada krisis, dan suicidal. Pakar psikiatri terus refer kecemasan. Hospital universiti tu sebelah je hospital yang dia refer tu, tapi doktor pakar tu tak bagi aku drive sendiri ke hospital. Dia hantarkan. And yeah, macam aku kata atas tu, walaupun kita rasa kita okay, tapi doktor ambil preventive measure mengambilkira beberapa faktor pencetus melalui assessment mereka.

Again, aku tak salahkan semua perawat kesihatan. Some of them memang sangat-sangat membantu. Mungkin rezeki aku, ditemukan dengan mereka-mereka yang sangat memahami. Setelah lebih 13 kali masuk wad, aku boleh nampak betapa struggle nya kakitangan kesihatan, dan aku yakin, beban yang mereka pikul lebih banyak dari apa yang kita nampak, bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

That why, kalau ada apa-apa berlaku, aku takkan terus salahkan mereka. Seperti diri kita ada limitasi dalam sesuatu bidang tu, mereka juga begitu.

Teruskan berdoa supaya kita ditemukan dengan orang-orang yang dapat memudahkan urusan kita. Dan semoga kita juga dapat mudahkan urusan orang lain.

Diharapkan stigma dalam kalangan perawat kesihatan akan semakin terhakis, dan tidak memandang rendah pada struggle pesakit. Dan lebih diharapkan pesakit tak bermudah-mudahan mengambil kesempatan pada servis yang ada demi kepentingan diri sehingga orang luar memandang pesakit mental ni sebagai individu yang bermasalah.

Sebagai pesakit, memang serba salah dibuatnya. Buat tu salah, tak buat pun salah. Takpela, apa yang penting kita dah usaha yang terbaik. Lain-lain tu, memang kita tak dapat nak puas hatikan semua pihak.

Setiap dari kita mungkin punyai cerita tersendiri. Tentu kita banyak belajar daripadanya, dan semoga menjadi ikhtibar untuk orang lain juga.

Sunday, July 12, 2020

Nasihat yang tidak sesuai kepada pesakit mental



Dalam situasi seorang pesakit yang sedang rasa useless, hopeless, helpless apa semua tu, dia mengadu pada kita

“Aku sangat tertekan sekarang. Satu demi satu ujian berat yang aku kena hadap. Sedangkan solat tak penah aku tinggal. Allah benci aku ke? Serabut! Aku rasa takde guna lagi aku solat.”

Tentu ringan mulut kita untuk menasihat


“Kau kena solat. Baru tenang. Tak solat lagi teruk keadaan kau nanti”

—-

Biasa alami keadaan Macam ni? Samada ada kita sebagai pesakit tu ataupun sebagai pendengar.

Sedangkan kita taktau tatkala ditimpa ujian, dia sentiasa solat 5 waktu, kusyuk, awal waktu. Solat sunat pun tak tinggal. Baca Quran sehari sejuzuk. Mathurat tak penah tinggal. Sedekah pun memang auto debit lagi.

Dia buat semua tu sampai la dia taktahan sangat dan give up. So dia ambil keputusan untuk mengadu pada kawan yang dia percaya. Tapi dapat pulak respon macam tu.

Berat. Sangat berat.

Salah ke nasihat macam tu? Nasihat yang bagus tu kan? Dah dia putus asa sampai taknak solat, takkan kita nak biarkan dia hanyut. Kata sayang fillah. Till jannah gitu?

Nasihat tu tak salah. Dan bukan tak sesuai. Sesuai.

Yang tak sesuai adalah WAKTU. Dalam keadaan dia macam tu, apa yang dia perlu adalah didengari.

Apa yang kita pula perlu buat, adalah untuk mendengar dengan penuh empati, dan tanpa judgemental.

Awlawiyat (keutamaan) pada waktu tu adalah menenangkan dia. Yang lain-lain tu kemudian.

Mungkin lepas tu bila keadaan dah stabil, kita boleh AJAK

“Macam mana keadaan kau sekarang? Harapnya semakin baik. Aku nak solat ni. Nak ikut? Jom sekali”

Betul ke istighfar boleh sembuhkan penyakit mental?



Ya, istighfar tu penting. Perlu diamalkan sentiasa.

Alhamdulillah, tu jugak yang aku amalkan bila berduka, rasa tekanan, gelisah dan ketakutan. Dan jika ada masa terluang terutama bila nak tidur dan drive.

Kesilapan kita yang aku sendiri jugak buat kadang tu adalah kita istighfar hanya bila kita perlukan sesuatu. Bagus, cuma kita kena juga amalkan istighfar dimasa senggang.


Istighfar perlu dengan penuh yakin dengan harapan salah silap kita terhapus dan kita berupaya untuk tenang. InshaAllah.

—-

Tapi betul ke istighfar mampu sembuhkan kemurungan?

Keterangan ni mampu menebalkan stigma dan menyebabkan orang yang kemurungan menjadi lebih parah. (Keterangan ini tu maksudnya yang dalam printskrin bawah ni, bukan merujuk pada kalimah istighfar)

Pertama sebab rasa “ah, aku tak sakit pun, just perlu istighfar”, lantas dia tak mendapatkan rawatan atau bantuan.

Kedua, dia akan rasa “Allah dah tak reda dengan aku ke sampai aku istighfar pun masih murung?”, lalu dia sentiasa menghukum diri sendiri sampai semakin murung.

Ketiga, pesakit kemurungan yang dalam rawatan mungkin akan stop ubat sebab rasa istighfar boleh sembuhkan kemurungan.

Keempat, pesakit rasa kena judge, “nak kata aku murung sebab tak istighfar ke?”, lalu semakin rasa tidak difahami dan menjauh dengan masyarakat terutama golongan agama, walhal dalam keadaan sebegitu la pesakit memerlukan bantuan orang sekeliling termasuk ahli agama.

—-

Sekali lagi aku tegaskan, istighfar tu penting. Tak perlu tunggu kemurungan untuk istighfar. Tapi kita juga kena faham, kemurungan tu adalah sejenis penyakit.

Macam penyakit barah, tidak sembuh dengan sekadar istighfar. Begitu jugak dengan penyakit kemurungan.

Tapi tidak dinafikan istighfar boleh membantu mengembalikan ketenangan dengan penambahan perlunya juga ikhtiar secara itqan (bersungguh-sungguh) dan ihsan (paling balik).

Kalau hanya dengan istighfar mampu menyembuhkan kemurungan, untuk apa pesakit makan ubat? Untuk apa pesakit berjumpa psikiatris, psikologis dan kaunselor? Untuk apa disediakan wad-wad untuk penyakit mental?

Dan adakah not-yet muslim tidak berhak kesembuhan dari kemurungan sebab mereka tidak beristighfar?

Mungkin penulis tidak maksudkan untuk merendahkan struggle pesakit kemurungan, tapi penulisan ni sekadar berkongsi supaya pesakit tidak rasa kena judge dan membuang stigma mengenai penyakit kemurungan.

Meluahkan perasaan pada manusia dan mendapatkan rawatan dari ahli jugak merupakan tuntutan Islam. Jadi usah jadi benteng penghalang kepada perilaku mendapatkan bantuan dan rawatan.